BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan Terhadap Media Bukan Bermotif Politik, Tetapi Terkait Isu 3R - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Tindakan Terhadap Media Bukan Bermotif Politik, Tetapi Terkait Isu 3R - PM Anwar​

b39e5003f52b5c3c4e8ec1b0e42be0e86a4c711d5967b

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia tahun ini dipengaruhi pelbagai indikator penilaian antarabangsa, termasuk tindakan terhadap beberapa organisasi media.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan berkenaan bukan bertujuan mengekang kebebasan media atau perbezaan pandangan politik, sebaliknya tertumpu kepada kandungan yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R), selain perkara yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Anwar berkata tindakan terhadap syarikat media seperti Sin Chew Daily berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang serta Sinar Harian berkaitan penyiaran biografi Ketua Polis Negara, turut mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam indeks berkenaan.

“Umpamanya, tindakan terhadap Sin Chew itu dianggap besar di dunia media, kerana ia dianggap satu pelanggaran dari segi aspek kebebasan. Tetapi dalam soal bendera itu, (ia telah) diselesaikan dengan baik. Soal bendera negara, kita serius. Mungkin bagi negara lain kurang (serius).

“Bila tindakan diambil kepada media rasmi begitu, terus indeks (kebebasan media) itu (terjejas),” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

​​​​Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab soalan asal yang dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai faktor kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2026 ke tangga 95 berbanding 88 pada tahun lepas, selain langkah komprehensif kerajaan bagi melindungi kebebasan media.

Beliau berkata, kerajaan terikat dengan pendirian yang dipersetujui bersama Majlis Raja-Raja, yang sentiasa meneliti laporan berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja serta kandungan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama.

“Kandungan yang mengandungi fakta tidak tepat atau kritikan politik semata-mata tidak dikenakan tindakan, sebaliknya kerajaan lebih mengutamakan penjelasan kepada umum berbanding penguatkuasaan, termasuk memberi penjelasan di Parlimen.

“Kerajaan telah menambah baik kerangka perundangan negara, termasuk menerusi pindaan terhadap Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang antara lain memastikan kenyataan berbentuk sindiran terhadap Perdana Menteri atau pemimpin tidak lagi dikategorikan sebagai kesalahan jenayah,” kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register