BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutan Bukit Seluas 0.8 Hektar Terbakar Di Bandar Puncak Alam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Hutan Bukit Seluas 0.8 Hektar Terbakar Di Bandar Puncak Alam​

04226c6ecc599deac6a6b4718299db876a6701d94d684


Kawasan hutan bukit dianggarkan berkeluasan kira-kira 0.8 hektar di Bandar Puncak Alam dekat Kuala Selangor terbakar pagi tadi, dengan operasi memadam kebakaran sedang giat dijalankan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada 10.06 pagi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya digerakkan ke lokasi.

“Jentera bomba yang tiba di lokasi pada 10.34 pagi mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan bukit dengan anggaran keluasan kira-kira dua ekar (0.8 hektar).

"Anggota bomba sedang melaksanakan kerja-kerja membuat firebreak dan menjalankan operasi pemadaman dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata operasi membabitkan empat anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Bestari Jaya, manakala PBS Saujana menggerakkan empat anggotanya bagi membantu usaha mengawal kebakaran.

Beliau berkata setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi pemadaman masih diteruskan.

 
Back
Top
Log in Register