BTC USD 32,617.8 Gold USD 1,778.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jaga pemakanan ketika menyambut Hari Raya di musim PKP3.0

abangpower

Active+ Member
Joined
Sep 5, 2010
Messages
3,516
Reaction score
345
Points
41
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 26 Mei 2020

HARI Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan cara amat berbeza berbanding sebelum ini kerana semua umat Islam seluruh negara menyambutnya dalam Perintah Kawalan Pergerakan PKP susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda seluruh dunia.

Walaupun sambutannya sederhana, setiap isi rumah masih menyediakan juadah hari raya antaranya ketupat palas, nasi impit, lemang, rendang, nasi tomato, ayam masak merah dan sebagainya.

Setelah sebulan menahan lapar pada bulan Ramadan, semestinya Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk menikmati pelbagai juadah. Namun perlu diingatkan, dalam keghairahan kita menikmati juadah raya, kuantiti pengambilan makanan perlu dijaga.

Ikuti temubual Wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli bersama Pakar Diet Pemakanan Hospital Pantai Sungai Petani, Dr Nur Arafah Abdul Wahab mengenai diet yang perlu dijaga ketika hari raya.

SINAR HARIAN:
1. Apakah perkara yang perlu diberikan perhatian semasa menikmati juadah hari raya?


DR NUR ARAFAH: Perkara yang perlu diberi perhatian tidak kira semasa menghadiri rumah terbuka atau pada hari-hari biasa adalah keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian. Setiap sajian yang diambil haruslah pelbagai dan memenuhi diet seimbang dalam kuantiti sederhana terutama bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik bagi mengelakkan timbulnya masalah lain.

Kita tidak menghalang pesakit mahupun golongan yang sihat untuk menikmati juadah tetapi perlu bijak semasa memilih jenis dan kuantiti makanan tersebut.

719502.jpg

Dr Nur Arafah

Kurangkan pengambilan atau kuantiti makanan yang manis, berlemak dan masin contohnya seperti air berkarbonat atau kordial, kuih muih manis dan lauk pauk yang mengandungi kandungan tinggi santan dan minyak.

2. Untuk penghidap diabetes dan darah tinggi, apakah antara juadah hari raya yang perlu dikurangkan?

Bagi pesakit kencing manis, mereka perlu mempunyai waktu makan yang teratur dan tidak boleh mengambil makanan berkanji dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Pengambilan air dan makanan manis perlu dihadkan dan tidak boleh diambil berulang kali. Contohnya, biskut yang manis, lemang, ketupat dan air berperisa perlu dikurangkan.

Bagi pesakit darah tinggi pula, mereka perlu mengawal pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan lemak. Elakkan ambil kuah secara berlebihan dan kurangkan penggunaan perasa tambahan dalam masakan seperti MSG, kicap dan sos. Makanan yang berminyak dan berlemak juga perlu dikurangkan seperti makanan bergoreng, santan, penggunaan mentega dalam kuih dan makanan berasaskan haiwan terutama rendang daging ataupun sup daging.

3. Apakah kesannya kepada tubuh badan jika makan berlebihan pada hari raya?

Sekiranya kita makan secara berlebihan di hari raya, ia boleh mengakibatkan berat badan meningkat dan ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti. Kenaikan berat badan secara mendadak dan sukar menurunkannya kembali akan memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.

4. Berapa banyak kalori dalam sehari yang diperlukan oleh seorang lelaki dan wanita?

Keperluan kalori untuk lelaki dewasa ialah 2,000 kalori sehari manakala untuk wanita dewasa atau warga emas ialah 1,500 kalori sehari.

Contoh kalori makanan antaranya, ketupat nasi seketul kecil mempunyai 80 kalori; sepotong lemang (100); dua potong kecil rendang ayam (100); satu senduk kuah kacang (130); sebiji Almond London (50); semangkuk laksam (300); satu senduk pulut kuning (130); dua ketul rendang daging (130); sebiji bahulu (60); sebiji biskut arab (50); sepotong dodol (70); sepotong kek buah (130); tiga keping kerepek ubi (50); sebiji biskut bangkit kelapa (40), sebiji biskut emping jagung (80) dan sekeping agar-agar kering (20).

5. Apakah tips makan secara sihat bagi mengurangkan risiko diabetes dalam menikmati juadah raya?

Pesakit kencing manis harus makan mengikut waktu selain mematuhi jadual pengambilan ubat, tidak kira di mana mereka berada. Selain itu, diet mereka perlu sama dengan hari-hari biasa.

Sebarang perubahan yang besar dalam diet harus dibincang bersama doktor atau pakar pemakanan mereka. Antara yang perlu mereka jaga adalah makan secara teratur terutama pada waktu makan utama, makan dalam kuantiti yang kecil dan elakkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa terutama makanan berasaskan kanji serta pilih makanan yang tinggi kandungan serat seperti sayur dan makanan berasaskan mil penuh. Selain itu, mereka perlu menghadkan pengambilan makanan dan minuman manis, pilih snek yang sihat seperti buah (dua hidangan sehari) sebagai pencuci mulut dan pilih air kosong daripada air berperisa atau berkarbonat.

6. Apakah jenis senaman ringan yang boleh dibuat selepas seharian menikmati makanan?

Tetamu boleh meletakkan kenderaan mereka lebih jauh ketika beraya di rumah kawan-kawan dan berjalan kaki ke rumah mereka, menggunakan tangga berbanding lif, berjalan kaki, berdiri semasa bersembang, bermain dengan kanak-kanak atau membantu tuan rumah mengemas hidangan.

7. Bagaimana cara untuk mengawal pengambilan makanan ketika raya?

Ramai mengaku gagal mengawal nafsu makan terutamanya di musim perayaan. Pelbagai juadah enak seperti rendang, lemang, ketupat, nasi minyak, lontong sehinggalah kuih-muih, biskut raya dan kek pasti menyebabkan keinginan untuk makan begitu tinggi sehingga ada sesetengah individu makan apa saja tanpa memikirkan kesannya.

Oleh itu, antara tips untuk mengelakkan penyakit adalah elak makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa, pilih air kosong daripada air manis dan berperisa, pilih pencuci mulut yang kurang manis seperti buah dan sayur, elakkan ambil kuah secara berlebihan dan makan secara sederhana dan konsisten.

Lazimnya juadah raya banyak yang berlemak dan manis. Apakah bahan lain yang boleh digantikan supaya makanan yang dihasilkan kurang berlemak atau manis?

Kita boleh menggantikan santan dengan susu rendah lemak, cairkan santan dengan nisbah 2:1 (air:santan), buang lemak dan kulit pada daging, gunakan tisu untuk menyerap lebihan minyak makanan bergoreng, elakkan penggunaan kaedah salut tepung ketika menggoreng dan elak menambah gula putih atau perang dalam masakan.

8. Apakah tips untuk mengawal nafsu makan ketika musim perayaan?

Selalu kita akan cakap tak apa esok boleh start diet, tak apa raya sekali setahun dan sebagainya. Itu bukan tiket untuk kita makan banyak. Antara cara memilih makanan secara sihat adalah jangan makan ketika terlalu lapar atau perut kosong, amalkan konsep sederhana, kepelbagaian dan seimbang serta amalkan konsep pinggan sihat Malaysia.

Makanan merupakan sumber utama dalam menyumbang kepada sesuatu penyakit, jadi biasanya penyakit apakah yang sering berlaku semasa musim perayaan?

Seperti yang kita maklum pelbagai hidangan enak disediakan ketika rumah terbuka, jika pengambilannya tidak dikawal dengan baik dan teratur, ia boleh mengundang pelbagai penyakit. Pengambilan makanan berkarbohidrat dalam jumlah yang banyak dan masa makan yang tidak menentu boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak teratur seterusnya mengakibatkan pesakit boleh mendapat pelbagai komplikasi.

Juadah seperti kuah rendang, sambal ikan bilis, kuah laksa dan lontong mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi. Oleh yang demikian, pesakit yang mempunyai masalah darah tinggi atau hipertensi perlu mengawal pengambilan garam yang berlebihan.

Penyakit yang sering terjadi semasa musim perayaan ialah tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dalam darah, paras gula dalam darah tinggi dan sakit perut akibat makan secara berlebihan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/84927/BERITA/Nasional/Jaga-pemakanan-ketika-beraya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

abangpower

Active+ Member
Joined
Sep 5, 2010
Messages
3,516
Reaction score
345
Points
41

5 Tips Sihat Pada Musim Raya​

appetizer-bowls-cuisine-1640770-1024x683.jpg

Makanan merupakan sebahagian penting musim perayaan. Namun demikian, kita mesti mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan kita dan tidak harus melupakan kesihatan badan. Menjelang Bulan Syawal, mari kita amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup sihat. Berikut adalah 5 tips pada musim raya ini:

1. Tingkatkan pengambilan cecair

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air penting untuk mengawal suhu badan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Pengambilan air juga dapat kurangkan selera makan. Elakkan pengambilan minuman manis dan berkarbonat.

2. Kurangkan kelajuan mengunyah
Mengunyah makanan secara perlahan penting untuk mengelakkan masalah penghadaman makanan. Amalan mengunyah dengan cepat akan meningkatkan selera makan dan berat badan anda.

3. Amalkan gaya hidup aktif
Senaman dapat mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan badan. Senaman juga penting untuk mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

4. Pastikan anda mengambil sarapan pagi
Kepentingan sarapan pagi sering diabaikan. Sarapan pagi penting untuk mengawal berat badan dan paras gula darah. Apabila kita tidak mengambil sarapan pagi, selera makan akan meningkat dan pengambilan kalori yang berlebihan akan terjadi.

5. Awasi pemakanan anda
Jaga pemakanan anda menjelang musim perayaan ini. Jangan makan secara berlebihan. Amalan pemakanan yang sihat dapat kita terapkan dalam kehidupan seharian dengan menambahkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengurangkan makanan yang memudaratkan kesihatan:

Makanan untuk dielakkanMakanan berkhasiat
Makanan dengan kandungan lemak dan santan yang tinggi
i.e. rendang, laksa dan kari
Makanan berserat tinggi
i.e. popiah, sayur dan buah
Kuih dengan kandungan gula yang tinggi
i.e. dodol, donuts, kuih raya yang tertentu
Buah-buahan
i.e. buah rojak (kurangkan kuah rojak), tembikai, oren, epal
Makanan digoreng
i.e. ayam goring, pisang goring, karipap
Ikan dan daging yang tidak berlemak tinggi
i.e. nasi ayam, ikan stim
Makanan dengan kandungan karbohidrat dan kalori berlebihan
i.e. nasi putih, nasi lemak, roti canai dan roti john
Karbohidrat berkalori rendah
i.e. thosai dan nasi perang
Minuman bergula, minuman berkarbonat dan minuman dengan pewarna tiruanAir kosong dan jus tanpa tambahan gula dan pewarna.
Makanan dengan kandungan garam yang tinggi,
i.e. Kerepek, lekor-lekor, sos dan kuah yang masin
Makanan kurang kandungan garam,
i.e. Yong Tau foo dan asam laksa
Makanan tinggi kandungan protein
i.e. telur rebus

sumber - https://caring2u.com/health_info/5-tips-sihat-pada-musim-raya/
 

abangpower

Active+ Member
Joined
Sep 5, 2010
Messages
3,516
Reaction score
345
Points
41

RISAU BERAT BADAN MENINGKAT MENDADAK DI BULAN SYAWAL? IKUTI TIPS INI​

  • bbbb.png


    RISAU BERAT BADAN MENINGKAT MENDADAK DI BULAN SYAWAL? IKUTI TIPS INI

    Sebagai umat Islam, menjaga kesihatan dan berat badan yang ideal juga merupakan tuntutan agama tau. Jadi kami akan kongsikan dengan anda semua lima tips berguna untuk maintain langsing. Kalau yang belum langsing, sekurang-kurangnya tak bertambahlah beratnya. Yang tak jaga pemakanan, meranalah anda macam panda ni.

    1. Ambik nasi putih, jangan makan nasi minyak

    Apa-apa majlis makan atau kenduri selalunya mensajikan dua jenis nasi, nasi putih dan nasi minyak. Walaupun macam takde beza, nasi minyak ni mengandungi kandungan kalori dua kali ganda daripada nasi putih dengan kuantiti yang sama. Di sini, kata kuncinya ialah bijak memilih. Dalam setiap pemilihan makanan, ambillah yang lebih sihat dan elakkan yang tidak perlu.

    nasi-putih.jpg
    Via FB
    Kebiasaanya kalau nak kurus, kita dinasihatkan untuk tinggalkan nasi putih secara total. Memanglah cara tersebut lebih berkesan, tapi kalau dah tekak Asia, memang nak cari jugak nasi. Nasi juga buatkan kita rasa kenyang untuk masa yang lama. Ini lebih baiklah daripada tak makan nasi langsung, tetapi sentiasa mengunyah kalori tambahan kerana sentiasa lapar. Haa, di sini kami cadangkan nasi putih diambil dalam anggaran segenggam tidak melebihi dua kali sehari. Nasi putih sebenarnya tidaklah seteruk yang disangkakan kalau diambil secara tidak berlebihan. Buktinya, negara seperti Jepun dan Korea Selatan yang rendah kadar obesiti pun menjadikan nasi sebagai makanan ruji.

    2. Tak payah nak minum air manis sangat, utamakan air putih

    Okay tips ini lebih kuranglah macam tips kat atas. Tak kisah air sirap ke, teh ke, jus buah-buahan, air bekarbonat dan bubble milk tea sekalipun, kalau dah bukan air putih, tinggalkanlah bang. Kalori tambahan dalam minuman manis ni memang punca utama kegemukan, segelas biasanya tak kurang dari 100 kalori. Baiklah kita gantikan dengan manisan semulajadi seperti buah-buahan.

    giphy.gif
    Minum jangan tak minum. Via Giphy
    Kalau nak juga jus, buat sendiri tanpa tambahan gula. Di musim perayaan, amalan menjaga kalori ni lebih penting sebab kita selalunya akan makan lebih kerap daripada biasa. Kebanyakan kita memang tak rajin catat pemakanan harian, sebab tu mengawal dari mengambil kalori tambahan ini sangat penting.

    3. Elakkan makan kerepek, walaupun macam mustahil. Terutamanya waktu tengah lepak

    Dari kerepek pisang ke maruku, makanan ni biasanya dimakan sambil membuat hal lain. Buat mengomel sambil tengok tv, sambil buat artikel, sambil bawa kereta. Sedar-sedar tiga balang dihabiskan. Haaa, ini memang makanan yang paling tak terasa sebab makan banyak mana pun memang tak kenyang. Kalau boleh, tinggalkanlah kerepek-kerepek berminyak ni. Buat tambah kolestrol je.

    kerepek.jpg
    Via FB
    Jauhkan balang-balang tu daripada capaian supaya hilang perasaan nak makan. Makanan macam kerepek, kalau kita tak nampak, jaranglah kita cari, tapi kalau nampak, mesti termakan juga. Sebagai alternatif, boleh ambil kekacang seperti badam, gajus, pistasio yang lebih sihat dan kaya dengan khasiat. Buah-buahan kering tanpa perasa tambahan pun sedap jugak sebagai ganti.

    4. 10,000 langkah berjalan, bukan 10,000 kali tekan telefon bimbit

    Kalau tadi semua tips tentang penjagaan makanan, tips kali ini lebih menfokuskan penjagaan fizikal. Sebab makan dah banyak, jalan pun kena banyak. Kami faham dengan jadual yang padat, hampir mustahil bagi segelintir individu menyelitkan masa untuk senaman. Dengan pergerakan yang banyak, ia dapat menggantikan senaman-senaman kita yang dah tertunggak. 10,000 langkah merupakan saranan dari hampir semua institusi kesihatan.

    giphy.gif
    Masa Obama jadi Presiden USA dulu, dia pun jogging ye. Via Giphy
    Tujuannya bagi memastikan kita sentiasa cergas. Kalau anda mempunyai smart watch yang boleh mengira langkah, senanglah nak kira. Kalau tak ada, gunalah aplikasi di telefon pintar masing-masing. Sambil cek Whatsapp, cek juga sudah berapa langkah yang dicapai. Ambil masa dalam lima minit pada setiap jam di pejabat untuk berdiri dan berjalan. Kalau boleh guna tangga, guna tangga. Parking jauh-jauh. Apa-apa pun caranya asal capai 10,000 langkah.

    5. Puasa enam, bukan setakat dapat kurangkan berat badan, dapat pahala jugak!

    Yang ini jangan lupa, kalau puasa 3o hari tambah dengan puasa enam, pahalanya dah macam puasa setahun tau! Dengan syarat niatnya mestilah betul. Dalam masa yang sama, dapat juga manfaat kesihatan. Nak mudah, selitkan dua hari pada hari minggu untuk puasa enam. Puasa enam memang perlu dirancang, supaya tak jatuh pada hari yang kita ada jemputan, lebih-lebih lagi hujung minggu. Nak selamat, buatlah lebih daripada enam.

  • sumber - https://orangkata.my/tips/risau-berat-badan-meningkat-mendadak-di-bulan-syawal-ikuti-tips-ini/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,009
Reaction score
12,939
Points
2,376
Bulan puasa ni turun 3 kg
Walaupun tak bersukan
Dan makan banyak
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,918
Reaction score
1,643
Points
201
Jiwa yg sihat kunci pada fizikal yg sihat....ayuh sucikan jiwa kt
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,674
Reaction score
2,047
Points
206
den raso sebulan poso dh turun 5kg.... tapi raso2 eh dh naik balik 5 kg sbb dh 2 hari bedal rendang daging+ayam

ntah2 kolestrol pun mencanak naik, gulo pun naik jugak....

takleh jadi ni, ptg ni nk bwk anak2 poie tasik eksesais...
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,889
Reaction score
1,920
Points
201
Kena maintain puasa.

Selang sehari.

Dah puasa 6?
 

Megat Al Fateh

Active Member
Joined
May 6, 2019
Messages
1,328
Reaction score
704
Points
81
balang kuih raya tu dah mcm melekat dkt tangan

kuih rare.. jumpa setahun sekali je .. sayang plak nak lepas :p
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,838
Reaction score
631
Points
126
seluar den dah longgar plak pas puasa ni hihi...

ari raya first mmg bedal mcm2 gak, makanan utama yg dibedal, rendang .. pastu sambung posa 6 plop ..

30+6 = 365 .. sifir ajaib ni.. rugi tak sambut
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,878
Reaction score
2,456
Points
201
Yg penting mcdonald starbuck kita kene trus beratur order..kesian kang depa takde keje hehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register