BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jabatan Perikanan Perlu 30 Hari Nilai Dokumen Dikemukakan Thailand

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Jabatan Perikanan Perlu 30 Hari Nilai Dokumen Dikemukakan Thailand​

93c6848a885ad3ac5cc1547606ac4a646a48da6e7b489

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Adnan Hussain (tengah) menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival myAgropreneur Perikanan (myAp) dan myKomuniti Perikanan (myKP) Zon Timur 2026 hari ini.

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Kelantan Ismail Ibrahim (kanan) dan Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia Nasri Ishak (kiri).


Jabatan Perikanan memerlukan sekurang-kurangnya 30 hari untuk menilai dokumen yang dikemukakan oleh pihak berkuasa Thailand berhubung sekatan pengeluaran permit import (IP) bagi lima spesies udang dari negara itu, sekiranya maklumat yang diterima lengkap.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata penilaian berkenaan sedang dilaksanakan oleh pasukan teknikal yang ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi meneliti maklumat dikemukakan oleh Thailand di bawah fasa kedua.

Beliau berkata mesyuarat pasukan teknikal dijangka diadakan minggu depan, sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung permohonan negara itu untuk mengeksport semula udang ke Malaysia.

“Selepas proses penilaian selesai, barulah kita memperoleh gambaran yang lebih menyeluruh mengenai maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Thailand,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival MyAgropreneur Perikanan dan MyKomuniti Perikanan Zon Timur 2026, di sini hari ini.

Malaysia masih mengekalkan sekatan pengeluaran IP bagi lima spesies udang dari Thailand, yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas.

Adnan berkata sekatan itu juga bertujuan memastikan udang yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada penyakit yang boleh mengancam industri akuakultur tempatan, selain tidak mengandungi bahan kimia terlarang yang bercanggah dengan peraturan sedia ada.

Beliau berkata Malaysia turut berdepan isu timbal balik apabila eksport udang tempatan ke Thailand masih belum dibenarkan sejak 2017.

“Sehubungan dengan itu, Jabatan Perikanan sedang memperkemas sistem kawalan kesihatan haiwan akuatik dan pematuhan standard biosekuriti negara bagi memastikan udang tempatan memenuhi keperluan pasaran Thailand, termasuk bebas daripada penyakit serta penggunaan bahan kimia terlarang,” katanya.

Pada 16 Mei lepas, KPKM mengumumkan penguatkuasaan keperluan Sijil Analisis (Certificate of Analysis atau CoA) bagi import ikan siakap dari Thailand serta sekatan sementara terhadap import lima spesies udang dari negara itu yang berkuat kuasa mulai 1 Jun.

 
Back
Top
Log in Register