BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia

Polis Tahan Dua Lelaki Disyaki Curi Kabel Di Teluk Intan​

1860ee92f2c5464cca352a7bc12ff44569bac76d3f2b2

Kredit : FB Polis Daerah Hilir Perak

Dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia ditahan dalam satu operasi di Jalan Pasir Berdamar, Teluk Intan, dua hari lepas.

Polis Daerah Hilir Perak dalam kenyataan di Facebook malam ini memaklumkan hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada rampasan satu guni berwarna putih yang mengandungi gulungan kabel tembaga dengan anggaran berat 5.3 kilogram.

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat, selain semakan mendapati mereka turut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes kecurian kabel lain di sekitar daerah Teluk Intan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dan tindakan pertuduhan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

 
14193274978924093-383628.jpg

14193274978924093-383629.jpg

14193274978924093-383630.jpg

14193274978924093-383631.jpg


Dua beradik diberkas dalam lubang 'manhole'


SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Dua beradik diberkas kerana disyaki sedang mencuri kabel di lokasi kira-kira 80 meter dari Jam Besar Sungai Petani pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dua beradik lelaki berusia 42 dan 44 tahun itu ditahan ketika berada dalam lubang 'manhole' di laluan utama pusat bandar tersebut kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, perbuatan itu disedari sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda ketika membuat rondaan sekitar lokasi tumpuan ramai berkenaan.

"Ketika rondaan dibuat, kita nampak lubang manhole terbuka dan pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki berada dalam lubang terbabit disyaki mahu memotong dan mencuri kabel.

"Siasatan lanjut mendapati mereka adalah adik-beradik, telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, polis turut menjumpai lima peralatan disyaki digunakan untuk memotong kabel.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek mempunyai 12 rekod lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel : Sinar Harian
 


𝐂𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐓𝐡𝐢𝐞𝐯𝐞𝐬 𝐒𝐭𝐫𝐢𝐤𝐞 𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐰𝐧 𝐢𝐧 𝐒𝐒𝟏𝟖 — 𝐂𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭 𝐨𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐋𝐨𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐋𝐨𝐨𝐭 𝐈𝐧𝐭𝐨 𝟒𝐖𝐃

Residents of SS18 were left both stunned and furious on the 2nd day of Hari Raya after a video went viral showing several men allegedly stealing cables in the neighbourhood at the break of dawn.

In the 30-second clip, which began circulating on local WhatsApp and Facebook groups early Sunday, a few men can be seen hurriedly loading what appears to be cut cables onto a black 4WD parked at the junction of SS18/4 and SS18/1A around 4.41am. Another man, believed to be their accomplice, is spotted beside a red 4WD, using a cable cutter by the roadside.

Their shady operation, however, was abruptly interrupted when the person recording the scene, presumably a nearby resident who noticed something suspicious shouted “Curi Kabel! Curi Kabel!” from a distance.

Startled, the suspects immediately dropped what they were doing and sped off, abandoning several cables that were yet to be loaded onto their vehicle.

Local residents have since shared the video widely, condemning the brazen act and expressing growing concern over cable thefts that have been plaguing parts of Subang Jaya in recent months. Such incidents often cause service disruptions, blackouts, or communication downtime especially if the stolen cables belong to utility companies.

Authorities have yet to issue an official statement on the incident, but residents are urging each other to stay vigilant and report any suspicious activity to the Subang Jaya police at 03-7862 7100 / 03-7862 7222.

If you have any info related to this case, contact the police immediately. Every tip helps keep our neighbourhood safe.

Kredit ➡️ SJ Echo
 
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya di sini yang tular di laman sosial, tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya mengesan video tular itu di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh akaun Utusan Melayu Plus (@utusanmelayuplusofficial) kira-kira 11 pagi tadi.

Beliau berkata video tersebut memaparkan kejadian disyaki kecurian kabel di sebuah kawasan perumahan dengan semakan mendapati ia berlaku di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya.

“Suspek dipercayai menggunakan sebuah pacuan empat roda bersama sebuah kenderaan jenis MPV (pelbagai guna) untuk menarik kabel di lokasi kejadian.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

 
386544-386544.jpg


TANGKAPAN KES CURI KABEL DI TELUK INTAN


Suspek ditahan hasil bantuan orang awam yang berjaya menahan individu tersebut terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Rampasan:
1 gulung kabel
1 pemotong kabel
1 bilah sabit

Semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan.

#IPDHilirPerak #PolisDirajaMalaysia #PDRM #Polisdanmasyarakatberpisahtiada #Helanghilir #PDRMPerak #PolisDaerahHilirPerak
 
14201756539836101-387028.jpg

14201756539836101-387029.jpg

14201756539836101-387030.jpg


Dua lelaki ditahan disyaki curi kabel

IPOH: Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terbabit dalam jenayah curi kabel selepas dikejar polis peronda di sekitar kawasan Bercham, awal pagi tadi.


Menurutnya, apabila diarahkan berhenti, pemandu kenderaan tersebut enggan mematuhi arahan dan bertindak melarikan diri sebelum dikejar anggota peronda.

“Dalam usaha meloloskan diri, suspek memandu secara berbahaya sebelum melanggar sebuah tiang di tepi jalan.

“Dengan bantuan beberapa unit polis lain, kenderaan berkenaan berjaya dipintas dan kedua-dua suspek berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemeriksaan pada kenderaan itu menemui sejumlah bahan disyaki dadah jenis methamphetamine serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel.

Kedua-dua suspek yang berusia antara 18 hingga 30-an kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

#peraktastik
#thisispagoh
 
0dc008f941dc6cc964ce5ae20b6cca6669dc9cc9dbca4

Ketua Polis Daerah Selama, Supt Sarudin Samah (kiri), bersama pegawainya menunjukkan tembaga yang dirampas dalam serbuan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama, hari ini.

Polis berjaya menumpaskan ‘Geng Daud’ yang aktif mencuri kabel telekomunikasi di sekitar daerah Selama sejak awal tahun ini dengan penahanan empat ahlinya termasuk ketua kumpulan berkenaan, baru-baru ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis menumpaskan “Geng Daud” yang aktif mencuri kabel telekomunikasi di sekitar daerah Selama sejak awal tahun ini dengan penahanan empat lelaki termasuk ketua kumpulan berkenaan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Selama Supt Sarudin Samah berkata tiga lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia lingkungan 30 hingga 48 tahun itu ditahan di lokasi berasingan sekitar Batu Kurau dan Hutan Melintang antara 2 hingga 7 April lepas.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada pekerja syarikat telekomunikasi mengenai kejadian kecurian kabel dan peralatan pencawang telekomunikasi pada 28 Feb lepas.

"Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing yang disyaki terbabit dengan kes kecurian berkenaan pada 2 April.

"Hasil siasatan terhadap mereka, polis menahan seorang lagi lelaki disyaki ketua ahli kumpulan berkenaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada 7 April. Suspek baru dibebaskan dari penjara berkaitan dengan kes dadah, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama di sini hari ini.

Sarudin berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan yang juga pembeli barangan curi berkenaan pada 3 April.

Beliau berkata hasil semakan mendapati tiga ahli kumpulan itu mempunyai rekod berkaitan kes jenayah dan dadah manakala suspek warga asing dan pembeli kabel curi tidak mempunyai sebarang rekod.

"Berdasarkan soal siasat, kegiatan curi kabel yang sering dilakukan pada waktu awal pagi itu adalah untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

"Mereka (suspek) belajar menerusi media sosial mengenai cara-cara memotong kabel talian telekomunikasi serta mengubah suai peralatan memotong kabel bagi mengelak renjatan elektrik," katanya.

 
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Polis sedang memburu tiga suspek dipercayai terlibat dalam jenayah curi kabel selepas mereka bertindak meloloskan diri ketika ditahan untuk pemeriksaan di lampu isyarat Kelemak di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berwarna putih dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum petugas unit kereta peronda (MPV) polis mengarahkan pemandu supaya menghentikan kenderaan untuk diperiksa.

Beliau berkata bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan memecut laju untuk melarikan diri sehingga menyebabkan petugas MPV terlibat terpaksa mengejar kenderaan suspek hingga Kampung Pegoh.

"Sebaik tiba di kawasan kampung berkenaan, didapati tiga suspek berpakaian serba hitam termasuk seorang daripadanya memakap topi berwarna merah telah keluar dari kenderaan dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Pemeriksaan terhadap kenderaan terlibat mendapati terdapat peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah curi kabel," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis telah melaksanakan Ops Tutup bagi mengesan ketiga-tiga suspek dan pemilik kenderaan terlibat telah dikenal pasti bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkannya menerusi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, 06-556 4153.

 


Gagal curi kabel syarikat telekomunikasi selepas ‘kantoi’


ISKANDAR PUTERI – Polis mengesahkan kejadian mencuri kabel syarikat telekomunikasi dianggarkan bernilai RM5,000 di kawasan Taman Damai Jaya, Skudai di sini, seperti yang tular di media sosial, semalam.

Video sepanjang 2 minit 53 saat itu tular di media sosial menunjukkan sebuah pacuan empat roda sedang menjalankan kegiatan itu.

Manakala video kedua berdurasi 53 saat memaparkan seorang individu dipercayai seorang wanita melarikan diri dan dikejar orang awam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pukul 5 pagi semalam daripada seorang saksi lelaki berusia 26 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di tepi jalan dalam kawasan Taman Damai Jaya.

“Turut dirampas di lokasi kejadian tiga gulung kabel milik Telekom Malaysia yang telah dipotong dengan anggaran panjang keseluruhan kira-kira 15 meter, namun gagal dilarikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata, kes disiasat bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri kabel serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kerosakan kepada kemudahan rangkaian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Afiq Izani di talian 019-3683036 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di 07-5113622 atau talian hotline 07-5114486.- MalaysiaGazette

#malaysiagazete
 
461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di laman sosial dipercayai mencuri kabel di Jalan Raja Musa Aziz, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata video tersebut, dimuat naik oleh akaun Faiz menerusi nama pengguna @faiz.sosialaktivis di aplikasi TikTok.

Beliau berkata polis mengesahkan satu laporan telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan sedang dijalankan termasuk usaha mengesan suspek, mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) serta mengenal pasti kenderaan terlibat. Polis memandang serius kejadian ini kerana boleh menjejaskan harta benda, perkhidmatan telekomunikasi dan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register