BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BANTUT: Pemakanan Atau Genetik?

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
1000677287.jpg


BANTUT

Bukan sebab mak ayah rendah, tapi sebab anak kurang zat penting waktu sedang membesar.

🙅🏼‍♂️Bantut bukan takdir — ia boleh dicegah

Jom jaga pemakanan anak-anak kita dari awal 🤰🏻💪
 
1000708043.jpg


👶 Tahukah anda…
Selepas perang dunia, Jepun dan Korea Selatan pernah melahirkan generasi anak-anak bantut. Tetapi mereka tidak duduk diam. Mereka ubah cara pemakanan, tingkatkan akses kesihatan, dan jadikan isu bantut sebagai keutamaan negara. Hasilnya hari ini, kadar bantut mereka sudah jatuh bawah 10%.

Malaysia pula?
1 daripada 5 anak kita masih bantut.
Ini bukan sekadar soal tinggi rendah. Anak bantut lebih mudah jatuh sakit, lebih sukar belajar, dan akhirnya membesar menjadi dewasa yang tidak dapat capai potensi sebenar.

Bila ramai anak terbantut, itu bukan masalah keluarga sahaja itu tanda negara sedang melahirkan generasi yang lemah.

📌 Apa yang ibu bapa perlu lakukan sekarang:

• Jangan terlalu lama beri bubur cair , ikut umur, naikkan tekstur makanan.

• Pastikan setiap hari ada protein berkualiti (ikan, ayam, telur, daging, susu).

• Jangan biar anak hanya kenyang dengan karbohidrat kosong seperti roti manis atau biskut.

• Jaga kebersihan makanan & air kerana jangkitan berulang merosakkan tumbesaran.

• Rangsang anak dengan permainan, sentuhan, dan interaksi bukan biar mereka pasif dengan gajet. Biar mereka kena cahaya matahari dan dapatkan vitamin D

.

Adakah kita mahu terus beralasan, atau sudah tiba masanya kita bangkit dan pastikan anak-anak Malaysia membesar sihat dan tinggi seperti rakan sebaya di negara lain?
 
Back
Top
Log in Register