BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jakel serap RM8 juta kos GST

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Jakel yakin perniagaannya akan terus meningkat walaupun dengan pelaksanaan GST.


BERBELANJA di Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) yang merupakan rangkaian gedung jualan tekstil terbesar negara ini akan memberikan penjimatan kepada pelanggan persendirian kerana mereka tidak perlu membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, Jakel akan menyerap kos GST sebanyak RM8 juta daripada keuntungan tahunan perniagaannya bagi membantu pelanggan persendirian berdepan pelaksanaan cukai itu sejak 1 April lalu.

Menurutnya, dengan pelaksanaan GST, Jakel yakin perniagaannya akan terus meningkat dan tidak mengalami kerugian.

"Jakel bersedia mengurangkan keuntungan tersebut kerana prihatin dengan pelanggannya yang mula membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri.

"Menerusi perbincangan dengan pembekal Jakel, mereka bersetuju untuk mengurangkan dua hingga tiga peratus harga kos, Jakel mengimport terus daripada pengilang.

“Jakel prihatin dengan pelanggan persendirian kami yang berdepan dengan keadaan ekonomi sekarang dan kami membantu pelanggan runcit sahaja.

Walaupun dalam resit pembelian mereka mencatatkan nilai GST yang dikenakan, sebenarnya mereka hanya membayar harga kain sahaja,” katanya pada sidang media di Jakel Mall, di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun katanya, pelanggan yang membeli secara pukal seperti pemborong, pereka fesyen dan perniagaan atas talian (online), Jakel akan mengenakan enam peratus cukai GST.

Mohamed Faroz berkata, pada hari pertama GST dilaksanakan di negara ini, Jakel turut menerima kesannya apabila kehadiran pelanggannya berkurang sebanyak 20 peratus.

“Mungkin mereka tidak tahu mengenai inisiatif yang Jakel laksanakan yang tidak mengenakan GST. Saya ingin menegaskan bahawa, Jakel tidak mengenakan GST kepada pelanggan persendirian sebaliknya, Jakel menanggung kos tersebut daripada keuntungan tahunannya,” katanya.

Ditanya mengenai sasarannya pada 2015, Mohamed Faroz berkata, jualannya akan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus dipacu oleh pembukaan Jakel Mall di Kuala Lumpur.

“Dengan ruang yang lebih besar dan pelbagai produk disediakan serta kemudahan tempat parkir kereta sebanyak 2,543 memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk membeli-belah di sini,” katanya.
 
semua guna ayat serap gst

g kedai idaknye murah juga
 
mahal ja..tggu promosi pn sama..*ak xmampu
 
Beza dulu sst tak tunjuk kat resit..harga dah siap sst..skrg kena tunjuk kat resit walaupun serap kos tu..sama jer..yang masalah peniaga yg ambil kesempatan..boikot je kedai2 mcm tu
 
Back
Top
Log in Register