BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor Peruntuk RM20 Juta, Tanggung Separuh Kos Pengajian Anak Negeri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Selangor Peruntuk RM20 Juta, Tanggung Separuh Kos Pengajian Anak Negeri​

bd435ef2ccb9fc9c814286be700688736a10082aca6b7

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan Program Didik Kasih (PDK) 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, hari ini.

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi menanggung separuh kos pengajian 4,000 anak jati negeri itu yang melanjutkan pelajaran di tiga institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata tiga institusi itu ialah Universiti Islam Selangor (UIS), Universiti Selangor (UNISEL) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC).

“Setakat ini hanya dua negeri mempunyai kemampuan seperti ini, iaitu Sarawak yang menanggung penuh (kos pengajian) manakala Selangor menanggung separuh. Kita satu-satunya negeri di Semenanjung yang mampu melaksanakan perkara ini dengan kos hampir RM20 juta,” katanya.

Amirudin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan Program Didik Kasih (PDK) 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini hari ini.

Walaupun kos untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan latihan kemahiran tinggi pada masa kini besar, beliau berkata kerajaan negeri melihatnya sebagai pelaburan masa depan untuk melahirkan generasi muda yang seimbang dari aspek fizikal, mental serta kerohanian.

Beliau berkata jika format itu berjaya, kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menaja penuh penuntut yang memenuhi syarat yang diterima melanjutkan pengajian di institusi berkenaan.

“Jika berjaya, kita bersedia untuk melaksanakan pendidikan percuma kepada mereka yang memenuhi syarat. Kita mahu membuktikan pendidikan percuma bukan satu impian yang mustahil,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata PTRS tahun ini memperlihatkan lonjakan penambahbaikan dengan sasaran keseluruhan sebanyak 180,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri, berbanding fasa permulaannya pada 2009.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 160,000 ialah pelajar tingkatan empat dan lima yang diberikan akses tuisyen percuma serta kemudahan makanan.

 
Ingatkan tanggung kos pigfarm td
 
Back
Top
Log in Register