BTC USD 76,674.9 Gold USD 4,348.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Takut ambil duit tengah jalan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
geli-duit-1.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan sejumlah wang tunai yang bertaburan di tengah jalan. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai kerana tidak mengambil sejumlah wang tunai yang ditemukan bertaburan di tengah jalan raya, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kevin42866 menunjukkan wanita itu menemukan beberapa keping wang bernominasi antara 50,000 rupiah (RM12) hingga 100,000 rupiah (RM23) di sepanjang jalan tersebut.

Enggan mengambil duit tersebut, dia sebaliknya cuma membiarkannya kerana bimbang ditimpa musibah.

Rakaman itu mencatatkan lebih 431,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Saya pernah jumpa duit, esok suami saya hilang duit,” kata seorang netizen.

“Ambil duit itu dan diletakkan di dalam tabung masjid,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register