BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jejak Warisan Cina Malaysia Dipersembah Menerusi 'A Dance Spectacular' Di DFP

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Jejak Warisan Cina Malaysia Dipersembah Menerusi 'A Dance Spectacular' Di DFP​

1843c8545b3d44054a0bdf65cee2e9ad6a83c2c04d613

2a73d951d21d74b277830db109291cc26a83c2a34119b

b2278ce024d85987029cb0fa315187136a83c28986378

0767116779f86a0b9c84bdd1135bed3c6a83c26dec683


Kisah warisan masyarakat Cina Malaysia, daripada penghijrahan dan penempatan awal hinggalah evolusi tradisi di bumi Malaysia, bakal menjadi tumpuan menerusi persembahan ‘A Dance Spectacular’ di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 5 Sept ini.

Persembahan hampir dua jam yang dijadualkan berlangsung pada 8 malam itu menampilkan kerjasama antara ASK Dance Company dan Dua Space Dance Theatre dengan mengangkat tema warisan, identiti dan daya tahan menerusi interpretasi kontemporari tarian tradisional Cina, muzik secara langsung serta elemen visual.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha DFP dalam memperkasakan kepelbagaian budaya, selain menyediakan ruang kepada kumpulan seni persembahan tempatan untuk menafsir semula warisan tradisional dalam konteks yang lebih kontemporari.

Membuka tirai persembahan, ASK Dance Company akan mengetengahkan ‘Pearl of the Orient’, sebuah karya yang mengangkat perjalanan tradisi masyarakat Cina ke Tanah Melayu sebelum berkembang menjadi satu bentuk ekspresi yang tersendiri dalam kalangan masyarakat Cina Malaysia.

Pengasas ASK Dance Company, Prof. Dr. Joseph Gonzales, berkata karya itu menggunakan bahasa tari bagi menggambarkan perjalanan penghijrahan, proses asimilasi serta sumbangan masyarakat pendatang awal dalam membentuk kepelbagaian identiti negara.

“Ini bukan naratif yang akan dipaparkan secara terus, tetapi penonton akan memahami bahawa perjalanan itu bermula di China, sebelum masyarakat Cina datang ke Malaysia dan di sini mereka membangunkan tradisi, budaya serta adat resam tersendiri yang unik sebagai masyarakat Cina Malaysia,” katanya kepada pemberita di DFP di sini.

Beliau berkata persembahan itu turut menyelitkan beberapa detik penting dalam sejarah Malaysia, termasuk era perlombongan bijih timah, selain mengetengahkan ikon budaya yang dekat dengan masyarakat seperti permainan mahjong dan sambutan perayaan, dengan iringan muzik secara langsung menggunakan alat perkusi tangan.

“Perasaan yang ingin disampaikan ialah satu bentuk perayaan terhadap identiti Cina kita di Malaysia, serta hakikat bahawa masyarakat Cina merupakan sebahagian daripada identiti dan naratif nasional. Saya fikir perkara itu amat penting,” katanya.

Menampilkan kira-kira 17 penari, segmen ASK Dance Company turut menjanjikan beberapa karya yang mencuri perhatian, antaranya ‘Spirit of the Fire Horse, Dai Dance’, ‘Sword Dance’, ‘Tin Mining Dance’, ‘Mahjong Dance’ serta kemuncak penuh warna menerusi ‘Lion and Chopstick Dance’.

 
Back
Top
Log in Register