Bagaimana dengan kelas-kelas al-Quran
Kita tahu dikelas-kelas al-Quran memang berlaku baca ramai2 ini
Adakah mereka yang menyertai kelas al-Quran dikira telah melakukan bid'ah?
Bagaimana pula dengan kaedah-kaedah belajar al-Quran sekarang ini
Contohnya Kaedah baghdadi , kaedah Jibril , kaedah al jabari, kaedah al Hira, kaedah haraki dan lain-lainnya?
Mari kita kaji pendapat imam Syafii berkaitan perbezaan pembelajaran dan ibadah khusus seperti zikir (atau bacaan Quran jika dapat dikaitkan) ''
Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata:
واختيار للامام والمأموم أن يذكر الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكر إلا أن يكون إماما يجب أن يتعلم منه فيجهر حتى يرى أنه قد تعلم منه ثم يسر
“Imam dan makmum boleh memilih sama ada ingin berzikir kepada Allah (atau tidak) selepas solat. Dan mereka hendaklah memperlahankan zikir kecuali dia merupakan seorang imam. Imam wajib mengajari makmum berzikir, maka hendaklah dia kuatkan zikirnya sehingga dia melihat bahawa telah dipelajari darinya (zikir-zikir tersebut). Kemudian hendaklah dia perlahankan semula. (Al-Umm, Kitab As-Solah, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150)
وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلم الناس منه ذلك لان عامة الروايات التى كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها بعد التسليم تهليل ولا تكبير وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصفت ويذكر انصرافه بلا ذكر وذكرت أم سلمة مكثه ولم يذكر جهرا وأحسبه لم يكث إلا ليذكر ذكرا غير جهر
“Aku berpendapat baginda (Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam) menguatkan suara ketika berzikir hanya untuk seketika sahaja. Tujuannya agar para sahabat dapat mempelajari zikir itu daripadanya. Ini kerana, kebanyakan riwayat yang telah kami tulis sama ada bersama kitab ini (Al-Umm) atau selainnya langsung tidak menyebut adanya bacaan tahlil atau takbir selepas baginda memberi salam.
Kadang-kadang riwayat yang datang menyebut baginda berzikir selepas solat seperti apa yang aku nyatakan (secara kuat) dan kadangkala baginda beredar (meninggalkan saf) tanpa berzikir. Menurut apa yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, baginda tidak berzikir secara kuat selepas solat. Oleh itu, aku berpendapat bahawa baginda tidak akan duduk sama sekali kecuali berzikir tanpa dikuatkan suara.” (Al-Umm, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150-151)
Pendapat Imam Asy-Syafi’i di atas ini sememangnya selari dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana setelah solat baginda berzikir secara bersendirian tanpa dikeraskan suara. Terkadang baginda juga pernah tidak berzikir setelah solat.
berzikir perlahan selepas solat adalah amalan ibadah khusus yang disunatkan, berzikir dengan kuat selepas solat bukan sunnah Nabi ia dilarang kecuali untuk mengajar makmum (pembelajaran menyebabkan ia bertukar menjadi ibadah umum/muamalat/kemasyarakatan )
Semua perkara yang melibatkan urusan kemasyarakatan (hubungan sesama manusia)termasuk belajar zikir dan belajar Quran berjemaah hukumnya harus kecuali ada dalil mengharamkan.
Sebaliknya semua amalan ibadah khusus (hubungan dengan Allah)seperti berzikir lepas solat dan amalan membaca Quran Ulama Syafi’iyyah memiliki kaedah,
اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil)”
Perkataan di atas disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (5: 43). Ibnu Hajar adalah di antara ulama besar Syafi’i yang jadi rujukan. Perkataan Ibnu Hajar tersebut menunjukkan bahwa jika tidak ada dalil, maka suatu amalan tidak boleh dilakukan. Itu artinya asal ibadah adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan.
Cuba perhatikan, kaedah ini konsisten dengan setiap pendapat imam Syafii berkaitan ibadah khusus(hubungan dengan Allah). Tidak ada satu pun amalan ibadah khusus tanpa dalil. Amalan yang tiada dalil itulah yang melanggar sunnah.
So bezakan pembelajaran Quran dan amalan membaca Quran.
Harap maaf jika adalah tersalah pendapat berkaitan hal ini