BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2.8 Hektar Hutan Berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Terbakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141

2.8 Hektar Hutan Berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Terbakar​

6884eeb511d2638464ea3a898556555f6a831dac1d177

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor

Kawasan hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini, terbakar dalam kejadian tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.01 tengah hari sebelum mengerahkan pasukan ke lokasi.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam yang tiba mendapati kawasan hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar terbakar.

“Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang struktur bangunan berhampiran serta tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan 10 anggota dan pegawai bomba menggunakan peralatan khas termasuk fire beater serta pam.

Ashrul Riezal berkata setakat 8.30 malam operasi pemadaman mencapai 60 peratus dan masih diteruskan secara berperingkat.

“Pasukan bomba sedang memadam tompokan api menggunakan sumber air daripada pili bomba Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta bantuan lori tangki air, selain melaksanakan fire break bagi mengekang kebakaran daripada merebak,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register