combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
21 Warga Asing Ditahan Hasil Operasi Di Empat Premis Perniagaan Di George Town
Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di empat premis perniagaan sekitar George Town hari ini kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Pengarah Imigresen Pulau Pinang Syamsul Fitry Ahmad berkata operasi yang bermula 9 pagi itu dijalankan hasil risikan dan aduan awam terhadap premis yang disyaki menggaji atau dikendalikan warga asing.
"Dalam operasi itu, sebanyak 35 individu telah diperiksa sebelum 21 lelaki ditahan iaitu 15 warga India dan masing-masing tiga warga Bangladesh serta Myanmar yang kesemuanya berusia 18 hingga 51 tahun.
"Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, melanggar syarat pas, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, memiliki kad pengenalan yang tidak diiktiraf serta kesalahan lain di bawah Akta Imigresen," katanya kepada pemberita selepas operasi di Jalan Datuk Keramat di sini hari ini.
Beliau berkata hasil semakan awal turut mendapati terdapat warga asing yang tinggal melebihi tempoh hingga tiga tahun selepas memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Syamsul Fitry berkata pemeriksaan di sebuah premis makanan mendapati premis itu ditinggalkan dalam keadaan dapur masih digunakan untuk memasak manakala pekerja dipercayai warga asing melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Kesemua 21 warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Jawi untuk siasatan lanjut dan sebanyak lima saman saksi di bawah Borang 29 turut dikeluarkan kepada warga tempatan bagi membantu siasatan.