BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JAIS Gempur Premis Syiah Warga Asing Di Petaling Jaya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JAIS Gempur Premis Syiah Warga Asing Di Petaling Jaya​

7d5ca2fe8eeac32a4462122139d1c3516a3fbb30508ec


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah premis di Jalan Pusat Perdagangan Lagoon Perdana, Petaling Jaya, dekat sini yang dipercayai menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan fatwa dan berunsur Syiah, Khamis lepas.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata serbuan dijalankan susulan maklumat diterima orang awam pada 9.34 malam itu menyaksikan sebanyak 226 individu warga asing terdiri daripada 147 lelaki, 51 wanita serta 28 kanak-kanak telah diperiksa.

“Operasi melibatkan kerjasama JAIS, polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kekuatan keseluruhan sebanyak 120 anggota,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahzihan berkata serbuan dijalankan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 melibatkan siasatan di bawah Seksyen 12(c), Seksyen 13 serta Seksyen 16 di bawah undang-undang sama.

Beliau berkata MBSJ turut mengeluarkan Notis Pemberitahuan di bawah Subseksyen 72(1)(a) dan (c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] berhubung beberapa ketidakpatuhan berkaitan pendirian dan pengubahsuaian bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“JAIS menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan ajaran Syiah supaya menyalurkannya kepada Hotline JAIS menerusi talian 1800-88-2424.

“Hal ini bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil. JAIS turut menasihati umat Islam agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan ajaran Syiah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register