BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Politikkan Isu JS SEZ - PM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jangan Politikkan Isu JS SEZ - PM​

b45e60b08e6003e7248b830a92801c766a4772d229680

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan para jemaah sejurus tiba di Masjid As-Sodiqin Taman Kobena, sebelum menunaikan solat Jumaat, hari ini.

Pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut perancangan dan melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini projek Kerajaan Persekutuan tentunya dengan kerjasama kerajaan negeri, dan soal nak mengumumkan (atau) tandatangan, itu soal Perdana Menteri Malaysia dengan Perdana Menteri Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena di sini hari ini.

Anwar mengulas kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam yang menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan pengumuman Pelan Induk JS-SEZ bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negeri berkenaan terus diperkukuh.

Perdana Menteri turut mengingatkan pemimpin politik supaya tidak mempolitikkan isu berkaitan JS-SEZ, dan segala isu yang dibangkitkan telah pun dijelaskan oleh Kementerian Ekonomi semalam.

 
Back
Top
Log in Register