Nabi kata bidaah tuh sesat tapi ada yg cuba menafsirkan bidaah baik dan bidaah mungkar berdasarkan kata2 khalifah umar .... Dari segi istilah mana ada yg sesat tuh baik ... Sesat tetap sesat
Ramai silap menafsirkan bidaah hassanah kerana menafsiran bidaah itu sendiri ramai yg tersilap dan masih yg cuba abaikan kata nabi bahawa umat islam akan selamat selagi pegang AQ dan sunnahnya dan gigit ler sekuat2nya...
Mereka akan terus mengqiaskan hadith2 tertentu dan pendapat2 ulama terdahulu walaupun dah terangan ianya bukan sunnah rasullulah demi utk memuaskan nafsu atau akal yg cetek.... Manusia tidak merasakan apa yg nabi bawa tuh sempurna dimana ianya sesuatu perkara yg amat bahaya utk umat islam...
Dari Harmalah bin Yahya rahimahullah berkata: Aku mendengar al-Syafie rahimahullah berkata: Bid’ah ada dua iaitu bid’ah yang terpuji dan bid’ah yang tercela. Apa yang bersesuaian dengan al-Sunnah maka itu adalah terpuji dan apa yang bertentangan dengan al-Sunnah maka itu tercela.[2]
وقال الربيع رحمه الله: قال الشافعي رحمه الله تعال: المحدثات من الامور ضربان: احدهما ما احدث يخالف كتابا او سنة او اجماعا او اثارا فهذه البدعة الضلالة. والثاني من الخير لا خلاف فيه لواحد من هذا فهي غير مذمومة.
Maksudnya:
Berkata ar-Rabi’ rahimahullah: Telah berkata al-Syafie rahimahullah: Perkara-perkara yang diada-adakan itu terbahagi kepada dua: Yang pertama, apa yang dicipta bertentangan dengan al-Kitab, al-Sunnah, ijmak atau atsar, maka inilah bid’ah yang sesat. Kedua, apa yang dicipta berupa kebaikan yang tidak bertentangan dengan salah satu dari perkara (al-Kitab, al-Sunnah, ijmak atau atsar sahabat), maka itu ciptaan yang tidak tercela. [3]
============================================================
Ibnu Batoota · 18,277 followers
February 19, 2013 at 11:40am via mobile ·
Perbincangan ilmiah yang masih belum ilmiah di sisi Wasabi yang inginkan keilmiahan dalam perbincangan...
Ustaz Comel(UC) : apa pandangan anda tentang bidaah?
Wasabi(W): Bidaah itu semuanya sesat,syirik,masuk neraka,pelakunya itu ahli neraka berdasarkan hadis nabi bahawa setiap pelaku bidaah itu sesat,dan setiap yang sesat itu dalam neraka.
UC: baik...apa yang kamu faham tentang makna bidaah?semua jenis bidaah tu sesat ke?
W: makna bidaah ialah perkara baru yang tidak pernah wujud di zaman rasulullah,tidak pernah dilakukan nabi kita...itu lah bidaah....semua bidaah itu sesat,berdasarkan hadis tadi!
UC: tengok satu hadis je terus keluar hukum?
W: mana ada hadis lain yang menyokong perkara bidaah itu baik atau sebahagian baik sebahagian lagi sesat?
UC: Jadi tidak ada bidaah hasanah?
W: tidak ada!
UC: so kamu ni Wahabi lah?suka membidaahkan orang lain?
W: kami bukan Wahabi,kami Salafi....
UC: apa pulak Salafi ni?
W: pengikut golongan Salafus Soleh...
UC: Siapa pulak Salafus Soleh dan macam mana nak jadi sebahagian dari mereka?
W: Salafus soleh merujuk kepada muslim yang hidup sejak zaman nabi hingga 300 hijrah,iaitu golongan para sahabat,tabiin,dan tabi' tabiin...ada juga ulama yang bagitau sehingga 500 hijrah...
UC: Jadi macam mana kamu ikut ajaran Salafus Soleh sedangkan paling lama pun golongan Salaf ni hidup sampai 500 hijrah..sekarang ni dah 1400-an...dekat seribu tahun beza jauh tu?macam mana kamu belajar dari diorang sehingga kamu gelar diri sebagai Salafi?belajar melalui alam barzakh ke?
W: kami rujuk kitab-kitab mereka...
UC: oh.....macam tu rupanya....tapi kalau ikutkan apa kamu cakap,kaum Salaf ni yang hidup sampai 300 atau 500 hijrah kan?jadi itu zaman imam-imam mazhab...imam syafie,imam hanafi,imam malik,imam hanbal,imam maturidi,imam al-asy'ari...tapi kenapa kamu menolak untuk bermazhab dengan mazhab mereka sedangkan mereka itu golongan Salaf,kamu pulak mengaku pengikut Salaf tapi kamu tidak mahu mengikut mereka,dalam masa yang sama,pengikut-pengikut golongan Salaf seperti pengikut mazhab syafie,hanafi,maliki dan hanbali kamu tuduh,sesat,ahli bidaah,syirik dan lain-lain?kan ke celaru tu?mengaku pengikut Salaf,tapi tak mahu ikut ajaran mereka?dan mencela pula pengikut mereka?kalau ****** baca mesti diorang pun tak faham betapa celarunya kepeningan ini?
W : Memang kami tak ikut mazhab-mazhab imam tu tapi kami ikut ulama bermanhaj Salaf seperti Syeikh Nasiruddin Albani,Syeikh bin baz,Syeikh ustaimin,Syeikh Muhammmad Abd Wahab...
UC: pulak dah....mereka ni siapa pulak?
W: mereka ulama bermanhaj Salaf....
UC: aik?mereka hidup dari zaman nabi sampai 300 hijrah ke?
W: tidak..mereka semua hidup di era akhir zaman,Syeikh Albani,bin baz dan lain-lain tu baru je meninggal...
UC: jadi mereka bukan Salafus Soleh?
W: mereka bukan Salafus Soleh tapi mereka bermanhaj Salaf...
UC: Kamu menafikan bahawa pengikut imam-imam mazhab yang jelas faktanya hidup di zaman Salafus Soleh sebagai mazhab yang benar dalam masa yang sama kamu mengikut insan-insan so called ulama di akhir zaman dan mengaku sebagai golongan Salafi?Kamu sedar ke tak apa kamu buat ni?
W: ya saya sedar,saya yakin mazhab ulama bermanhaj salaf seperti albani dan lain-lain tu lebih baik dari mazhab-mazhab imam salafus soleh...
UC: Saya dah mula pening....apa beza "manhaj Salaf" dengan "golongan Salafus Soleh"...?
W: manhaj salaf ialah walaupun mereka tidak hidup di zaman salafus soleh,tapi mereka mengikuti ajaran nabi dan sahabat secara asli tanpa ditokok tambah manakala golongan salaf pula ialah muslim yang hidup dari zaman nabi sampai 300 hijrah....jangan pening...
UC: masalahnya tadi kamu cakap 'salafi' maksudnya pengikut salafus soleh,kemudian kamu tak mahu ikut imam-imam mazhab yang merupakan salafus soleh,kemudian kamu kata ikut 'ulama' akhir zaman yang hampir seribu tahun jauh dari zaman salafus soleh dan anggap mereka berada di jalan yang benar?
W: benar,tapi salafus soleh yang kami ikut bukannya tabiin dan tabi tabiin seperti imam syafie dan lain2....kami ikut para sahabat nabi terus....dan ulama akhir zaman yang saya sebut namanya tadi pula mengikut terus kepada sahabat nabi,maka saya ikut mereka....jelas kan?
UC: jadi kamu kena tukar definisi salafus soleh tu iaitu ia bermakna para sahabat nabi....tabiin dan tabi tabiin tak termasuk sebagai salafus soleh...
W: itu mustahil,sebab sudah mahsyur takrif salafus soleh seperti itu,maka kita biarkan sahaja...
UC: saya musykil bagaimana ulama ikutan kamu mampu mengikuti para sahabat sedangkan para sahabat nabi tak pernah menyusun mazhab secara lengkap untuk diikuti,mazhab yang lengkap hanya bermula pada zaman tabiin,selepas para tabiin kumpul ajaran sahabat dan satukan ia di dalam bentuk mazhab?
W: itu saya tidak tahu....
UC: bagi kamu,para tabiin dan tabi tabiin seperti imam mazhab itu tidak mengikuti ajaran sahabat?
W: saya tak kata pun macam tu..
UC: jadi kenapa kamu menolak mereka dan mengikuti ulama akhir zaman yang tidak ada kaitan dengan salafus soleh?sepatutnya gelaran salafi itu patut diberikan kepada pengikut mazhab yang empat kerana imam2 mazhab itu wujud di zaman salafus soleh?
W: ....
UC: tiada jawapan?
W: cukup lah sedara,biarkan kami dengan manhaj kami,kalau nak ikut,silakan,kalau tak nak,duk diam2....jangan putar belit...kami tak kacau orang..
UC: sebenarnya siapa yang putar belit dan tersepit di dalam putaran belitnya?dan siapa kata kamu tak kacau orang?kamu menuduh kami yang mengikuti imam syafie yang merupakan golongan salaf sebagai sesat,bidaah,syirik dan lain-lain,itu bukan kacau ke?kamu mintak kami iktiraf mazhab baru kamu ni dan mintak berlapang dada sedangkan kamu tuduh kami sesat?macam mana tu?terlampau banyak persoalan tidak dapat dijawab dan kamu cuma meroyan tuduh kami tidak ilmiah,sedangkan kamu block kami dan delete hujah kami bila kami mahu berbincang?nampak sangat kamu tak mampu jawab,tapi tak nak kalah,dan tak nak malu sebab salah pilih jalan?
*Wasabi has blocked Ustaz comel*
note: nak ilmiah macam mana lagi?bila ilmiah,diblock dan hujah didelete,,bila kita hentam tak ilmiah,menangis2 dengan pengikut mengadu dihentam...pandai tak boleh diikut,**** tak boleh diajar,memang sesuai...
aku dulu bekas pengikut Wasabi/Salafi yang sangat tegar,lebih tegar dari mangkuk2 wasabi yang baru nak naik ni...lepas allah bagi hidayah,aku tinggalkan fahaman buruk ini...ramai ustaz wasabi aku dah bersua dan berdiskusi depan-depan secara ilmiah termasuk Dr.MAZA,depan hidung aku dia hina Imam Syafie sebagai tak reti ilmu hadis,pengikut2 dia pulak suka panggil Imam Syafie sebagai P.E...memang biadap yang amat...jadi puak2 ni tak perlu nak ilmiah2...diorang akan putar belit kaw kaw,yang tak boleh nak diputar,diorang block dan delete hujah tu supaya pengikut tak baca takut pengikut hilang sebab dapat petunjuk dari allah...haih....
https://www.facebook.com/thembymhlongo/posts/352617678184939