uhs_4all
Fun Poster
- Messages
- 494
- Joined
- Oct 15, 2008
- Messages
- 494
- Reaction score
- 2
- Points
- 15
ada ustaz aswj pernah mengupas salah faham dalam memahami kalam ulama ini....kalam diatas ni sebenarnya merujuk kepada situasi jenazah itu masih di dalam rumah dan belum ditanam...itulah nihayah yang dimaksudkan. adapun tahlil arwah yang dilakukan orang nusantara itu selepas jenazah siap di tanam...bukannya sewaktu jenazah masih didalam rumah dan belum ditanam....
ada ustaz aswj pernah mengupas salah faham dalam memahami kalam ulama ini ......... sebenarnya bukan salah faham, kami pun hairan bila ust tersebut menyatakan yg demikian, sedangkan dalam ibarat kitab tersebut bahkan mana2 kitab ulama' as-syafeiyyah jelas sekali,.. kenyataanya itu hanya diatas dasar ta'wilannya semata2... apakah ust/pak kiyai/ baba tersebut lebih faqih, lebih 'alim dari jarir bin abdillah,imam nawawi, khotib syarbini atau syekh daud fatoni (ulama Nusantara)??.
adapun tahlil arwah yang dilakukan orang nusantara itu selepas jenazah siap di tanam...bukannya sewaktu jenazah masih didalam rumah dan belum ditanam....
sebagai penyokong kata2 sy,bahawa tiada salah faham pada kalam ulama' tersebut, bahkan salah faham timbul dari ust tersebut.. suka saya kemukakan pendapat dari ulama' nusantara syekh daud al-fatoni didalam kitabnya "furu 'ul masaail":
teksnya berbunyi:
“Dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan ia dengan kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh harinya dan ernpat puluh harinya dan umpama yang demikian itu haramkah? atau makruh? atau harus? (maka dijawabnya) maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syarak, kerana tegah pada syarak. Kata Syeikh Ibnu Hajar, “Tiada sah wasiatnya” .. disini jelas sekali syekh daud menyebut "kemudian daripada ditanam mayat".. boleh lihat dalam kitab furu 'ul masaail dlm bab jenazah.. adakah syekh daud ini silap faham pada kalam ulama' tersebut??... pada sy ust tersebut yg keliru lagi mengelirukan...
lagi kata2 ulamat NUSANTARA didalam kitab :" bughyatut tullab"
teksnya berbunyi:
, “Dan sunnah bagi jiran keluarga mayat dan orang yang kenal dengan keluarganya jikalau bukan jirannya sekalipun dan segala kerabatnya yang jauh membawa makanan kepada orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya menyungguh-nyungguh akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu dan tiada mengapa sungguh-sungguh menyuruh.”
Dan makruh lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan dan menyeru segala manusia supaya memakannya sama ada dahulu daripada mengebumikan mayat atau kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia.
Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya.
Dan setengah daripada yang qabihah lagi makruh mengerjakan dia barang yang di kerjakan kebiasaan manusia barang dinamakan dengan kaffarah dan wahsyah dan tujuh hari dan empat puluh dan umpama yang demikian itu.
Ada pun asal sunat menyediakan makanan itu pada barang yang dahulunya sabda Nabi s.a.w. tatkala datang khabar kematian Sayyidina Ja’far bin Abu Talib pada perang Mutah perbuat olehmu
bagi keluarga Ja’far makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu..
dimanakah benarnya kenyataan pak ust tersebut bahawa berlaku salah faham pada kalam ulama'2 tersebut??..
