BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janda terjun tingkat satu

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Alor Setar: Seorang ibu tunggal berusia 51 tahun cedera di kaki selepas cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat satu rumahnya di pangsapuri Simpang Kuala, di sini, kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 2.1 kilogram (kg) dan syabu seberat 34.5 gram membabitkan nilai RM44,000, Ahad lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 tengah hari, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah membuat serbuan ke rumah berkenaan selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan wanita berkenaan.


Difahamkan, suspek yang berasal dari Sabah dikatakan sudah lama menetap di negeri ini bersama anak perempuannya berusia 14 tahun.


Ketua JSJN Kedah Superintendan Abd Razak Md Zin berkata, suspek cuba melarikan diri ketika polis melakukan serbuan dengan terjun dari tingkat satu setinggi kira-kira enam meter melalui beranda rumahnya, namun berjaya diberkas selepas mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya.


“Pemeriksaan menemui dadah jenis heroin seberat 2.1kg dan syabu seberat 34.5 gram membabitkan nilai RM44,000 di dalam dua bilik tidur rumah berkenaan. Polis merampas wang tunai berjumlah RM7,059 dipercayai hasil jualan dadah.


“Suspek yang tidak bekerja dipercayai menjadikan tempat tinggalnya sebagai tempat pembungkusan dadah berdasarkan penemuan alat penimbang, mesin penampal dan bungkusan plastik.

“Kita percaya suspek ahli kumpulan sindiket pengedaran dadah dan sedang mengesan modus operandi mereka,” katanya pada sidang media di IPK, di sini, semalam.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jandaterjun/Article/index_html
 
kalau betul sebagaimana dituduh, tak boleh nak kesianlah.
byk lagi kerja halal, tapi pilih utk bersubahat/bergerak aktif dalam perkara yg merosak anak bangsa.
 
Back
Top
Log in Register