BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Reman Dua Peguam Disyaki Kemuka Dokumen Dengan Butiran Palsu Babitkan Dana RM8 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e0c090f178872355a42505fae3a6baac6850303739fc5


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua peguam yang disyaki mengemukakan dokumen dengan butiran palsu untuk pengeluaran dana pemegang amanah bagi projek pembangunan hartanah di ibu negara berjumlah kira-kira RM8 juta untuk kepentingan peribadi dan pelaburan.

Perintah tahanan selama empat hari hingga 25 April itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan pihak SPRM hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 9.45 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada 2023 hingga 2025.

“Wang berjumlah kira-kira RM8 juta, iaitu wang amanah yang sepatutnya digunakan bagi penyelenggaraan sebuah bangunan dipercayai masih belum diserahkan kepada pihak pemaju,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut, dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 
Back
Top
Log in Register