BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Platform Jejak Seni Malaysia Petakan 1,312 Ekosistem Seni Visual Negara Menerusi Aplikasi Digital

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Platform Jejak Seni Malaysia Petakan 1,312 Ekosistem Seni Visual Negara Menerusi Aplikasi Digital​

aff6d39fd96bf5992c59aef020ba4c086a63592c68014

fb Balai Seni Negara

Balai Seni Negara mengambil langkah proaktif memperkasakan industri seni tempatan menerusi aplikasi digital Jejak Seni Malaysia, sebuah pangkalan data interaktif yang memetakan ekosistem seni visual di seluruh negara.

Kurator Balai Seni Negara Dr Syahrul Niza Ahmad Zani berkata platform yang dibangunkan secara rasmi tahun ini, telah memperlihatkan pemetaan lebih 1,312 lokasi seni merangkumi pelbagai kategori untuk merapatkan jurang antara penggiat seni dan masyarakat.

Pendekatan pemetaan itu juga, memperlihatkan transformasi seni visual yang tidak lagi terikat dengan galeri formal semata-mata, sebaliknya meluas di kawasan awam, arca budaya tempatan serta lorong mural.

“Ekosistem seni secara keseluruhan merangkumi 406 lorong seni, 310 karya seni awam, 286 galeri seni, studio persendirian dan residensi, 79 persatuan serta komuniti seni selain cafe dan ruang niaga bertemakan seni.

“Objektif utamanya adalah untuk berkongsi data bakat dan lokasi kepada masyarat, sekali gus membolehkan kita mengumpul data baharu daripada pelukis serta pengiat seni generasi muda di setiap negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Seni Negara di sini hari ini.

“Seni kini berada di luar lingkungan galeri. Apabila sesebuah lokasi tersembunyi seperti lorong mural atau arca awam dimanfaatkan, tempat yang dulunya sunyi bertukar menjadi tumpuan.

“Pelancong dan pelajar akan datang untuk bergambar, sekali gus menghidupkan gerai perniagaan, cafe berhampiran dan menyokong ekosistem setempat. Ini penting terutamanya untuk generasi muda yang sentiasa mencari lokasi ‘rare’ dan berkonsep,” katanya.

Pangkalan data Jejak Seni Malaysia itu turut disepadukan dengan sistem keahlian khas di bawah Balai Seni Negara.

Data yang terkumpul, membolehkan pihak Balai Seni Negara menyalurkan maklumat serta menawarkan pelbagai bantuan kewangan dan peluang pameran kepada penggiat seni berdaftar.

 
Back
Top
Log in Register