BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berisiko Pupus, Jabatan Perikanan Perak Fokus Usaha Pembenihan Dan Pemuliharaan Ikan Loma

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Berisiko Pupus, Jabatan Perikanan Perak Fokus Usaha Pembenihan Dan Pemuliharaan Ikan Loma​

8167cf89ec12f51291c9b83aaab09f4e6a8927d100088

Pengarah Perikanan Perak Mohd Ghazali A. Manap bercakap kepada media ketika hadir pada Program "Randuk For Lampam Volume 5" di Sahom Valley Resort hari ini.

Jabatan Perikanan Negeri Perak mempergiat program pembenihan dan pemuliharaan spesies ikan loma di Kompleks Pusat Perikanan Darat Banding, Gerik, yang berdepan risiko kepupusan.

Pengarah Perikanan Perak Mohd Ghazali A. Manap berkata projek pembiakan berperingkat bagi spesies ikan air tawar berkenaan disokong menerusi peruntukan khas kerajaan negeri yang telah disalurkan pada tahun lalu.

“Melalui peruntukan yang disalurkan, pihak jabatan menggunakannya bagi mendapatkan induk ikan loma dari sungai utama untuk tujuan pembenihan.

“Fasa pembenihan dan penetasan telur telah berjaya dilaksanakan, namun kita masih berdepan sedikit kekangan dalam aspek pembesaran bagi memastikan spesies berkenaan mencapai saiz yang sesuai sebelum dapat dilepaskan ke perairan umum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program “Randuk For Lampam Volume 5” di sini hari ini yang dirasmi Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi.

Mohd Ghazali berkata sekiranya fasa pembesaran berkenaan mencapai hasil yang disasarkan, benih ikan loma dijangka dilepaskan di Tasik Temenggor pada tahun hadapan.

“Pemilihan Tasik Temenggor sebagai lokasi pelepasan kerana kawasan itu merupakan punca utama dalam aliran lembangan Sungai Perak yang mempunyai potensi untuk menyokong kelangsungan hidup dan pembiakan spesies berkenaan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata usaha pemuliharaan amat mendesak berikutan tekanan daripada aktiviti tangkapan berlebihan terutama di kawasan Sungai Rui, Gerik, yang menjadi antara habitat utama ikan loma.

"Penduduk di kawasan berkenaan gemar mengambil dan makan telur ikan loma, termasuk dijadikan ikan pekasam. Aktiviti mengambil telur ini secara langsung mengganggu populasi kerana tiada anak ikan baharu yang dapat menetas," katanya.

 
Back
Top
Log in Register