BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jason Lo Bebas Tuduhan Dadah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
MAHKAMAH | Jason Lo Bebas Tuduhan Dadah

Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan penyanyi Jason Lo daripada pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya, tiga tahun lalu.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif membebaskan Jason Lo (Jason Jonathan Lo), 47 tahun, yang juga ahli perniagaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan

 
#BHkes Majistret membebaskan Jason Lo selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan
https://bit.ly/3nehXfl

Jason Lo bebas tuduhan dadah​

Jun 24, 2022 @ 3:42pm
Penyanyi, Jason Lo hadir untuk perbicaraan kes ceroboh dan penyalahgunaan dadah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Penyanyi, Jason Lo hadir untuk perbicaraan kes ceroboh dan penyalahgunaan dadah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan penyanyi Jason Lo daripada pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya, tiga tahun lalu.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif membebaskan Lo atau nama sebenar, Jason Jonathan Lo, 47, yang juga ahli perniagaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

"Hari ini ditetapkan keputusan di akhir kes pendakwaan dan kamu (Lo) dipertuduhkan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mahkamah telah meneliti saksi pendakwaan serta eksibit dikemukakan berdasarkan satu penelitian maksimum serta hujahan kedua-dua pihak.

"Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh.






"Oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri dan wang jaminan (RM2,500) kamu dilepaskan. Alasan penghakiman akan disediakan pada atau sebelum 30 Jun ini," kata Mohamad Fared.

Selepas prosiding itu selesai, Lo yang memakai sut hitam dilihat memeluk seorang rakannya yang berada di galeri awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Diana Mohamad Saad, manakala Lo diwakili peguam Datuk Hariharan Tara Singh.
Pada 13 Mei, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil tujuh saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan bermula 6 April 2021 dan antara saksi dipanggil ialah pegawai kimia, pegawai penyiasat dan pegawai yang menjalankan saringan ujian air kencing.

Mengikut pertuduhan, Lo didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang, di tandas pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di Jalan Travers, Brickfields pada 5.15 petang, 15 November 2019.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah seliaan pegawai pemulihan sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Lo ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, dia bersyukur dengan keputusan hari ini dan berterima kasih kepada barisan peguamnya di atas kerja keras mereka. – BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register