BTC USD 106,819 Gold USD 3,415.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr. Zukifli Al-Bakri Jawab Isu Hukum Penggunaan Kad Kredit Konvesional Buat Pengguna Muslim

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,655
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
60,655
Reaction score
6,965
Points
881
Awards
1
Dr. Zukifli Al-Bakri Jawab Isu Hukum Penggunaan Kad Kredit Konvesional Buat Pengguna Muslim

Hairi Ariff

Sudah menjadi kewajipan buat sesetengah individu untuk memiliki kad kredit bagi tujuan membuat pembelanjaan sama ada bagi tujuan mengutip mata ganjaran atau kegunaan di waktu kecemasan.

Dalam pada itu, terdapat keraguan buat sesetengah individu untuk menggunakan kad kredit konvesional yang mampu menjurus kepada riba sekiranya gagal membuat bayaran mengikut masa yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Mufti Wilayah Persekutuan Saran Pekerja Islam Di Bank Konvensional Berusaha Cari Pekerjaan Halal Lain

‘Boleh Kerja Bank Konvensional Jika Darurat, Tapi Kena Usaha Keluar’ – Mufti



Sehubungan dengan itu, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al-Bakri tampil menjawab isu ini menerusi pertanyaan daripada seorang individu mengenai hukum seorang Muslim menggunakan kad kredit konvensional.

Menurut Dr. Zulkifli, beliau menerusi laman Maktabah Al-Bakri, tampil menjelaskan hukumnya secara penuh buat individu yang bertanya.

“Sebarang urusan jual beli menggunakan kad kredit konvensional adalah dibenarkan, dengan syarat bahawa bayaran perlu dilakukan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

Hal ini bertujuan untuk menghindari dari dikenakan faedah (interest). Seperti yang kita tahu, ia dianggap sebagai riba yang diharamkan dalam hukum syara,” ulas Dr. Zulkifli.

Walau bagaimanapun, beliau menyarankan agar umat Islam beralih menggunakan kad kredit Islamik bagi mengelakkan daripada terjerumus dengan riba.


Anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai soalan yang diajukan melibatkan kad kredit konvensional klik di sini untuk perbahasan penuh Dr. Zulkifli Al-Bakri.

https://The Vocket/hukum-kad-kredit-konvensional/
 
Back
Top
Log in Register