BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia



Sendayan panas lagi..
Kes curi kabel pulak..
 
14250703884936997-404405.jpg

14250703884936997-404406.jpg

14250703884936997-404407.jpg

14250703884936997-404408.jpg


Polis siasat dua kes khianat kabel telekomunikasi di Bau

BAU: Polis sedang menyiasat dua kes berasingan yang melibatkan perbuatan khianat terhadap kabel telekomunikasi di Menara SACOFA di Siniawan dan Kampung Serasot, yang menyebabkan gangguan perkhidmatan rangkaian mudah alih di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A. Rahman berkata, kes pertama dilaporkan kira-kira jam 9.00 hari ini selepas seorang juruteknik menemui beberapa kabel milik Umobile yang telah dipotong di Menara SACOFA Siniawan.

Pengadu, yang merupakan juruteknik daripada JC Connexion Sdn Bhd, mendapati tiga kabel bersaiz 16 milimeter dan tiga kabel bersaiz 10 milimeter dengan panjang keseluruhan kira-kira 35 meter telah dipotong di lokasi tersebut.

Siasatan awal mendapati pengadu melakukan pemeriksaan di kawasan itu selepas menerima aduan orang ramai mengenai gangguan talian perkhidmatan Umobile.

Polis menganggarkan kerugian dalam kejadian tersebut berjumlah kira-kira RM5,000.

Menurut Mohd Haide, tiada saksi yang melihat kejadian itu, manakala sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di lokasi didapati tidak berfungsi.

Dalam kejadian berasingan, satu lagi kes khianat terhadap kabel telekomunikasi dilaporkan berlaku di Menara SACOFA Kampung Serasot, Bau.


Hasil siasatan polis mendapati tiada saksi yang melihat kejadian itu dan tiada CCTV dipasang di lokasi. Selain itu, tiada pengawal keselamatan ditempatkan di kawasan berkenaan.

Pemeriksaan di lokasi turut mendapati pintu utama pagar Menara SACOFA Kampung Serasot tidak berkunci.

Jumlah kerugian bagi kes kedua masih belum dapat dipastikan.

Mohd Haide berkata, polis telah mengarahkan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk mengesan dan menahan suspek yang terlibat.

Pegawai penyiasat turut melawat kedua-dua lokasi kejadian, mengambil gambar serta menyediakan lakaran kasar tempat kejadian sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Artikel Utusan Sarawak
 

Empat Lelaki Ditahan Disyaki Curi Kabel Milik TM Di Sungai Siput​

ebb14aff1fffde36701493370cd734de63da6e8050879


Polis menahan empat lelaki selepas disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di kawasan Persiaran Komersial Waterfront, Jalan Lintang, dekat Sungai Siput, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintenden Charan a/l Ai Wan berkata kesemua suspek berumur antara 31 hingga 50 tahun itu ditahan oleh anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Sungai Siput kira-kira 5.30 pagi.

Beliau berkata pihaknya merampas 10 keratan kabel TM yang telah dipotong dan peralatan digunakan untuk memotong kabel serta sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger berwarna merah yang merupakan kenderaan curi.

"Kesemua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan penyalahgunaan dadah selain hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tiga suspek terbabit positif dadah jenis morfin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Charan berkata kes diklafikasikan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

 
Penjara 3 bulan. Apa kisah? 3 bulan makan free, bilik free. Keluar penjara duit dah ready.
 

Polis Tumpas Sindiket Curi Kabel ECRL Di Kelantan, Empat Kes Selesai​

82b56ba9b2a1c81d49197148ba9b163f6a2f82b2845f2

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat

Polis merekodkan empat kes kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan tahun ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM50,000.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kegiatan itu dipercayai didalangi satu sindiket tempatan yang mengambil kesempatan ketika sistem elektrik di jajaran ECRL masih belum beroperasi sepenuhnya.

Beliau berkata dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu telah ditahan bulan lepas dan dipercayai terlibat dalam kesemua kejadian berkenaan.

"Mereka dipercayai aktif sejak Februari lepas. Setiap kejadian membabitkan kecurian kabel serta peralatan lain yang mengandungi tembaga," katanya.

Mohd Yusoff berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi Jun 2026, di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan kejadian berlaku di Pasir Puteh berikutan daerah itu mempunyai jajaran ECRL terpanjang di Kelantan yang bersambung dengan laluan dari Terengganu.

Katanya, kabel yang dicuri dipercayai dijual di premis membeli besi buruk di negeri ini dan perbincangan dengan ECRL telah diadakan bagi mempertingkatkan langkah keselamatan termasuk pemasangan kamera litar tertutup dan pengambilan pengawal keselamatan.

Mohd Yusoff berkata ketua polis daerah yang terlibat dengan laluan ECRL turut diarahkan meningkatkan rondaan di kawasan berkenaan bagi mencegah kejadian serupa daripada berulang.

 

Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Terlibat Kes Curi Kabel​

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kabel selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di sekitar Jalan Tun Dr Ismail di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 10.45 pagi sebelum menahan kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an yang menaiki  kereta jenis Proton Waja manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu membawa kepada penemuan 14 alat yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel dan beberapa senjata serta dua paket plastik lut sinar disyaki dadah.

“Hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek mengaku terbabit dalam kegiatan mencuri kabel bersama rakan mereka yang masih bebas di sekitar daerah ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mohd Yatim berkata semakan turut mendapati kedua-duanya lelaki masing-masing memiliki tujuh dan 10 rekod jenayah manakala kereta terbabit didaftarkan atas nama seorang wanita serta digunakan suspek ketiga yang melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 manakala kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk permohonan reman.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Amram Ismail di talian 019-966 1346 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-603 3222.

 


Pencuri kabel dicekup selepas dikejar polis


SEREMBAN – Tindakan tiga lelaki mencuri kabel mengundang padah apabila dua daripadanya diberkas dalam kejadian di Jalan Tun Dr. Ismail di sini hari ini.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 10.45 pagi selepas polis berjaya memintas kereta jenis Proton Waja yang mereka naiki.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, seorang daripada tiga suspek itu bagaimanapun dapat melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan menemui 14 peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel selain beberapa senjata dan dua peket dadah.

“Mereka mengaku mencuri kabel di daerah ini. Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai tujuh dan 10 rekod jenayah lampau.


Suspek akan direman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186/279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya.

Artikel Kosmo Online
 
407586-407586.jpg


Wanita melecur 70 peratus selepas dipercayai cuba curi kabel

Sungai Petani: Seorang wanita melecur kira-kira 70 peratus selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Ria Jaya, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti mengalami kecederaan parah akibat melecur dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku ketika wanita terbabit dipercayai cuba mencuri kabel di bilik pencawang berkenaan.

"Mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal selepas mengalami kecederaan melecur kira-kira 70 peratus pada badan serta ditidurkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Disyorkan
Hanyan berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa dan mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
14261276078269757-407682.jpg

14261276078269757-407683.jpg

14261276078269757-407684.jpg

14261276078269757-407685.jpg


𝙆𝙚𝙨 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙆𝙖𝙢𝙥𝙪𝙣𝙜 𝙇𝙪𝙗𝙪𝙠 𝘽𝙖𝙩𝙪, 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝 𝙇𝙞𝙣𝙚
Lokasi: KM 10.30 Kedah Line (Tasek Gelugor – Sungai Petani)
Polis Bantuan KTMB telah menjalankan operasi rondaan bagi membanteras kegiatan kecurian kabel di kawasan tersebut. Anggota mengesan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di landasan. Kedua-dua suspek cuba melarikan diri semasa pemeriksaan, namun seorang berjaya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri.

Barang bukti yang ditemui:
- 1 unit gunting pemotong berwarna hijau
- 1 unit lampu suluh berwarna hitam
- Kabel elektrik KTMB jenis CABLF 600/1000 VMS 274-1995 2C × 6SQmm sepanjang lebih kurang 150 meter yang disyaki telah dipotong dan dicuri

Suspek bersama barang kes diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

𝙆𝙚𝙨 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙏𝙖𝙨𝙞𝙠 𝙎𝙪𝙗𝙖𝙣𝙜 𝙅𝙖𝙮𝙖
Lokasi: KM 14.706, Tasik Subang Jaya
Susulan maklumat kejadian kecurian kabel, anggota telah digerakkan ke lokasi. Setibanya di tempat kejadian, anggota mengesan dua lelaki di kawasan landasan yang kemudiannya cuba melarikan diri. Seorang suspek berjaya ditahan.

Pemeriksaan di lokasi menemui kabel yang telah dipotong serta dua kenderaan yang disyaki digunakan suspek iaitu:
- Perodua Myvi (Putih) – PME 7761
- Proton Wira (Kelabu) – BHB 4845

- Kabel 28 Pair – 50 meter
- Kabel 14 Pair – 50 meter
- Kabel 4 Core 16 mm² – 50 meter
- Kabel 4 Core 2.5 mm² – 50 meter

Suspek bersama barang kes diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

*Kepada 'penggemar' kabel di luar sana, semoga segera dapat hidayah dalam bentuk elektrik ber-voltan tinggi. Amin 🤲🏻
 




pencuci kabel kantoi dikejar polis..

Video ➡️ rumaximilian
 
Back
Top
Log in Register