BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutan Di Puncak Bukit Berhampiran Taman Tun Abdul Razak Terbakar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
f049c9e26600fbf5ffd7848dcad596b26980c93693dcc

Kredit: JBPM Selangor

Satu kebakaran berlaku di kawasan hutan dianggarkan seluas 0.8 hektar di puncak bukit berhampiran sebuah apartmen di Taman Tun Abdul Razak di sini malam ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hamdan Hamzah berkata  pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.47 malam tadi.

Beliau berkata empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak bukit dan anggota bersedia di lokasi kejadian kerana tiada laluan masuk ke tempat kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamdan berkata setakat ini keadaan terkawal dan api tidak merebak ke kawasan berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register