combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tangkap layar video menunjukkan sejumlah wang tunai yang bertaburan di tengah jalan. - TikTok
JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai kerana tidak mengambil sejumlah wang tunai yang ditemukan bertaburan di tengah jalan raya, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kevin42866 menunjukkan wanita itu menemukan beberapa keping wang bernominasi antara 50,000 rupiah (RM12) hingga 100,000 rupiah (RM23) di sepanjang jalan tersebut.
Enggan mengambil duit tersebut, dia sebaliknya cuma membiarkannya kerana bimbang ditimpa musibah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 431,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya pernah jumpa duit, esok suami saya hilang duit,” kata seorang netizen.
“Ambil duit itu dan diletakkan di dalam tabung masjid,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Takut ambil duit tengah jalan
JAKARTA - Seorang wanita di wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai kerana tidak mengambil sejumlah wang tunai yang ditemukan bertaburan di tengah jalan raya, lapor portal berita Lambe Turah. Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kevin42866 menunjukkan wanita itu...
www.kosmo.com.my