BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Jepun Cipta Teknologi Rahim Buatan Pertama Dunia, Janin Berkembang Di Luar Tubuh Manusia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Sebuah inovasi saintifik terkini dari Jepun mencetuskan revolusi kelahiran manusia apabila berjaya mencipta rahim buatan pertama di dunia. Dijalankan oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Juntendo, Tokyo, Jepun, sebuah mesin mirip inkubator dibangunkan membolehkan janin dilahirkan dari luar rahim manusia. Kemajuan teknologi itu menjanjikan titik penamat kepada pelbagai isu yang selama ini membelenggu proses kehamilan antaranya;​
  • Risiko kehamilan membahayakan kesihatan ibu dan anak.
  • Isu kesuburan berkait faktor usia.
  • Stereotaip mengenai kesuburan jantina dan kualiti sperma.
Teknologi itu, sekali gus mencipta sebuah dunia di mana embrio manusia tidak lagi membesar dalam rahim, tetapi ditempatkan dalam sebuah pod khas yang diterangi cahaya lembut dan dipantau rapi oleh mesin canggih. Dahulunya sekadar khayalan dalam filem sains fiksyen, ibu bapa selepas ini bakal menonton perkembangan bayi secara langsung melalui skrin hasil usaha dijalankan saintis Jepun.
1748869826214.png

Teknologi ini berasaskan konsep kehamilan ektopik buatan atau ectogenesis apabila janin berkembang sepenuhnya di luar tubuh manusia dalam persekitaran terkawal. Para penyelidik percaya ia bukan sahaja dapat meningkatkan keselamatan dan kesihatan ibu serta anak, tetapi mampu membuka peluang kepada lebih banyak perkembangan teknologi kelahiran yang lebih canggih. Pada masa sama, ia turut membuka ruang kepada sebarang kemungkinan baharu seperti;​
  • Pilihan untuk hamil tanpa rahim.
  • Pembentukan struktur keluarga yang lebih fleksibel.
  • Pilihan kehamilan secara sintetik atau semula jadi.
Namun, kemajuan itu turut mencetuskan pertikaian yang mendalam berkaitan hak anak dilahirkan dan adakah kehamilan secara sintetik menjanjikan pengalaman kelahiran lebih selamat. Walaupun masih berada pada peringkat awal pembangunan, ramai pakar percaya teknologi ini bakal menjadi titik perubahan kepada sistem pembiakan masa depan, bukan sahaja dari segi perubatan, tetapi perspektif kemanusiaan dan keibubapaan. Dengan dunia bergerak pantas ke arah kecanggihan bioteknologi, era kehamilan tanpa rahim mungkin bukan lagi sesuatu yang mustahil malah bakal menjadi norma baharu bagi generasi akan datang.
1748869796023.png
 
Screenshot_1.png


Macam sama je. Dunia simulasi. We are in the Matrix :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register