BTC USD 83,834.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

Ayat berkenaan dengan Syariat:
s45a18.jpg

"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan lengkap) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui".

Tuan saya rasa itilah2 tuh boleh tuan cari tapi x pa saya berikan makna istilah itu seperti apa yang saya faham dan kalo salah sila betulkan

Syariat dan syariah adalah hukum atau peraturan yang ditetapkan oleh Allah
Syarak adalah hukum islam

Definasi bidaah yang tuan fahami hampir sama dengan saya ... so dalam hal ini kita "at the same page" ... :D

.... thanks bro , bukan aku tk mau nk google , tapi sekurang2nya aku nk tahu sendiri pandangan jejantas maksud syariat ni supaya mudah aku menjawab apa itu maksud bidaah dari kacamata aku sendiri .

.... 'Syariat dan syariah adalah hukum atau peraturan yang ditetapkan oleh Allah' - hukum atau peraturan oleh Allah yg mcm mana tu , merangkumi peraturan seluruh tatacara dlm semua urusan kehidupan kita dari mula dilahirkan sampailah dikembalikan atau ianya hanya terhad kepada urusan tertentu shj ?

.... pasti ada perbezaan maksud dgn hukum fiqah , qiyas , hudud dan syariah , minta jejantas detailkan dulu ( sebelum aku jawab apa itu bidaah tanpa copy paste spt yg diminta )... terima kasih .:)cgrock
 
Ayat berkenaan dengan Syariat:
s45a18.jpg

"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan lengkap) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui".

.... thanks bro .

.... nk tanya , apa maksud 'syariat (peraturan lengkap) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu ' ? terima kasih jika sudi mendefinasikan .
 
Mengikut Ibnu Katsir, syariat iaitu peraturan lengkap adalah Al-Quran dan
dari urusan agama itu adalah agama Islam

Dalam ayat 20 surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud;
Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia,
dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).

Last edited:
.... thanks bro , bukan aku tk mau nk google , tapi sekurang2nya aku nk tahu sendiri pandangan jejantas maksud syariat ni supaya mudah aku menjawab apa itu maksud bidaah dari kacamata aku sendiri .

.... 'Syariat dan syariah adalah hukum atau peraturan yang ditetapkan oleh Allah' - hukum atau peraturan oleh Allah yg mcm mana tu , merangkumi peraturan seluruh tatacara dlm semua urusan kehidupan kita dari mula dilahirkan sampailah dikembalikan atau ianya hanya terhad kepada urusan tertentu shj ?

.... pasti ada perbezaan maksud dgn hukum fiqah , qiyas , hudud dan syariah , minta jejantas detailkan dulu ( sebelum aku jawab apa itu bidaah tanpa copy paste spt yg diminta )... terima kasih .:)cgrock

Wahhhh dah hadi kelas agama lak .... Saya rasa x perlu saya nak ulas perkara tsbt ... Tuan jwb ajer apa yg tuan fhm apa itu bidaah
 
Sedikit renungan untuk perbincangan berkenaan BIDAAH.

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَ لَةٍ وَكُلُّ ضَلاَ لَةٍ فِى النَّارِ
“Setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu masuk neraka”.

1) Dari segi balaghah perkataan Bid'atin adalah kata nama yang
dibuang sifat dari yang bersifat. Jadi jika ditulis sifatnya
kemungkinan akan menjadi كُلُّ بِدْعَةٍ حَسَنَةٍ ضَلاَ لَةٌ atau كُلُّ بِدْعَةٍ سَيِئَةٍ ضَلاَ لَةٍ

Sapa yang tahu ilmu balaghah, cuba terangkan mengapa Nabi s.a.w
dalam sabdanya membuang sifat dari suatu perkara (isim) yang bersifat.

2) Dari segi ilmu Nahwu
Adakah Kalimah Kullu (setiap) itu bermaksud keseluruhan atau sebahagian
Bid'atin adalah kalimah isim nakirah iaitu bersifat umum
Kenapa Nabi s.a.w tidak menyebut dengan isim makrifat?

Kenapa Nabi s.a.w tidak bersabda secara terus;

كُلُّ بِدْعَةٍ فِى النَّارِ

Setiap bida'ah itu masuk neraka

Sedangkan setiap hal yang bersifat umum pastilah menerima pengecualian.
Ini sesuai dengan pendapat Imam Nawawi ra.
“Sabda Nabi SAW, “semua bid’ahadalah sesat”, ini adalah kata-kata umum yang dibatasi jangkauannya.
Maksud “semua bid’ah itu sesat”, adalah sebagian besar bid’ah itu sesat, bukan seluruhnya.”
(Syarah Shahih Muslim, Jilid 6- Hadis 154).

Inilah sebahagian kaedah yang digunakan oleh imam2 mujtahid
untuk mengisbatkan menetapkan sesuatu hukum ... lalu

Imam Syafie membahagikan bid'ah kepada bida'ah hasanah dan
bida'ah dholalah/sayyiah kerana kalimah bid'atin adalah isim nakirah
yang bersifat umum dan bukan bermaksud keseluruhan.

Jadi barangsiapa yang mengatakan kalimah Kullu itu bermaksud Semua atau keseluruhan
mestilah datangkan dalil balaghah atau nahwu Arab.

Dan barangsiapa yang mengatakan kalimah bid'atin itu isim makrifat
iaitu bersifat khusus iaitu tiada bid'ah hasanah maka ia kena datangkan dalil yang sama.

Jadi tak payah lah kita berbahas hanya dengan menggunakan aqal,
dengar kata orang, ustaz tu kata, copy paste, dll. Ulamak mujtahid
yang mu'tabar telah banyak menolong kita dalam perkara agama dengan
kemampuan ilmu dan tenaga yang mereka ada untuk menetapkan
sesuatu hukum.

"perkara nie jangan duk baloh ... dah selesai lama doh - UAI"
 
Wahhhh dah hadi kelas agama lak .... Saya rasa x perlu saya nak ulas perkara tsbt ... Tuan jwb ajer apa yg tuan fhm apa itu bidaah

.... sekali sekala bukak kelas agama ni syook gak , sekurang2nya taklah asyik tanya soalan yg sama berulang2 hehehe :D

.... dah jelas lum maksud syariat ? klu lum , lilex2 dulu , jgn tergopoh gapah sbb bidaah ni ada kaitan rapat dgn syariat .

.... dalam syariat ada peraturan , dalam peraturan ada kekalutan , kekalutan cipta peraturan , di mana pula kau berdiri , di sini ?

.... sambil2 minum petang , santai2 sambil buka minda dgn lirik lagu ini :D

http://www.youtube.com/watch?v=IPFNyN0LoRE
 
Tiap tiap malam jumaat saya ikuti TAHLIL ARWAH...okey je...tak rasa bersalah pun...seronok...je....

Yang Terlibat
............
Ujung Pasir
 
Bagaimana dengan kelas-kelas al-Quran
Kita tahu dikelas-kelas al-Quran memang berlaku baca ramai2 ini
Adakah mereka yang menyertai kelas al-Quran dikira telah melakukan bid'ah?

Bagaimana pula dengan kaedah-kaedah belajar al-Quran sekarang ini
Contohnya Kaedah baghdadi , kaedah Jibril , kaedah al jabari, kaedah al Hira, kaedah haraki dan lain-lainnya?

Mari kita kaji pendapat imam Syafii berkaitan perbezaan pembelajaran dan ibadah khusus seperti zikir (atau bacaan Quran jika dapat dikaitkan) ''

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata:

واختيار للامام والمأموم أن يذكر الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكر إلا أن يكون إماما يجب أن يتعلم منه فيجهر حتى يرى أنه قد تعلم منه ثم يسر

“Imam dan makmum boleh memilih sama ada ingin berzikir kepada Allah (atau tidak) selepas solat. Dan mereka hendaklah memperlahankan zikir kecuali dia merupakan seorang imam. Imam wajib mengajari makmum berzikir, maka hendaklah dia kuatkan zikirnya sehingga dia melihat bahawa telah dipelajari darinya (zikir-zikir tersebut). Kemudian hendaklah dia perlahankan semula. (Al-Umm, Kitab As-Solah, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150)

وأحسبه إنما جهر قليلا ليتعلم الناس منه ذلك لان عامة الروايات التى كتبناها مع هذا وغيرها ليس يذكر فيها بعد التسليم تهليل ولا تكبير وقد يذكر أنه ذكر بعد الصلاة بما وصفت ويذكر انصرافه بلا ذكر وذكرت أم سلمة مكثه ولم يذكر جهرا وأحسبه لم يكث إلا ليذكر ذكرا غير جهر

“Aku berpendapat baginda (Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam) menguatkan suara ketika berzikir hanya untuk seketika sahaja. Tujuannya agar para sahabat dapat mempelajari zikir itu daripadanya. Ini kerana, kebanyakan riwayat yang telah kami tulis sama ada bersama kitab ini (Al-Umm) atau selainnya langsung tidak menyebut adanya bacaan tahlil atau takbir selepas baginda memberi salam.

Kadang-kadang riwayat yang datang menyebut baginda berzikir selepas solat seperti apa yang aku nyatakan (secara kuat) dan kadangkala baginda beredar (meninggalkan saf) tanpa berzikir. Menurut apa yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, baginda tidak berzikir secara kuat selepas solat. Oleh itu, aku berpendapat bahawa baginda tidak akan duduk sama sekali kecuali berzikir tanpa dikuatkan suara.” (Al-Umm, dalam Al-Maktabah Asy-Syamilah, 1/150-151)

Pendapat Imam Asy-Syafi’i di atas ini sememangnya selari dengan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana setelah solat baginda berzikir secara bersendirian tanpa dikeraskan suara. Terkadang baginda juga pernah tidak berzikir setelah solat.

berzikir perlahan selepas solat adalah amalan ibadah khusus yang disunatkan, berzikir dengan kuat selepas solat bukan sunnah Nabi ia dilarang kecuali untuk mengajar makmum (pembelajaran menyebabkan ia bertukar menjadi ibadah umum/muamalat/kemasyarakatan )

Semua perkara yang melibatkan urusan kemasyarakatan (hubungan sesama manusia)termasuk belajar zikir dan belajar Quran berjemaah hukumnya harus kecuali ada dalil mengharamkan.

Sebaliknya semua amalan ibadah khusus (hubungan dengan Allah)seperti berzikir lepas solat dan amalan membaca Quran Ulama Syafi’iyyah memiliki kaedah,

اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف

“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil)”

Perkataan di atas disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (5: 43). Ibnu Hajar adalah di antara ulama besar Syafi’i yang jadi rujukan. Perkataan Ibnu Hajar tersebut menunjukkan bahwa jika tidak ada dalil, maka suatu amalan tidak boleh dilakukan. Itu artinya asal ibadah adalah haram sampai ada dalil yang memerintahkan.

Cuba perhatikan, kaedah ini konsisten dengan setiap pendapat imam Syafii berkaitan ibadah khusus(hubungan dengan Allah). Tidak ada satu pun amalan ibadah khusus tanpa dalil. Amalan yang tiada dalil itulah yang melanggar sunnah.

So bezakan pembelajaran Quran dan amalan membaca Quran.

Harap maaf jika adalah tersalah pendapat berkaitan hal ini
 
sy msh x jls dgn pendirian sdr ttg membaca Al-Quran beramai2 semasa majlis tahlil???...

adakah baca Al-Quran rmi2 melanggar ketetapan syarak?

jika ya adakah ia bid'ah dhalalah?
 
Back
Top
Log in Register