BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Tahan Bekas Pengarah Syarikat Disyaki Kemuka Butiran Palsu Pinjaman RM200 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0945a808dd8fc3476737b537c181417d661fc6d292daa


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengarah syarikat telekomunikasi disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada sebuah institusi kewangan pembangunan sebagai dorongan kelulusan pengeluaran pinjaman berjumlah kira-kira RM200 juta.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditahan pada 10.35 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat bersama beberapa individu lain yang telah dituduh sebelum ini dan melakukan perbuatan itu pada 2012,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata suspek akan dituduh Isnin ini (27 April) di Mahkamah Kuala Lumpur.

 
Back
Top
Log in Register