BTC USD 82,202.5 Gold USD 4,182.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

ada ustaz aswj pernah mengupas salah faham dalam memahami kalam ulama ini....kalam diatas ni sebenarnya merujuk kepada situasi jenazah itu masih di dalam rumah dan belum ditanam...itulah nihayah yang dimaksudkan. adapun tahlil arwah yang dilakukan orang nusantara itu selepas jenazah siap di tanam...bukannya sewaktu jenazah masih didalam rumah dan belum ditanam....

ada ustaz aswj pernah mengupas salah faham dalam memahami kalam ulama ini ......... sebenarnya bukan salah faham, kami pun hairan bila ust tersebut menyatakan yg demikian, sedangkan dalam ibarat kitab tersebut bahkan mana2 kitab ulama' as-syafeiyyah jelas sekali,.. kenyataanya itu hanya diatas dasar ta'wilannya semata2... apakah ust/pak kiyai/ baba tersebut lebih faqih, lebih 'alim dari jarir bin abdillah,imam nawawi, khotib syarbini atau syekh daud fatoni (ulama Nusantara)??.

adapun tahlil arwah yang dilakukan orang nusantara itu selepas jenazah siap di tanam...bukannya sewaktu jenazah masih didalam rumah dan belum ditanam....

sebagai penyokong kata2 sy,bahawa tiada salah faham pada kalam ulama' tersebut, bahkan salah faham timbul dari ust tersebut.. suka saya kemukakan pendapat dari ulama' nusantara syekh daud al-fatoni didalam kitabnya "furu 'ul masaail":
teksnya berbunyi:
“Dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan ia dengan kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh harinya dan ernpat puluh harinya dan umpama yang demikian itu haramkah? atau makruh? atau harus? (maka dijawabnya) maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syarak, kerana tegah pada syarak. Kata Syeikh Ibnu Hajar, “Tiada sah wasiatnya” .. disini jelas sekali syekh daud menyebut "kemudian daripada ditanam mayat".. boleh lihat dalam kitab furu 'ul masaail dlm bab jenazah.. adakah syekh daud ini silap faham pada kalam ulama' tersebut??... pada sy ust tersebut yg keliru lagi mengelirukan...

lagi kata2 ulamat NUSANTARA didalam kitab :" bughyatut tullab"
teksnya berbunyi:

, “Dan sunnah bagi jiran keluarga mayat dan orang yang kenal dengan keluarganya jikalau bukan jirannya sekalipun dan segala kerabatnya yang jauh membawa makanan kepada orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya menyungguh-nyungguh akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu dan tiada mengapa sungguh-sungguh menyuruh.”

Dan makruh lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan dan menyeru segala manusia supaya memakannya sama ada dahulu daripada mengebumikan mayat atau kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia.

Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya.

Dan setengah daripada yang qabihah lagi makruh mengerjakan dia barang yang di kerjakan kebiasaan manusia barang dinamakan dengan kaffarah dan wahsyah dan tujuh hari dan empat puluh dan umpama yang demikian itu.

Ada pun asal sunat menyediakan makanan itu pada barang yang dahulunya sabda Nabi s.a.w. tatkala datang khabar kematian Sayyidina Ja’far bin Abu Talib pada perang Mutah perbuat olehmu

bagi keluarga Ja’far makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu..

dimanakah benarnya kenyataan pak ust tersebut bahawa berlaku salah faham pada kalam ulama'2 tersebut??..
 
gua bukan bagus sangat halehwal perkara ni tapi gua nk nasihatkan diri gua dan yg berkenaan..xyah lah mu dok merungkap ayat2 alquran dlm medium seperti ini..iyanya bukan dapat merubah apapun..kalau kita dop tahu sesatu benda tanye ar pd yg tahu..dan pasti ianya akan dapat disalahgunakan oleh entiti lain dlm medium ini..
kita pun xkan nampak cool lau bubuh ayat2 suci ni kt medium gini..nampak jantan?alim?terro? pun dop..

mane ayak qurang nye?? hok deme dok komeng tu bukang ayat qurang tu boh, tu kalang ulamo'.. biar gheti bezo ayat qurang dengang kalang ulamo'.... ade masaaloh bende kalu letok ayat qurang?.. dose ker?..

kita pun xkan nampak cool lau bubuh ayat2 suci ni kt medium gini..nampak jantan?alim?terro? pun dop..

memang dop napok cool pong, doh hok napok nama samaghang jah, tuang punye badang dok napok.. :D
 
كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ عَلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعَهُمْ الطَّعَامَ النِّيَاحَةَ

saya minta saudara huraikan kalimah tersebut

النِّيَاحَةَ ini maksudnya meratap saya sepakat dengan dalil yang saudara bawakan
ini berdasarkan kepada

Dalam Musnad Ahmad bin Hambal no 6905

كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنَ النِّيَاحَةِ

مِنَ النِّيَاحَةِ itu maksudnya min asbabin niyahah ini boleh rujuk
dalam Khulasah al-Mardhiyyah fi Masail al-Khilafiyyah

Maksudnya dikhuatiri berlakunya النِّيَاحَةَ ratapan kerana pada ketika itu mereka mengoyak-mengoyakkan baju, menarik-narik rambut, memukul pipi dan menconteng muka

boleh rujuk al-azkar al imam nawawi 147

mengikut kaedah usul inilah yang menjadi illat yang menyebabkan dihukum makruh. Jika illatnya tiada maka hukumnya turut berubah

Apakah ada tradisi sebegitu di malaysia?

ini ta'rif niyahah oleh imam nawawi :

واعلم أن النياحة‏:‏ رفع الصوت بالندب، والندب‏:‏ تعديد النادبة بصوتها محاسن الميت

"ketahuilah bahawasanya "niyahah itu" adalah meninggikan suara dengan nadb, dan an-nadb ialah mengulangi ratapan dgn suaranya akan kebaikan2 mayyit".. ini adalah definisi an-niyahah.
ini makna asal niyahah..
mafhum daripada hadis tersebut ialah : jika amalan niyaahah itu dicela maka yg dikategorikan sebagai niyahah juga dicela..

harus difahami dalam hadis tersebut bukan mengatakan "niyaha adalah: berhimpun dan menyediakan makanan oleh keluarga simati"..
bahkan dia menyatakan "termasuk kategori niyahah itu ialah
"berhimpun dan menyediakan makanan oleh keluarga simati"

dalam hadis tersebut bukan menyatakan "asbab" niyaahah, bahkan ianya menyatakan "nau'an minan niyaahah"- salah satu jenis dari niyahah (ratapan)ini kerana mengikut kaedah lafaz "min" pada kalimah مِنَ النِّيَاحَةِ adalah min libayaanin nau' bukan min ta'liliyyah.. apabila min libayaanin nau' maka ia memberi maksud "satu jenis ratapan".


ini syarah dari seorang muhaddith syekh faiso aali mubaarak dalam kitabnya : "BUSTAANUL AHBAAR MUKHTASAR NAILI AUTOOR"
قَوْلُهُ : ( كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ ) إلَى آخِرِهِ . يَعْنِي أَنَّهُمْ كَانُوا يَعُدُّونَ الِاجْتِمَاعَ عِنْدَ أَهْلِ الْمَيِّتِ بَعْدَ دَفْنِهِ ، وَأَكْلَ الطَّعَامِ عَنْدَهُمْ نَوْعًا مِنْ النِّيَاحَةِ لِمَا فِي ذَلِكَ مِنْ التَّثْقِيلِ عَلَيْهِمْ وَشَغْلِهِمْ مَعَ مَا هُمْ فِيهِ مِنْ شُغْلَةِ الْخَاطِرِ بِمَوْتِ الْمَيِّتِ وَمَا فِيهِ مِنْ مُخَالِفَةِ السُّنَّةِ ؛ لِأَنَّهُمْ مَأْمُورُونَ بِأَنْ يَصْنَعُوا لِأَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا فَخَالَفُوا ذَلِكَ وَكَلَّفُوهُمْ صَنْعَةَ الطَّعَامِ لِغَيْرِهِمْ .
qouluhu :
( كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ ) إلَى آخِرِهِ .. iaitu sesungguhnya mereka menganggap berhimpun disisi ahli keluarga mayyit selepas menanamnya dan memakan makanan yg ada disisi mereka "adalah salah satu nau' (jenis) dari ratapan, kerana ('illahnya) terdapat pada demikian itu:
1-"membebankan mereka",
2 "kesibukan mereka (ahli mayyit) beserta dgn kesedihan yg dialami disebabkan kematian mayyit",
3-terdapat perkara yg khilaf sunnah padanya kerana sesungguhnya mereka diperintah supaya menyediakan makanan kpd keluarga simati, lalu mereka khilaf yg demikian (melakukan sebaliknya) dan membebankan mereka (ahli keluarga simati) untuk menyediakan makanan pada org lain.. (tapi tuan menyatakan ianya sunnah, sedangkan majoriti ulama mengatakan khilaf sunnah)

mengikut kaedah usul inilah yang menjadi illat yang menyebabkan dihukum makruh. Jika illatnya tiada maka hukumnya turut berubah.. boleh nyatakan siapakah ulama' yg menyatakan bahawa illah itu demikian??... agak aneh 'illah spt yg tuan nyatakan ini pada hadis tersebut..

Apakah ada tradisi sebegitu di malaysia?
apakah dizaman sahabat dulu ( semasa hadis tersebut dituturkan ) mereka (swkt berhimpun dan makan) mereka mengoyak-mengoyakkan baju, menarik-narik rambut, memukul pipi dan menconteng muka ??.. jika dakwaan tuan ianya ada, maka buktikanlah...
 
Last edited:
Maaf saya tidak jelas tulisan arab tue kecik minta sumber rujukan dari mana..


وَيَحْرُمُ تَهْيِئَتُهُ لِلنَّائِحَاتِ ) وَالنَّادِبَاتِ ( وَاَللَّهُ أَعْلَمُ ) ؛ لِأَنَّهَا إعَانَةٌ عَلَى مَعْصِيَةٍ قَالَ ابْنُ الصَّبَّاغِ وَغَيْرُهُ .
أَمَّا إصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسِ عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبٍّ ، رَوَى أَحْمَدُ وَابْنُ مَاجَهْ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ عَلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعَهُمْ الطَّعَامَ النِّيَاحَةَ .

maksud lebih kurang:
adapun penyedian makanan oleh ahli keluarga simati dan menghimpunkan orang ramai keatasnya maka (hukumnya) "bid'ah yg tidak disukai" telah meriwayatkan oleh ahmad dan ibn majjah dgn sanad yg soheh daripada jarir bin abdillah beliau berkata : kami mengira "berhimpunya keatas ahli keluarga mayyit dan penyediaan makanan mereka adalah dari jenis ratapan"..

dalam kitab "MUGHNIL MUHTAJ ILA MA'RIFATI ALFAAZ"- KHOTIB SYARBINI
 
menarik sedara, teruskan...

wlupon bg sy alasan tahlil arwah x menyalahi syarak itu sdh memadai...

tp penjlsan sedara setkt nih nampaknyer dah menjwb isu "ratapan" yg dibawa oleh sedara uhs_4all...

BELUM LAGI TERJAWAB... istilah2 dan illah2 harus difahami..
 
di brunei sblm ni..majlis fatwa mengfatwakan puak2 wahabi ni sesat :)):))

dimalaysia wahabi belum difatwakan sesat..
walau apapun, jgn penuhkan kepala kita dgn momokan wahabi.. kesian masyarakat kita hari ini, bagi yg benar2 memperjuangkan mazhab syafei yg tulen juga digelarkan dgn wahabi oleh sijahil yg tidak kenal pun akan hakihat siapa itu wahabi dan siapa itu as-syafiiyyah.. oleh kerana kejahilan, mereka tidak tahu utk membezakan diantara kedua2nya..
dek kerana kejahilan jugalah mereka mendakwa AMALAN TAHLIL ini adalah mazhab syafei.. sedangkan ianya jelas2 khilaf dgn mazhab syafei..
 
TAHLIL ADALAH HARUS...!! :)paid


UAI pun ada pesan...jgn pi haramkan...jgn pi wajibkan... :D :cool:

puak2 salafi ni keras kepala..diaorg je yg betul..org lain semua salah...:)) itu psl arab saudi mcm harem perangai :))
 
puak2 salafi ni keras kepala..diaorg je yg betul..org lain semua salah...:)) itu psl arab saudi mcm harem perangai :))

Allah s.w.t berfirman : wahai org2 yg beriman, hendaklah kamu jauhi dari banyak sangka, kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..

atas dasar sangkaan tanpa menyelidik terlebih dahulu disokong oleh kejahilan sendiri , maka sebahagian masyarakat yg bersifat demikian gemar menuduh dan melebelkan org dgn berbagai2 label..

kesian sungguh..

---------------------------------------------------

hamba tak berani mengatakan pelaku amlan kenduri tahlil ini "bid'ah" walau pun ramai ulamak yg berpendapat demikian, namun hamba berani mengatakan bahawa ianya "BUKANLAH SUNNAH" bagi yg mendakwa sunnah, dakwaanya adalah marduud !!
 
Back
Top
Log in Register