BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Unta hempap kereta selepas berlanggar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,450
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,450
Reaction score
321
Points
141
mir-4-scaled.jpg

SEEKOR unta menghempap bumbung kereta. - Foto X

NEW DELHI – Sebuah kereta bertembung secara berdepan dengan seekor unta awal  kelmarin  berhampiran Kolu Pabuji di jalan Phalodi-Dechu di Jodhpur, India, lapor portal berita Gulf News hari ini.

Ia menyebabkan unta tersebut terperangkap di dalam kenderaan selama beberapa jam, lapor portal berita NDTV.

Menurut pegawai tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Ramsingh sedang memandu apabila seekor unta liar tiba-tiba melintas jalan.

Bumper, bonet dan cermin depan kenderaan itu remuk akibat hentaman dan kuatnya pelanggaran tersebut memecahkan bumbung serta cermin hadapan, menyebabkan unta terperangkap di dalamnya.

Satu rakaman video yang tular di internet memaparkan kepala dan bahagian atas badan unta tersebut terjulur melalui cermin yang pecah ketika haiwan tersebut bergelut untuk melepaskan diri.

Penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian, menarik keluar pemandu yang cedera dan memberikan rawatan kecemasan sebelum dia dibawa ke Jodhpur untuk rawatan lanjut.

Ramsingh dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Unta itu kekal terperangkap selama hampir dua jam sebelum berjaya dibebaskan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan dan penduduk.

Sebuah mesin dibawa untuk memotong bahagian kenderaan bagi mengeluarkan haiwan itu dengan selamat.

Selepas dibebaskan, unta tersebut melarikan diri dari lokasi kejadian dan terselamat tanpa kecederaan serius. – AGENSI

 
Selepas dibebaskan, unta tersebut melarikan diri dari lokasi kejadian dan terselamat tanpa kecederaan serius.
*****
Tak sempat nak claim insurance dari unta tu.
Laju dia melarikan diri.
 
Back
Top
Log in Register