BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jabatan Perikanan Kekal Pendekatan Pelesenan Vesel Urus Sumber Perikanan Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jabatan Perikanan Kekal Pendekatan Pelesenan Vesel Urus Sumber Perikanan Negara​

730ff0be943287b5fd556ea190c5f834690760aa06424

Datuk Adnan Hussain

Jabatan Perikanan (DOF) mengekalkan pendekatan pengurusan pelesenan vesel penangkapan ikan sebagai salah satu mekanisme untuk memastikan sumber perikanan negara dapat diurus secara mampan.

Selain itu, ia juga mengambil kira keperluan komuniti nelayan yang bergantung kepada sektor perikanan sebagai sumber pendapatan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Adnan Hussain.

Beliau berkata pendekatan itu selaras dengan Akta Perikanan 1985 (Akta 317) dan Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) (Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan Tempatan) 1985.

"Pendekatan ini bertujuan mengawal kapasiti penangkapan ikan agar sumber perikanan negara terus terpelihara dan dapat dimanfaatkan secara berterusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan rekod DOF, sebanyak 16,894 vesel sampan direkodkan di seluruh negara pada tahun lepas, dan hasil kajian taksiran sumber perikanan yang dijalankan dari 2013 hingga 2016 pula menunjukkan biomas stok ikan negara hanya berbaki antara 16 hingga 48 peratus berbanding stok asal pada era 1960-an.

Adnan berkata dapatan itu menjadi antara asas kepada pelaksanaan langkah pengurusan sumber perikanan secara berterusan.

“Pengurusan pelesenan bukan sekadar proses pentadbiran, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha memastikan aktiviti penangkapan ikan dapat diteruskan secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan kelestarian sumber,” katanya.

Beliau berkata kementerian itu memahami bahawa aktiviti penangkapan ikan merupakan sumber rezeki utama bagi ramai nelayan, khususnya nelayan tradisional.

Justeru, setiap dasar yang dilaksanakan mengambil kira keseimbangan antara keperluan komuniti nelayan dengan tanggungjawab memelihara sumber perikanan negara supaya manfaatnya dapat dinikmati secara berterusan, katanya.

 
Back
Top
Log in Register