BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

21 Warga Asing Ditahan Hasil Operasi Di Empat Premis Perniagaan Di George Town

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

21 Warga Asing Ditahan Hasil Operasi Di Empat Premis Perniagaan Di George Town​

29eb6d350d44fd7d89d86f59aebc2ae06a549e677ff11

729a41a6714d334cba26cfa9e27b0e9e6a549e84884f3

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di empat premis perniagaan sekitar George Town hari ini kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang Syamsul Fitry Ahmad berkata operasi yang bermula 9 pagi itu dijalankan hasil risikan dan aduan awam terhadap premis yang disyaki menggaji atau dikendalikan warga asing.

"Dalam operasi itu, sebanyak 35 individu telah diperiksa sebelum 21 lelaki ditahan iaitu 15 warga India dan masing-masing tiga warga Bangladesh serta Myanmar yang kesemuanya berusia 18 hingga 51 tahun.

"Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, melanggar syarat pas, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, memiliki kad pengenalan yang tidak diiktiraf serta kesalahan lain di bawah Akta Imigresen," katanya kepada pemberita selepas operasi di Jalan Datuk Keramat di sini hari ini.

Beliau berkata hasil semakan awal turut mendapati terdapat warga asing yang tinggal melebihi tempoh hingga tiga tahun selepas memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Syamsul Fitry berkata pemeriksaan di sebuah premis makanan mendapati premis itu ditinggalkan dalam keadaan dapur masih digunakan untuk memasak manakala pekerja dipercayai warga asing melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Kesemua 21 warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Jawi untuk siasatan lanjut dan sebanyak lima saman saksi di bawah Borang 29 turut dikeluarkan kepada warga tempatan bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register