BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Ambil Tindakan Terhadap Wartawan Sewenangnya, Perlu Rujuk Majlis Media Malaysia - Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Jangan Ambil Tindakan Terhadap Wartawan Sewenangnya, Perlu Rujuk Majlis Media Malaysia - Anwar​

4bb07b683f7c80fe3ceaaaca7753d62a6a4c7b75c9563

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang aduan terhadap wartawan daripada organisasi media yang diiktiraf tidak lagi membawa kepada tindakan automatik, sebaliknya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM).

Beliau berkata mekanisme itu diwujudkan bagi memastikan sebarang tindakan terhadap pengamal media dibuat secara lebih adil, telus dan bebas, sekali gus mengelakkan wartawan diheret ke dalam siasatan atau pendakwaan tanpa penelitian sewajarnya.

Anwar berkata wartawan tidak sepatutnya mudah dikenakan tindakan hanya kerana terdapat aduan daripada mana-mana pihak dan MMM akan menjadi mekanisme semakan awal sebelum sebarang tindakan diambil.

“Tidak ada undang-undang di dunia yang beri kebebasan mutlak kepada semua media untuk nyatakan apa saja...Perdana Menteri, pengamal media (masing-masing) terikat dengan undang-undang. Tetapi saya setuju, jangan heret wartawan dengan mudah dalam kes-kes yang difikir (mengkritik) oleh jabatan kerajaan.

“Kita mewujudkan MMM ini bagi memudahkan kerana kalau ada keterlanjuran oleh media, dia dirujuk pada MMM, tidak automatik didakwa atau disiasat kerana proses sekarang ini harus dirujuk kepada MMM sebelum diambil apa-apa tindakan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.\

Berita Lanjut Menyusul

 
Back
Top
Log in Register