BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia

Polis Lepaskan Beberapa Das Tembakan Sebelum Tahan Suspek Curi Kabel​

35b01af6357f7c9ddcdde3b8b91cb1906a915dae86d78

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis melepaskan beberapa das tembakan sebelum menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel selepas kenderaan dinaikinya cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di sekitar Sri Petaling, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika anggota Polis Trafik Lebuhraya Kesas, Bukit Aman sedang melakukan rondaan sebelum mengesan sebuah kenderaan Ford Ranger berwarna hijau dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata anggota polis kemudian memberikan isyarat supaya pemandu kenderaan itu berhenti, namun lelaki berkenaan melarikan diri menyebabkan polis mengejar kenderaan itu dari Tol Awan Besar menghala ke Klang (Barat) sebelum berakhir di Jalan Hang Tuah 4, Sri Petaling.

“Usaha mengejar itu berlangsung kira-kira 30 minit sebelum kenderaan berkenaan berhenti di kawasan berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Besi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata lelaki berkenaan bagaimanapun tidak memberikan kerjasama dan cuba melanggar anggota polis sebelum beberapa das tembakan dilepaskan oleh pihak polis.

Beliau berkata lelaki terbabit kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan berkenaan sebelum memasuki Jalan Hang Tuah 4, namun hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Mazda berwarna kelabu.

Katanya, selepas kenderaan itu berhenti, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun, manakala pemandu kenderaan berkenaan berjaya melarikan diri.

“Tiada mangsa yang cedera semasa kejadian ini,” katanya.

Fadil berkata pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan pelbagai barang dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel, selain kabel yang dipercayai telah dicuri.

 

Polis Tahan Suspek Kedua Kes Curi Kabel Di Sri Petaling​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes kecurian kabel di Sri Petaling di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berumur 32 tahun berkenaan merupakan pemandu kenderaan jenis Ford Ranger yang dikejar polis dari Tol Awan Besar menghala ke Klang (Barat) sebelum berakhir di Jalan Hang Tuah 4, selepas disyaki terlibat kes curi kabel berkenaan.

"Permohonan reman terhadap suspek diluluskan selama tujuh hari hingga 8 Sept ini untuk siasatan lanjut. Suspek mempunyai 20 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan enam rekod berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Isnin lepas, sepasukan anggota polis melepaskan beberapa das tembakan sebelum menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel selepas kenderaan jenis Ford Ranger dipandu rakannya cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di sekitar Sri Petaling.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, kenderaan yang dinaiki cuba melanggar anggota polis sebelum hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Mazda berwarna kelabu di Jalan Hang Tuah 4 manakala pemandu kenderaan itu bertindak melarikan diri.

Pemeriksaan pada kenderaan berkenaan menemukan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melalukan kegiatan mencuri kabel serta beberapa kabel yang disyaki telah dicuri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307, Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



Katanya kes curi kabel dekat depan Pasaraya Maslee Taman Cendana, Pasir Gudang sekitar jam 5 pagi tadi.

Sumber ➡️ Threads xdzxmshxh
 

Polis Tahan Empat Lelaki Disyaki Terlibat Kegiatan Curi Kabel​

938a2aa8388f5f16260f5d10ee967e3f694257739e9fd


Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dalam dua kes berasingan di daerah Kampar dan Kuala Kangsar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata dalam kes pertama di Kampar, dua lelaki berusia 42 dan 46 tahun ditahan sepasukan anggota taskforce Balai Polis Malim Nawar yang sedang menjalankan rondaan di Kuil Muniswarar Bata Malim Nawar, kira-kira 4.30 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis merampas dua pemotong kabel dan lima gulung kabel yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan mencuri kabel, selain pengecaman serta pengesahan oleh juruteknik Telekom Malaysia (TM) mendapati kabel yang dirampas milik TM.

"Kabel tersebut merupakan kabel talian telefon yang telah dipotong dan tidak lagi berfungsi, dengan anggaran kerugian kepada pihak TM kira-kira RM1,000," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam kejadian berasingan di Kuala Kangsar, beliau berkata polis menerima maklumat orang awam kira-kira 3 pagi berhubung pergerakan mencurigakan dua kenderaan di sekitar Taman Sri Pagi, Kati yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan mencuri kabel.

Mohd Alwi berkata bertindak atas maklumat tersebut, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menjalankan tindakan susulan dan berjaya menahan dua lelaki berusia 24 dan 36 tahun di tepi Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar.

"Hasil pemeriksaan dan siasatan, polis merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna perak, sebatang pemotong kabel, sebatang besi penarik kabel, tiga gulung kabel, beg silang dan sebuah telefon bimbit, selain beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut," katanya.

Beliau berkata semakan rekod mendapati kesemua empat tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Mohd Alwi berkata kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan kesemua suspek dalam kes kecurian kabel lain sekitar daerah berkenaan.

 

Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Terlibat Kegiatan Curi Kabel Di Ayer Tawar​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34

5d141bcf21a1a5096e2e7ae929f4519d6898834b0c9f4


Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel elektrik di sekitar Kampung Sungai Ramai dekat Ayer Tawar semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata kedua-dua mereka ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada 6.45 petang.

“Pihak polis merampas 102 batang kabel pelbagai saiz berwarna hitam, sembilan batang kabel dalam keadaan terbakar, empat guni mengandungi kabel yang telah dibakar serta satu guni kulit kabel yang turut dibakar.

“Tangkapan dan rampasan itu dibuat susulan laporan polis oleh pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) mengenai kejadian kecurian kabel elektrik di kawasan itu pada 2.42 pagi, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian berkenaan supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222, WhatsApp (017-682 8005) atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

310 Kes Kecurian Kabel, Vandalisme Rangkaian Telekomunikasi Di Perak Hingga Jun Tahun Ini​

b56687f658624bd730b086526c91ba726aa55a2ddb882

Mohd Azlan Helmi

Sebanyak 310 kes kecurian kabel dan vandalisme membabitkan rangkaian telekomunikasi dilaporkan di Perak dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata daripada jumlah berkenaan 125 kes telah dituduh di mahkamah, 67 kes dibuka kertas siasatan dan bakinya sedang dalam tindakan pihak berwajib.

“Kita telah melabelkan isu kecurian dan vandalisme ini bukan sekadar vandalisme semata-mata, tetapi sebagai unsur sabotaj terhadap alat telekomunikasi di negeri Perak dan mana-mana individu yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Untuk rekod, Kinta merupakan daerah tertinggi yang merekodkan kes kejadian tidak bermoral ini,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian penutup Pertandingan Cabaran Kod Morse Negeri Perak 2026 yang berlangsung di Dewan Rumpun Seri, Kompleks TM Taiping di sini hari ini.

Mohd Azlan menegaskan kerajaan negeri memandang serius perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Telekomunikasi dan Rangkaian Negeri Perak bagi melindungi aset telekomunikasi milik semua syarikat penyedia perkhidmatan (telco).

Jawatankuasa berkenaan turut dianggotai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai urusetia, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tindakan jenayah ini tidak hanya merosakkan prasarana fizikal, malah berupaya menjejaskan liputan rangkaian serta perkhidmatan ketersambungan pengguna secara meluas,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri akan menganjurkan program kesedaran komuniti secara berperingkat pada 28 Sept ini di daerah Kinta yang bertujuan memberi kefahaman tentang bahaya dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap pesalah.

“Kita akan kumpulkan masyarakat termasuk ketua kampung, Ketua Kawasan Rukun Tetangga (KRT), penghulu, tok imam dan sebagainya untuk memastikan perkara ini difahami sewajarnya,” katanya.

 

Tiga Anggota Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan​

50a43be62da62847771cba7d9767a5ae6a3a5ea44104b

Datuk Dennis Lim Kwang Keng

Tiga anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit kegiatan pemerasan ke atas beberapa lelaki membabitkan RM13,000 di Pulau Tikus, pada 6 Ogos lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata kesemua anggota polis lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu direman empat hari hingga 16 Sept ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes kita disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes itu dipercayai membabitkan pengadu bersama tiga sepupunya yang pergi ke Jalan Ladang Hong Seng, Pulau Tikus, di sini bagi mencari saudara rakannya yang didakwa ditahan polis, namun mereka kemudian ditahan tiga anggota polis kira-kira 2.30 pagi.

Mangsa mendakwa tangan mereka digari dan diugut akan dikait dengan kes kecurian kabel Telekom Malaysia (TM) jika tidak menyerahkan duit dan mangsa yang ketakutan dipaksa mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di Jalan Burma, sebelum menyerahkan RM13,000 kepada seorang daripada suspek bagi membebaskan mereka.

 



Kes curi kabel di LRT Jelatek, Kuala Lumpur.

Sumber ➡️ Threads kyle_ra

Kejadian di luar negara
 


14316254121619589-425596.jpg

14316254121619589-425597.jpg

14316254121619589-425598.jpg

14316254121619589-425599.jpg

14316254121619589-425600.jpg



Kes curi kabel Telekom di Kluang, tengah malam tadi.

Menurut sumber awam, seorang anggota polis bermotosikal terjatuh selepas dihimpit ketika mengejar kenderaan suspek.

Sumber ➡️ Media sosial
 
sejak telekom guna fibre ni byk lubang lubang kabel lama telekom kena selongkar.
 
Back
Top
Log in Register