BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutan Seluas 1.2 Hektar Di Gelugor Terbakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
6ced6df4fc1fcaefee6ae2a70405a35969c129a9bd44b

Foto: JBPM Pulau Pinang

Kawasan hutan seluas kira-kira 1.2 hektar di Taman Bukit Gambir, Gelugor dekat sini terbakar tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.51 tengah hari dengan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak tiba di lokasi pada 2.07 petang.

“Operasi pemadaman dibahagikan kepada dua sektor dan teknik fire break (pemisah kebakaran) turut digunakan bagi mengelak api daripada merebak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan sembilan anggota serta bantuan sebuah Fire Rescue Tender (FRT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kenderaan utiliti.

John Sagun berkata kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 4.15 petang manakala pemeriksaan lanjut masih dijalankan dengan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

 
Back
Top
Log in Register