BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Hektar Hutan Berhampiran Plaza Tol Denai Alam Terbakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
10b7373acfb939d48cc237328c7ffe386977684c932d7


Kawasan hutan seluas kira-kira dua hektar berhampiran Plaza Tol Denai Alam, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di sini terbakar tengah hari tadi

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.58 tengah hari sebelum lapan orang pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikerah ke tempat kejadian.

“Kesemua pegawai dan anggota telah bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera serta tangki air dan tiba di lokasi kejadian pada 1.22 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, kebakaran itu melibatkan hutan dianggar seluas dua hektar dan api berjaya dikawal pada 3.40 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat 5 petang tadi, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register