BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,279.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Rohingya tu org islam
Kita patut tolong

1609219975513.jpeg
 
TOPSHOT-BANGLADESH-MYANMAR-ROHINGYA-REFUGEE-RIGHTS_1609240764.jpg

Pelarian Rohingya dibawa menggunakan kapal tentera laut Bangladesh ke penempatan di pulau Bhashan Char di Teluk Benggala. - Foto AFP

Bangladesh pindahkan kumpulan kedua pelarian Rohingya ke pulau terpencil


BHASHAN CHAR: Empat kapal tentera laut Bangladesh hari ini membawa kumpulan kedua etnik Rohingya dari kem pelarian yang sesak ke sebuah pulau terpencil kira-kira tiga jam dari tanah besar.

Kerajaan Bangladesh menegaskan semua 1,800 pelarian itu, yang tinggal di kem pelarian sejak melarikan diri daripada penindasan tentera Myanmar, mahu memulakan hidup baharu di Bhashan Char.

Mereka, yang dikatakan berhijrah secara suka rela, akan menyertai kira-kira 1,600 etnik Rohingya sudah dihantar ke pulau berkenaan awal bulan ini.

Namun, aktivis hak asasi mempersoalkan penghantaran terbaru itu apabila mendakwa beberapa kediaman Rohingya di kem pelarian berhampiran sempadan Myanmar dikunci, menyebabkan mereka tiada pilihan lain.

Kerajaan Bangladesh mahu menempatkan semula 100,000 daripada sejuta pelarian Rohingya ke pulau itu, yang kerap berdepan puting-beliung di Teluk Benggala saban tahun.

Etnik Rohingya dilihat membawa beg masing-masing, permainan dan ayam ternakan selain berswafoto sesama mereka sambil duduk di atas kerusi kayu ketika dalam perjalanan dari Chittagong ke Bhashan Char.

Blok kediaman sudah dibina untuk ketibaan baharu di pulau itu, yang disifatkan Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen, sebagai 'tempat peranginan yang cantik'.

Ketika Bangladesh bergelut mencari penyelesaian jangka panjang bagi isu Rohingya, pegawai kerajaan menguruskan hal ehwal pelarian berkata etnik Rohingya dapat menikmati fasiliti dan keselamatan yang lebih selesa lagi baik di Bhashan Char.

"Mereka sangat teruja untuk pergi ke Bhashan Char kerana dimaklumkan ia tempat yang baik oleh saudara mereka yang sudah berada di sana," katanya. - AFP
 
Polis tahan hampir 100 Rohingya dalam perjalanan ke Malaysia

YANGON: Hampir 100 etnik Rohingya yang menyusup dari Rakhine, Myanmar, ditahan dalam serbuan di Yangon, kata polis Myanmar hari ini.

Pihak berkuasa memaklumkan, mereka adalah sebahagian daripada kumpulan dibawa jaringan penyeludupan untuk dibawa ke Malaysia.

Penderitaan etnik Rohingya mendapat perhatian antarabangsa pada 2017 selepas serangan tentera di Rakhine menyebabkan hampir 750,000 melarikan diri ke Bangladesh.

Dengan kebanyakannya masih kekal di kem yang diumpamakan kumpulan hak asasi 'seperti apartheid', ramai yang memilih perjalanan mencabar dengan penyeludup manusia, menuju ke Malaysia dan Indonesia.

Timbalan Penguasa Polis Yangon, Tin Maung Lwin, berkata operasi penyeludupan terbaru itu dikesan polis Yangon semalam, yang menyerbu dua rumah di bandar Shwepyitha dan menemui 99 etnik Rohingya.

"Mereka datang dari bandar Maungdaw, Buthidaung, Sittwe dan Kyauktaw (di Rakhine), menuju ke Malaysia untuk bekerja," katanya kepada AFP, hari ini.

Foto diterbitkan media tempatan menunjukkan etnik Rohingya itu berhimpit tanpa kasut sambil memakai pelitup muka, di hadapan rumah bertingkat yang didakwa menjadi lokasi persembunyian mereka sejak beberapa bulan lalu.

Tambah Maung Lwin, seramai 73 individu yang ditahan adalah wanita dan mereka ditemani sejumlah kanak-kanak berusia antara lima hingga 10 tahun.

"Polis kini sedang mencari seorang suspek yang dikatakan tidak fasih berbahasa Burma, namun setakat ini tiada penyeludup dapat dikesan tetapi kami akan meneruskan siasatan.

"Mengenai 99 etnik Rohingya yang ditahan, belum dapat dipastikan sama ada akan dihantar kembali ke Rakhine selepas selesai siasatan," katanya.

Wakil Jaringan Kerjasama Bandar Arakan, Kyaw Soe Aung, berkata mereka kini dikuarantin di sebuah universiti tempatan dan menjalani ujian saringan COVID-19.

"Kami dimaklumkan mereka tidak makan selama tiga hari, jadi kami menghantar makanan dan pakaian kepada mereka," katanya. - AFP
 


Selepas kebakaran Kem Nayapara Khamis lalu, kem pelarian Rohingya di Cox's Bazaar, Bangladesh pula terbakar, awal pagi semalam.

Dua kebakaran dalam tempoh seminggu itu sekaligus memusnahkan kediaman milik ribuan pelarian.

Dalam satu rakaman video dikongsi seorang saksi, kebakaran dikesan bermula di bangunan sekolah di Blok B kem tersebut.

Menurut Badan Pelarian PBB (UNHCR), kebakaran di kem Nayapara, Khamis lalu, menyebabkan lebih 550 kediaman dan 150 premis perniagaan musnah.
 
Myanmar setuju terima semula pelarian Rohingya

DHAKA - Myanmar bersetuju dengan permintaan Bangladesh untuk memulakan penghantaran balik pelarian Rohingya pada suku kedua tahun ini, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan pada rundingan tiga pihak yang menyaksikan China sebagai perantara.

"Kami mahu ia dimulakan pada suku pertama tahun ini, tetapi Myanmar minta diberikan lebih banyak masa untuk mengatur logistik dan beberapa perancangan lain. Jadi, kami mahu ia dimulakan pada suku kedua dan mereka bersetuju," kata Setiausaha Luar Bangladesh Masud Bin Momen selepas rundingan itu.

China akan memberikan vaksinasi Covid-19 percuma kepada penduduk Rohingya pada fasa pertama program penghantaran pulang itu.

Beberapa hari sebelum itu, Menteri Luar Bangladesh AK Abdul Momen berkata "penghantaran balik satu-satunya jalan keluar untuk mengakhiri krisis Rohingya dan tiada alternatif lain."

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan dikeluarkan kemudian berkata "Myanmar telah membuat semua perancangan yang diperlukan dan menegaskan kesediaan Myanmar untuk menerima semula pelarian Rohingya."

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan tarikh tertentu untuk penghantaran pulang bermula.

"Projek Perintis sedang dijalankan untuk penghantaran pulang itu. Myanmar bersedia untuk memulakan proses mengenal pasti pelarian yang akan terlibat dalam Projek Perintis itu,” tambah kenyataan itu.

Rohingya yang terlibat perlu mengisi dan menandatangani borang bahawa mereka dengan rela hati mahu dihantar balik serta akan mematuhi undang-undang Myanmar sedia ada. Selain itu, Myanmar mahu Bangladesh perlu memastikan tiada sebarang ancaman pengganas ketika program dilaksanakan.

Sebelum ini, dua usaha penghantaran pulang cuba dilakukan di bawah perjanjian dua hala antara Bangladesh dan Myanmar yang ditandatangani pada 2017 tetapi gagal mencapai sebarang hasil, walaupun Myanmar berulang kali memberi jaminan bersedia untuk menerima semula Rohingya yang dihantar balik.

Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya, yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, melarikan diri dari Myanmar dan menuju ke Bangladesh susulan kekejaman tentera Myanmar terhadap komuniti minoriti Islam pada Ogos 2017. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/120005/GLOBAL/Myanmar-setuju-terima-semula-pelarian-Rohingya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
TOPSHOT-BANGLADESH-MYANMAR-ROHINGYA-REFUGEE_1611912621.jpg


Bangladesh hantar kumpulan ketiga pelarian Rohingya ke Bhasan Char

DHAKA: Kira-kira 1,700 pelarian Islam Rohingya hari ini menjadi kumpulan ketiga dihantar ke Bhasan Char, penempatan di pulau terpencil di Teluk Benggala.

Menurut pegawai tentera laut Bangladesh, satu lagi kumpulan akan dihantar esok, walaupun terdapat kebimbangan pulau berkenaan terdedah kepada ribut dan banjir.

Mereka adalah kumpulan terbaru menyertai kira-kira 3,500 pelarian etnik Rohingya dari negara jiran Myanmar yang dihantar Bangladesh ke pulau Bhasan Char sejak awal Disember lalu.

Tindakan itu bertujuan mengurangkan kesesakan dan pelbagai masalah lain di kem di sempadan Myanmar-Bangladesh yang menempatkan jutaan pelarian Rohingya.

Menurut pegawai bertanggungjawab di pulau berkenaan, Komodor Abdullah Al Mamun Chowdhury, hari ini kita-kira 1,700 pelarian dijangka sampai.

"Sebelum ini, kami bercadang membawa antara 700 hingga 1,000 pelarian tetapi akhirnya membawa 1,800 orang berikutan sanak saudara yang sudah berada di Bhasan Char berjaya memujuk lebih ramai menyertai mereka.

"Kini, lebih ramai pelarian Rohingya berpindah ke pulau ini secara sukarela selepas transit ke kem terdekat yang terletak di bandar pelabuhan Chittagong.

"Esok, kira-kira 1,300 lagi akan menyertai mereka dan kesemuanya, sekitar 3,000 pelarian, akan dipindahkan ke Bhasan Char," katanya.

Pulau yang muncul di laut kira-kira dua dekad lalu itu mengambil masa beberapa jam perjalanan dari pelabuhan Chittagong.

Chowdhury juga menafikan wujud ancaman banjir berikutan dinding setinggi dua meter dibina sepanjang 12 kilometer (km) bagi melindungi pulau yang mampu menampung 100,000 orang, lengkap dengan segala kemudahan asas. - AGENSI
 
Bangladesh sends third group of Rohingya refugees to Bhasan Char island


 
Kumpulan terbaru 3,000 Rohingya dipindahkan

DHAKA: Bangladesh memindahkan kumpulan keempat kira-kira 3,000 pelarian Rohingya ke Bhasan Char, penempatan di pulau terpencil di Teluk Benggala.

Setakat ini, penempatan yang boleh memuatkan 100,000 orang itu sudah menempatkan 10,000 pelarian termasuk 3,000 yang terbaru.

Menurut satu kenyataan rasmi, Dhaka ingin memindahkan segera pelarian Rohingya dari kem di sempadan negara itu di tenggara, di mana hampir sejuta minoriti Islam itu hidup dalam keadaan daif sejak melarikan diri dari Myanmar pada 2017.

Menurut pegawai kanan Tentera Laut Bangladesh, Anwarul Kabir, kira-kira 2,000 lagi pelarian dipindahkan ke Bhasan Char Isnin lalu dan 1,000 lagi semalam.

Pemindahan mereka menyusuli penempatan semula kira-kira 7,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak Disember tahun lalu dan Januari tahun ini.

Penempatan baharu Bhasan Char merangkumi pulau seluas 53 kilometer persegi yang terletak tiga jam perjalanan dari pelabuhan Chittagong di tenggara, lengkap dengan kemudahan perumahan dan infrastruktur lain.

Timbalan Pesuruhjaya bagi Pelarian di Bangladesh, Mohammad Shamsud Douza, berkata warga Rohingya berkenaan berpindah secara sukarela ke pulau itu selepas diyakinkan oleh mereka yang sudah berada di sana.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, berlaku pertempuran antara kumpulan pengedar dadah Rohingya di kem pelarian Bangladesh hingga beberapa orang terbunuh dan cedera.

Pihak berkuasa Bangladesh berkata mereka berharap dapat memindahkan lebih ramai pelarian ke pulau itu sebelum musim taufan April hingga Mei dan monsun antara Jun hingga September. - AFP
 
Bot Rohingya terkandas, 8 maut

KUALA LUMPUR: Bot membawa puluhan pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak terkandas di laut menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut.


Tragedi itu disahkan hari ini oleh kumpulan hak asasi manusia Arakan Project dan agensi pelarian di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut aktivis Arakan Project, Chris Lewa, kapal itu dipercayai meninggalkan Bangladesh pada 11 Februari lalu dengan 90 penumpang termasuk 65 wanita dan kanak-kanak perempuan, menuju ke Malaysia.

"Bagaimanapun, ia terkandas selepas beberapa hari dan kehabisan bekalan makanan serta air.

"Ia kini dikesan terapung di Laut Andaman berdekatan kepulauan Andaman dan Nicobar di India," katanya yang terbabit dalam pemantauan bot pelarian Rohingya.

Tambah beliau, yang sudah berhubungan dengan penumpang kapal berkenaan, setakat ini, enam wanita dan dua lelaki dipercayai maut, kebanyakannya akibat kekurangan air.

Katanya pihak berkuasa maritim India berada di kawasan perairan berkenaan dan dipercaya memberi bantuan bekalan kepada pelarian terbabit.

"Arakan Project menggesa tindakan segera diambil bagi menyelamatkan nyawa mereka sekarang, sekali gus mengelakkan tragedi lebih besar.

"Kami merayu semua kerajaan menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan segera," katanya.

Difahamkan, kumpulan pelarian itu menyasarkan untuk mendarat di Malaysia tetapi ia semakin sukar dilakukan berikutan ketegasan pihak berkuasa mengawal sempadan perairan negara terutama selepas ancaman COVID-19. - AFP
 
Back
Top
Log in Register