BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan dakwa jumpa muntah paus

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,532
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,532
Reaction score
1,681
Points
201
394880-394880.jpg


Nelayan dakwa jumpa muntah paus


Kemaman : "Bila bakar, ia mengeluarkan bau yang sangat wangi," kata nelayan, Mohd Raffi Yusoff, 58, yang mendakwa menemui ketulan seperti lilin dipercayai muntah ikan paus.

Mohd Raffi berkata, dia menemui ketulan seberat kira-kira 20 kilogram itu ketika keluar mencandat sotong, Khamis lalu.

Menurutnya, ketulan seperti lilin itu ditemui pada jarak kira-kira empat batu nautika dari Kuala Kemasik, kira-kira jam 6 petang.

"Dalam perjalanan itu, saya melihat objek berwarna putih itu dalam keadaan tenggelam-timbul. Pada mulanya saya menyangka objek itu adalah gabus pelampung.

"Saya hampirinya dan mendapati ia berupa ketulan lilin yang berat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kampung Gong Chengal, Kemasik, di sini.

Katanya, dia kemudian menggunakan penyauk dan bertindak memotong sebahagian objek itu sebelum berjaya menaikkannya ke atas bot.

"Ia sangat berat. Bila disentuh ia agak lembut dan berbau harum. Saya hanya ambil sebahagian anggaran dalam lima kilogram sementara selebihnya dihanyutkan air.

"Hati saya tertanya-tanya juga mengenai objek itu. Saya bimbang juga kerana bersendirian di atas bot," katanya.

Mohd Raffi berkata, sepanjang malam ketika sedang mencandat sotong, objek itu mengeluarkan bau yang sangat harum.

"Sebaik pulang mencandat kira-kira jam 11 malam, saya menunjukkannya kepada isteri, Zuliza Harun, 39, sebelum isteri membuat carian berupa objek itu di internet.

"Hasil daripada pencarian itu, kami dapati ia mungkin muntah ikan paus. Saya ambil dan bakar sedikit ketulan itu ia dan mengeluarkan bau yang wangi," katanya.

Katanya, dia bersetuju untuk menghantar objek terbabit kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menjalani ujian ketulenan dan kesahihannya.

" Jika benar objek yang saya temui itu adalah muntah ikan paus, saya sangat bersyukur dan sedia untuk menjual kepada mana-mana pihak yang berminat," katanya.


Artikel Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register