BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak ayam warna warni berkeliaran tengah jalan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Anak ayam warna warni berkeliaran tengah jalan​

geli-anak-ayam.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan sejumlah anak ayam berwarna-warni berkeliaran di tengah jalan yang sibuk. - TikTok

JAKARTA – Pengguna jalan raya di Kota Serang, wilayah Banten terkejut apabila menemui sejumlah anak ayam berwarna-warni berkeliaran di tengah jalan, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di hadapan Tanah Perkuburan Awam (TPU) Kemang, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @totemtegar menunjukkan orang ramai membantu mengumpulkan anak-anak ayam itu agar tidak dilanggar.

Semua anak ayam tersebut dilaporkan terjatuh dari sebuah motosikal selepas kenderaan berkenaan terlibat dalam kemalangan.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna laman sosial.

“Semoga tiada kemalangan ‘jiwa’,” kata seorang netizen.

“Ada yang sudah menjadi ayam penyet,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register