BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sektor Pertanian Selangor Terima Suntikan RM25 Juta Tampung Kos Operasi Pengusaha

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sektor Pertanian Selangor Terima Suntikan RM25 Juta Tampung Kos Operasi Pengusaha​

523a92a8e42a5d482464174f95c86c466a2165f80ed8e

0e2eb62443f2dcdd1de1ae5100e5a6596a21663b8a738

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (tengah), berkenan berangkat dan menyaksikan penyerahan sumbangan oleh Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Datuk Ir Izham Hashim (tiga kanan), kepada penerima sempena Program Pengukuhan Daya Tahan Selangor di bawah Program Gagasan Rumpun Selangor 2026 Daerah Sabak Bernam di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM25 juta bagi sektor pertanian dalam usaha membantu pesawah, petani, nelayan, penternak dan pengusaha akuakultur menampung kenaikan kos input, bahan api, serta kos operasi pengeluaran makanan.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim berkata insentif khas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor itu dijangka memberikan manfaat kepada 14,131 pengusaha di seluruh Selangor demi memastikan kesinambungan pengeluaran makanan domestik dan kestabilan sektor agromakanan negeri.

“Langkah intervensi ini amat penting bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan makanan kita sentiasa terjamin dan berjalan dengan baik, terutamanya dalam mendepani cabaran ekonomi global masa kini.

“Melalui bantuan bersasar ini, kita (kerajaan negeri) berharap dapat mengurangkan impak inflasi kos sara hidup rakyat secara menyeluruh dengan mengekalkan keupayaan serta produktiviti pengeluaran domestik para pengusaha tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan pada Majlis Pelancaran Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor - Sektor Pertanian di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar, di sini hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berkenaan yang merupakan antara pengisian hari kedua Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Sabak Bernam 2026.

Melalui pecahan pakej berkenaan, Izham berkata subsektor padi menerima bantuan tunai berjumlah RM8.75 juta kepada 7,387 pesawah membabitkan kawasan tanaman seluas 17,500 hektar, manakala pengusaha sektor tanaman selain padi mendapat peruntukan input baja sebanyak RM6.19 juta.

“Kita (kerajaan negeri) beri bantuan kepada nelayan terlebih dahulu, mereka memang sudah ada subsidi tetapi kalau tidak mencukupi, kita tambah RM300 lagi setiap seorang untuk enam bulan akan datang menjadikannya RM1,800 seorang.

"Bantuan ini diberi dalam bentuk subsidi petrol dan diesel sebab ada nelayan yang menggunakan petrol dan ada yang menggunakan diesel. Pesawah pula menerima bantuan tunai RM500 bagi satu hektar dan akan dikreditkan melalui Agrobank terus ke akaun mereka dalam masa terdekat," katanya.

 
Back
Top
Log in Register