BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka Peruntuk Lebih RM400,000 Laksana Inisiatif 'Satu PBT Satu Ambulans'

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
49acba9ab51eee9632e8841ea13aad4a69f09ff0025d0

--kredit FB Fairul Nizam Roslan Along

Kerajaan Negeri Melaka menerusi empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu memperuntukkan RM484,072 bagi pelaksanaan inisiatif 'Satu PBT Satu Ambulans' dalam usaha memperkukuh sistem perkhidmatan kecemasan.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) itu melibatkan kerjasama antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan St John Ambulans Malaysia (SJAM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.

Beliau berkata menerusi kerjasama itu, setiap PBT menyediakan sebuah ambulans yang diuruskan SJAM serta APM, serta ditempatkan mengikut empat zon operasi di bawah empat PBT terlibat.

"Berdasarkan rekod semasa, sebanyak 160 hingga 180 panggilan kecemasan diterima setiap bulan yang memerlukan perkhidmatan ambulans di Melaka.

"Inisiatif ini merupakan usaha proaktif kerajaan negeri dalam memastikan setiap kawasan PBT mempunyai akses kepada perkhidmatan ambulans yang lebih pantas dan efisien," katanya kepada pemberita selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara empat PBT berkenaan dengan SJAM dan APM di sini hari ini.

Pada majlis itu, MBMB diwakili Datuk Bandar Datuk Shadan Othman manakala MPHTJ diwakili Yang Dipertua Datuk Sapiah Haron memeterai MoU berkenaan bersama SJAM yang diwakili Pemerintah Agung Datuk Lai See Ming.

MPAG dan MPJ masing-masing diwakili Yang Dipertuanya Datuk Saifuddin Abdul Karim dan Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari memeterai MoU dengan APM yang diwakili Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsuah Muslim.

Ab Rauf berkata satu daripada empat ambulans berkenaan direka khas bagi menyediakan perkhidmatan kecemasan untuk pesakit obesiti dengan berat badan hingga 350 kilogram yang akan diuruskan SJAM.

Beliau berkata inisiatif  'Satu PBT Satu Ambulans' itu juga turut disokong sukarelawan Paramedik Komuniti (Parakom) yang telah ditubuhkan bagi melancarkan perkhidmatan ditawarkan.

 
Back
Top
Log in Register