BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia

733f9739f3ef0515d61f7fbae735e4bd69facb34d6194

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian (tengah) bersama pegawainya menunjukkan kabel yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak hari ini.

Polis berjaya menahan tujuh lelaki tempatan dipercayai terbabit dengan kejadian samun sehingga menyebabkan kematian dan kecurian kabel dalam kejadian di sekitar Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan di sekitar daerah Teluk Intan dan Bentong, Pahang.

Beliau berkata tiga daripada tujuh suspek yang ditahan dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah dan enam kes kecurian kabel di sekitar Teluk Intan yang mengakibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM200,000.

"Polis merampas tiga buah kenderaan iaitu Perodua Myvi, Axia dan Bezza serta sebuah motosikal jenis Honda EX5 selain dua bilah parang, barangan kemas dan peralatan mencuri kabel," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, di sini, hari ini.

Chua berkata hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai kes jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan penyalahgunaan dadah serta hasil ujian air kencing mendapati lima suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 kanun yang sama bagi kes bunuh dan pecah rumah manakala Seksyen 379 kanun yang sama bagi kes kecurian kabel.

"Kertas siasatan kini di peringkat akhir dan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya," katanya.

Dalam kejadian pada 17 April lepas, media melaporkan seorang lelaki warga emas maut akibat dilibas dengan senjata tajam dalam kejadian samun oleh sekumpulan lelaki di sebuah kediaman di Pekan Baru, di sini.

Chua berkata mangsa berusia 69 tahun itu mengalami kecederaan parah akibat dilibas dengan senjata tajam dipercayai parang di tangan kanan dan tapak tangan kiri, sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 
14226518346253965-396238.jpg

14226518346253965-396239.jpg

14226518346253965-396240.jpg

14226518346253965-396241.jpg


Seorang lelaki ditemui maut di atas bumbung sebuah premis di Jalan Karambunai, Kota Kinabalu dipercayai akibat terkena renjatan elektrik, petang ini.

Beberapa wayar dipotong serta peralatan memotong kabel turut ditemui di lokasi kejadian selepas mangsa ditemukan orang awam kira-kira jam 1 petang sebelum laporan polis dibuat.


Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu kemudian membantu menurunkan mayat mangsa selepas Sabah Electricity memutuskan bekalan elektrik di kawasan itu. - Info X
 


14227224321301541-396450.jpg


Peniaga burger, penganggur ditahan kes video tular curi kabel

Kajang: Seorang peniaga burger antara dua lelaki warga tempatan yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes video tular membabitkan sekumpulan individu mencuri kabel berhampiran Taman Bukit Mewah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya membuat tangkapan di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi hasil maklumat orang ramai serta risikan dijalankan.

Menurutnya, suspek pertama berumur 29 tahun bekerja sebagai peniaga burger dan mempunyai satu rekod jenayah, manakala suspek kedua berumur 43 tahun adalah penganggur dengan 10 rekod jenayah serta empat rekod narkotik.

"Kedua-dua suspek direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

"Polis turut merampas sebuah Perodua Axia berwarna perak yang dipercayai digunakan semasa kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Naazron berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada orang awam yang telah menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada tangkapan suspek.

"Polis turut menyeru masyarakat supaya terus bekerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-89114243," katanya.

Terdahulu media melaporkan, tindakan sekumpulan individu mencuri kabel gagal apabila disedari penduduk setempat dalam kejadian berhampiran Taman Bukit Mewah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang, semalam.

Artikel➡️ Harian Metro
 
350111a4e7ab7dbe6cff0f7040d7df445f608a705286b

Supt Ramsay Embol

Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan mencuri kabel susulan penahanan enam lelaki dalam siri operasi di sekitar Lembah Klang bermula dari 4 Mei hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata tindakan berkenaan digerakkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan kerjasama pelbagai unit selepas insiden kecurian kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Seksyen 2, di sini tular di platform media sosial.

“Kesemua suspek berumur antara 26 hingga 40 tahun itu ditangkap dalam tempoh enam hari operasi bermula pada 4 hingga 9 Mei, hasil semakan mendedahkan mereka memiliki antara tujuh hingga 31 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan semasa tangkapan turut mendapati empat daripada ahli kumpulan tersebut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan sama, beliau berkata pihaknya turut menyita sebuah kenderaan jenis Nissan Navara serta pelbagai peralatan yang digunakan oleh suspek untuk memotong kabel di lokasi kejadian, selain tiga gulung kabel milik syarikat telekomunikasi itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Shah Alam Insp Mohammad Amirul Zulkifli menerusi talian 012-5583436 bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga diminta segera menyalurkan maklumat mengenai kehadiran individu mencurigakan di kawasan kediaman masing-masing bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terus terpelihara,” katanya.

 

Polis Tumpaskan "Geng Acu" Disyaki Terlibat Curi Kabel ECRL​

f363bcfa44c4eb4cd5ecf530582cd2cb6a06a1468adeb

1cd0ab90f170ce3a6dd46cd679dd5fe96a06a13263fe0


Polis menumpaskan “Geng Acu” dengan menahan lima lelaki yang disyaki giat mencuri kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejak Mac hingga bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata tangkapan suspek berusia 29 hingga 44 tahun itu dibuat susulan pihaknya menerima tujuh laporan kes kecurian di tapak ECRL di KotaSAS dan Gebeng melibatkan kerugian dianggarkan RM500,000.

“Susulan itu, polis telah melaksanakan siri serbuan dan menangkap semua suspek di sekitar Kampung Pandan, Jaya Gading, Sungai Lembing dan Beserah di sini bermula 28 April hingga 6 Mei,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata empat daripada suspek dipercayai terlibat mencuri kabel ECRL manakala seorang lagi berusia 38 tahun disyaki pembeli barang curi berkenaan dan kesemua mereka mempunyai rekod lampau kes jenayah serta dadah.

Menerusi tangkapan itu juga, katanya polis telah membuat rampasan barang kes dianggarkan bernilai RM100,000, iaitu sebuah kereta Toyota Innova, 4,000 meter kulit kabel ECRL yang telah dipotong, alat pemotong besi dan beberapa telefon bimbit.

Azry Akmar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

 
Polis tumpaskan Geng Acu disyaki terbabit kes curi kabel ECRL


Kuantan: Polis menumpaskan Geng Acu yang dipercayai terbabit tujuh kes kecurian kabel Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) antara 7 Mac dan 27 April lalu, di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob, berkata lima suspek berusia antara 29 dan 44 tahun ditahan dalam serbuan di Kampung Pandan, Jaya Gading, Sungai Lembing dan Beserah di daerah ini antara 28 April dan 6 Mei lalu.

"Kumpulan ini dikenali sebagai 'Geng Acu' membabitkan lima suspek itu, yang mana empat lelaki terbabit secara langsung mencuri kabel manakala seorang lagi suspek adalah pembeli kabel.

"Siasatan mendapati mereka mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

"Ujian air kencing mendapati empat suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, tujuh kes kecurian berkenaan yang dilaporkan berlaku kawasan ECRL di sekitar Gebeng, KotaSAS dan Panching membabitkan kerugian RM500,000.

Azry Akmar berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas barang kes yang bernilai RM100,000 iaitu sebuah kereta jenis Toyota Innova, kulit kabel ECRL, alat pemotong besi dan telefon bimbit.

Katanya, semua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 379 kanun keseksaan, Seksyen 431a Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

"Siasatan juga mendapati Geng Acu ini baharu sahaja terbabit dalam kes kecurian kabel dan siasatan lanjut masih dilakukan," katanya.

Bagi memastikan kes kecurian kabel tidak berlaku di jajaran ECRL di daerah ini, beliau berkata, polis dan pihak ECRL akan bekerjasama melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.


Artikel Harian Metro
 

Peranan Aktif komuniti Setempat Mampu Kekang Jenayah Curi Kabel - Amirudin​

b2dfeed362824c381472f63990dac4c26a0c086ec6976

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar pada Program Kempen Pencegahan Vandalisme Infrastruktur Telekomunikasi peringkat negeri 2026 di Kelab Shah Alam hari ini.

Komuniti setempat diminta memainkan peranan lebih aktif dalam menyalurkan maklumat awal, bagi membantu pihak berkuasa membanteras kes kecurian kabel dan vandalisme melibatkan infrastruktur telekomunikasi di Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerjasama orang awam amat penting, dalam memastikan tindakan segera dapat diambil bagi menghalang aktiviti sabotaj, yang bukan sahaja merosakkan kemudahan awam, malah mengganggu capaian digital rakyat.

“Kita (kerajaan negeri) mahu pihak awam terlibat bersama-sama supaya tindakan ataupun kegiatan curi kabel termasuk vandalisme terhadap kemudahan digital ini, dapat dikurangkan sebagaimana saya sebut kemudahan digital penting untuk menyambung kehidupan negeri Selangor.

“Langkah bersepadu yang digerakkan pada peringkat akar umbi itu amat penting, bagi memastikan setiap prasarana digital negeri sentiasa dilindungi secara berterusan daripada ancaman sabotaj,” katanya selepas melancarkan Kempen Pencegahan Vandalisme Infrastruktur Telekomunikasi Peringkat Negeri Selangor 2026, di Kelab Shah Alam Selangor, di sini hari ini.

Amirudin berkata usaha berkenaan perlu diperkukuh, bagi memastikan kelangsungan perlindungan infrastruktur digital negeri, susulan Selangor mencatatkan jumlah insiden yang tinggi dalam tempoh setahun lepas.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Selangor kekal sebagai antara negeri yang merekodkan jumlah kes tertinggi di Malaysia, apabila sebanyak 1,836 kes dilaporkan pada 2024, diikuti 1,273 kes pada tahun lepas.

Penasihat Kanan Operasi MCMC Datuk Zurkarnain Mohd Yasin berkata impak daripada kemusnahan fizikal infrastruktur yang berlaku sebelum ini amat besar, sehingga menyaksikan industri telekomunikasi terpaksa menanggung kerugian melebihi RM20 juta setiap tahun, bagi kerja-kerja pembaikan.

“Beberapa kawasan di Selangor turut dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi dan mengalami insiden berulang iaitu Rawang, Gombak, Bangi, kawasan Sungai Tekali serta Hulu Langat, yang tempoh gangguan perkhidmatan menjadi lebih panjang membabitkan komponen kritikal seperti microwave transmission dan peralatan rangkaian tertentu.

“Alat ganti perlu ditempah dari luar negara dan proses penghantaran serta pemasangan semula memerlukan tempoh masa tambahan, antara satu hingga tiga tahun sebelum perkhidmatan dapat dipulihkan sepenuhnya. Situasi ini secara langsung memberi kesan kepada kestabilan perkhidmatan telekomunikasi serta menjejaskan pengguna dan komuniti,” katanya.

 

Sindiket Curi Kabel TM Tumpas, Lima Lelaki Ditahan​

82c531abf3671b9f7ae4e171fbd7b0da6a0c353950074

dcde559af4a1f8e34d35a45f5f6141e76a0c362b40c3d

Kredit: IPD Taiping

Polis berjaya menumpaskan sindiket curi kabel milik Telekom Malaysia Bhd (TM) selepas menahan lima lelaki dalam operasi rondaan pencegahan jenayah di Taiping, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Abd Malek Ismail berkata kesemua suspek berusia antara 35 hingga 39 tahun itu ditahan kira-kira 7.30 pagi oleh sepasukan anggota Unit MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

"Ketika rondaan dijalankan, pihak polis terserempak dengan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan yang dipercayai sedang melakukan kerja-kerja mencuri kabel bawah tanah milik TM.

“Hasil tindakan pantas pihak polis berjaya membawa kepada penahanan lima lelaki warga tempatan serta merampas sebuah lori jenis Daihatsu Delta V57A berwarna merah dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Malek berkata ketika serbuan, dua daripada suspek didapati sedang memotong kabel TM manakala tiga lagi sedang mengangkat kabel tersebut ke dalam lori.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kumpulan ini dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri kabel TM di sekitar daerah Taiping dengan menyasarkan kabel bawah tanah sebagai modus operandi utama dan polis kini sedang mengesan beberapa lagi ahli kumpulan yang dipercayai masih bebas bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 


Sedikit aksi curi cable subuh pagi tadi. Penduduk jerit, tala torchlight pun takda affect sementara tunggu polis sampai.

📍Semenyih
Kredit owner 🎥
 

Seorang Lelaki Dan Empat Rakan Didakwa Bunuh Remaja​

f838ed35414032320917c81293275dd36a0d4dd020cd9

Seorang lelaki bersama-sama empat rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh adik kandung lelaki itu di kawasan Tanjung Rambutan, minggu lepas.RA

Seorang lelaki bersama-sama empat rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh adik kandung lelaki itu di kawasan Tanjung Rambutan, minggu lepas.

S.K Siri Sakti Vell, 22, dan rakannya K Thirucelvan, 33, Shashipal Singh Manmuhan Singh, 36, N Thaneshwaran, 24, dan P Ukenthiran, 35, bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh membunuh S.K Kerisnan, 18.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan berhampiran Kuil Sri Subramaniar, Jalan Perpaduan Southward Tg Rambutan antara 1 pagi hingga 4 pagi pada 12 Mei.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua lelaki itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan, kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zarris Sofea Zainudin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham berkaitan kegiatan mencuri kabel, dipercayai menjadi punca seorang remaja lelaki dibunuh sebelum mayatnya ditemukan dalam sebuah kereta di Jalan Lang Indah A/5 di sini, minggu lepas.

 
Back
Top
Log in Register