ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Jentera pembajak jenis Kubota tersangkut pada kabel Telekom Malaysia lalu menghempap sebuah kereta, tengah hari semalam.
SABAK BERNAM - Seorang wanita berdepan detik cemas selepas sebuah jentera pembajak jenis Kubota yang dibawa sebuah lori tersangkut pada kabel Telekom Malaysia lalu menghempap kereta mangsa di Simpang Tiga Jalan Pegawai, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, mangsa, Yatimah Yamin, 48, dalam perjalanan dari arah Jalan Pegawai menghala ke Sungai Besar.
Menurutnya, mangsa yang memandu kereta Perodua Kelisa terpaksa keluar mengikut pintu depan tempat duduk penumpang hadapan selepas kereta berkenaan remuk pada bahagian atas bumbung tempat pemandu.
"Mangsa tidak menghadapi sebarang kecederaan dan berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan terbabit," katanya kepada Sinar Harian.
Nor Azmi berkata, kejadian itu berlaku selepas Kubota yang berada di atas sebuah lori itu tersangkut pada wayar lori menyebabkan penghadang atas lori terbabit pecah sebelum jentera berkenaan jatuh lalu menghempap kereta berkenaan.
"Kereta mangsa mengalami kerosakan dalam kejadian itu dan mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam," katanya.