BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan takut jumpa doktor

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Berdiri dari kiri, Mazlan, Mohd Amidi dan Mohd Radzuan memerhatikan sesi pemeriksaan kesihatan penduduk KRT Seneng yang diadakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Gunong.​

BACHOK - Menyedari kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan penyakit kronik, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seneng mengadakan program kesihatan untuk penduduknya di sini.

Pengerusinya, Mohd Amidi Abdul Razak berkata, ada penduduk di sini yang mempunyai masalah pengangkutan untuk ke klinik atau hospital sekali gus menyebabkan mereka jarang sekali membuat pemeriksaan kesihatan.

"Justeru, kami ambil inisiatif adakan program ini untuk beri pendedahan berkaitan kesihatan dan bahaya penyakit tibi.

"Selain itu pemeriksaan kesihatan tekanan darah, kencing manis, batuk juga ditawarkan kepada penduduk. Jika didapati kalangan mereka ada penyakit tersebut, pemeriksaan susulan hendaklah dilakukan di Klinik Kesihatan Gunong," katanya.

Beliau berkata, KRT Seneng bertuah kerana doktor yang datang membuat ujian adalah anak tempatan iaitu Dr Kamilah Mohamed dan Dr Rusani Nair dengan dibantu kakitangan klinik.

Menurutnya, seramai 120 penduduk telah hadir membuat pemeriksaan yang diadakan dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Penyelaras RT Daerah Bachok, Mohd Radzuan Hamat yang juga Penyelaras Dun Jelawat bersama Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Bachok, Mazlan Dollah.

Sementara itu, Mohd Radzuan berkata, beliau menyambut baik program sedemikian untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya menjaga kesihatan.

"Mungkin ada sesetengah orang tak ambil berat tentang aspek kesihatan semasa dan rasakan diri mereka sihat sebab tak pernah sakit teruk. Sebab itu ada yang enggan buat pemeriksaan kesihatan berkala dengan pelbagai alasan sama ada kekangan masa atau gerun untuk berjumpa doktor.

"Sepatutnya kita tak boleh takut jumpa doktor kerana doktor akan beritahu macam mana tahap kesihatan kita dan nasihat berkaitan ubat atau pemakanan yang baik untuk untuk mengelakkan pelbagai penyakit," katanya.
 
Back
Top
Log in Register