BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Labu 870 kilogram hempap kereta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
7,480
Joined
Jun 13, 2025
Messages
7,480
Reaction score
88
Points
80
labu-gergasi-ragam.jpg

Kereta Geo Metro dihancurkan oleh labu gergasi seberat 870 kilogram. - Instagram

PLEASANT GROVE, UTAH – Seorang lelaki di negeri Utah menghancurkan kereta yang dimilikinya selama 35 tahun dengan menjatuhkan labu gergasi dari ketinggian menyamai sebuah bangunan 14 tingkat, lapor agensi berita United Press International.

Menurut lelaki berkenaan, Ala Gebert, kereta Geo Metro keluaran tahun 1991 miliknya sudah tidak boleh bergerak, menyebabkan dia ingin melupuskan kenderaan itu menggunakan labu gergasi.

Labu seberat 870 kilogram yang ditanam Gebert itu memperoleh tempat pertama dalam Festival Labu Gergasi Utah di bandar Pleasant Grove.

Labu tersebut diangkat menggunakan kren lalu dijatuhkan ke atas kereta Gebert.

“Saya dan isteri telah lama berbincang mengenai perkara ini dan ia adalah cara terbaik untuk melepaskannya. Ia agak menyeronokkan,” kata Gebert kepada stesen penyiaran KSTU-TV. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register