BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Jakel Shah Alam terbakar 1 Januari 2023

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,603
Top Poster #9
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,603
Reaction score
4,820
Points
266

a9d1919f-b814-48a7-b88c-356ca8b35592.jpg

KEADAAN Wisma Jakel yang terbakar di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, hari ini.

  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 1 Januari 2023, 9:47 am
SHAH ALAM: Tujuh balai bomba dikerah bagi operasi memadam kebakaran yang memusnahkan Wisma Jakel di Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini, pagi tadi.
Kebakaran kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan lot tiga tingkat premis pakaian terkemuka berkenan.
Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 38 anggota termasuk pegawai bersama tujuh jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi.

Katanya, kesemua anggota terlibat melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong.
“Pemeriksaan mendapati api sedang marak memusnahkan kedai pakaian berkenaan. Kebakaran itu berjaya dikawal selama sejam dan melibatkan 80 peratus kemusnahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Norazam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Operasi pemadaman keseluruhan premis terutama bara api dan timbunan kain masih dijalankan sehingga kini. Punca sebenar kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

 
Gedung Jakel Shah Alam Terbakar 80 Peratus

31.12.2022 - Kuala Lumpur, Sebuah gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7, di Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata kebakaran berkenaan telah memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat itu, namun tiada mangsa terlibat. Norazam berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada 7.08 pagi tadi.

"Susulan itu sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus. Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata pasukannya kini dalam proses melakukan pemadaman bara-bara api pada timbunan kain dan jelasnya punca kejadian masih dalam siasatan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/649999
 
Harap kejadian kebakaran ni tidak akan mematahkan semangat tuan punya kedai. Banyak Jakel ni menyumbang pada masyarakat. Setiap kali raya haji, dia akan sumbangkan lembu kepada masjid-masjid kg yg buat permohonan. Kawan aku setiausaha masjid cukup rajin tulis surat mohon sumbangan lembu. Mmg tiap tahun tak pernah miss masjid kg dia dapat sumbangan seeokor lembu dari Jakel.
 
Back
Top
Log in Register