[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Myanmar Army deserters confess to Rohingya slaughter, rape


 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
FILES-MYANMAR-ROHINGYA-JUSTICE-RIGHTS_1599733236.jpg

Gambar fail yang diambil pada 31 Ogos 2017 menunjukkan sebuah rumah di perkampungan Muslim Myo Thu Gyi di utara negeri Rakhine yang didakwa dibakar oleh tentera. - Foto AFP

Tentera Myanmar remehkan pendedahan arahan hapuskan Rohingya

YANGON: Tentera Myanmar cuba meremehkan pengakuan dua anggotanya yang memaklumkan diarah 'menghapuskan' Rohingya Muslim, sebelum terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Badan bukan kerajaan (NGO) Fortify Rights dan New York Times mendedahkan rakaman temu bual itu Selasa lalu, yang dilihat AFP, membabitkan Prebet Myo Win Tun, 33, dan Prebet Zaw Naing Tun, 30, yang menceritakan mengenai tindakan memusnahkan seluruh kampung.

Dua anggota tentera itu mendakwa mereka diarah komander kanan untuk 'menembak semua yang anda lihat dan dengar' dalam operasi tentera pada 2017, yang menyebabkan kira-kira 750,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Kekejaman yang berleluasa didokumenkan oleh penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi membabitkan keganasan yang menyebabkan Myanmar kini berdepan pertuduhan genosid atau pembunuhan beramai-beramai, namun temu bual itu adalah yang paling terperinci diberikan pelaku ketika ini.

Jurucakap tentera Myanmar, Brigadier Jeneral Zaw Min Tun, mengakui kepada BBC Burma semalam, bahawa dua individu itu adalah bekas tentera, namun mendakwa mereka 'dijadikan tebusan' oleh kumpulan militan Tentera Arakan (AA) dan 'diugut serta dipaksa untuk membuat pengakuan itu'.

Kumpulan AA menentang tentera di negara itu kerana mahukan lebih banyak autonomi bagi etnik Rakhine beragama Buddha.

Kedua-dua pihak kerap tuduh-menuduh mengenai pencabulan hak asasi manusia dalam perang saudara yang berlaku di kawasan sama operasi tentera terhadap Rohingya tiga tahun lalu.

AA menafikan dakwaan tentera Myanmar, dan memaklumkan kepada AFP hari ini bahawa dua anggota tentera itu sudah melarikan diri.

"Mereka membuat pengakuan secara sukarela mengenai jenayah perang yang dilakukan tentera Myanmar," kata jurucakap AA, Khine Thu Kha, memaklumkan anggota lain yang melarikan diri turut memberikan testimoni sama, yang sudah dimuat naik ke dalam talian sejak beberapa bulan lalu.

AFP tidak dapat mengesahkan video atau kenyataan itu, namun Fortify Rights memaklumkan hanya mendedahkan pengakuan itu selepas memastikan kedua-dua anggota tentera itu tidak dipaksa.

NGO itu memaklumkan, kedua-dua lelaki itu ditemui di sempadan Bangladesh-Myanmar memohon perlindungan, sebelum dibawa ke The Hague, di mana Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sedang menyiasat kekejaman terhadap Rohingya.

ICC memaklumkan kepada AFP bahawa mereka tidak menahan dua lelaki itu, manakala pejabat pendakwa raya enggan memberi komen bagi 'memastikan keselamatan' mangsa dan saksi. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Parlimen EU keluarkan Suu Kyi dari senarai penerima hadiah

BRUSSELS: Parlimen Eropah hari ini mengeluarkan pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi, dari 'komuniti Hadiah Sakharov' kerana 'penerimaan' jenayah negara itu terhadap masyarakat Rohingya.

Perhimpunan Kesatuan Eropah (EU) menganugerahkan bekas pemimpin demokrasi hak asasi manusia itu hadiah hak asasi manusia tertingginya pada tahun 1990, setahun sebelum Suu Kyi menerima Hadiah Nobel Keamanan, tetapi beliau tidak lagi akan mengambil bahagian dalam acara untuk pemenang.

Sumber yang rapat dengan Parlimen mengatakan bahawa hadiah itu telah diberikan untuk usaha Suu Kyi sebelum tahun 1990, maka tidak boleh ditarik balik, tetapi pengecualian itu adalah sekatan paling kuat yang ada pada anggota Parlimen (MEP).

Satu kenyataan dari speakar dan pemimpin kumpulan di Parlimen mengatakan keputusan itu adalah 'tindak balas terhadap kegagalannya untuk bertindak dan penerimaannya terhadap jenayah yang sedang berlaku terhadap komuniti Rohingya di Myanmar'.

Masyarakat minoriti Rohingya yang beragama Islam telah lama didiskriminasi di Myanmar yang majoriti beragama Buddha dan kira-kira 740,000 orang melarikan diri ke Bangladesh pada bulan Ogos 2017 untuk melarikan diri dari serangan ketenteraan.

Suu Kyi, bekas tahanan politik yang berjuang untuk mengakhiri pemerintahan ketenteraan dan kini menjadi pegawai awam paling kuat di negara itu selaku 'penasihat negara', pernah dihormati di seluruh dunia sebagai juara kebebasan.

Tetapi beliau dituduh menutup mata, atau bahkan memaafkan, penganiayaan terhadap Rohingya.

Kempen pilihan raya Myanmar bermula minggu ini, dengan parti Suu Kyi berharap dapat mengulangi kemenangan pada tahun 2015 dan memperoleh peranannya sebagai penyeimbang kepada penubuhan tentera yang masih kuat.

Namun, pelarian telah dipinggirkan dan sebahagian besar dari 600,000 Rohingya yang masih berada di Myanmar dilucutkan kewarganegaraan dan hak, walaupun ada tekanan dari pihak antarabangsa yang pernah mengagumi Suu Kyi.

Kehilangan hak istimewa Hadiah Sakharov milik Suu Kyi adalah simbolik.

Beliau sudah menjadi golongan bawahan di ibu kota dunia, terutama selepas beliau pergi ke Mahkamah Antarabangsa di The Hague untuk membantah tuduhan terhadap negaranya mengenai rogol, pembakaran dan pembunuhan besar-besaran.

Pada pengadilan tahun lalu, Suu Kyi membela tentera yang pernah mengurungnya, dengan alasan bahawa negaranya mampu menyiasat sebarang tuduhan penyalahgunaan dan memberi amaran bahawa kes itu boleh menghidupkan kembali krisis.

"Komuniti Hadiah Sakharov menghubungkan MEP, pemenang, dan masyarakat awam untuk meningkatkan kerjasama dalam tindakan hak asasi manusia di Brussels dan antarabangsa," kata Parlimen, yang mengesahkan tokoh berusia 75 tahun itu 'secara rasmi digantung' semua aktiviti pemenang.

"Ia berfungsi sebagai saluran komunikasi yang membolehkan pemenang dan Parlimen menangani bersama pelanggaran hak asasi manusia dan masalah." - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
INDONESIA-MYANMAR-BANGLADESH-ROHINGYA-MIGRATION_1599818167.jpg

Beberapa wanita Rohingya yang juga sebahagian daripada 300 pelarian terkandas di Indonesia beratur bagi menjalani pemeriksaan perubatan di kem transit di Sumatera. - Foto AFP

Pelarian Rohingya terkandas di Indonesia ketika menuju Malaysia


LHOKSEUMAWE: Ratusan pelarian Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, yang menderita lebih 200 hari di lautan sebelum mendarat di pantai di utara Indonesia Isnin lalu, berkata destinasi asal mereka ialah ke Malaysia.

Menurut pelarian yang terselamat, mereka membayar sehingga AS$2,400 (RM9,900) seorang, namun sindiket penyeludup menjadikan mereka tebusan selama berbulan lamanya untuk mengugut rakan atau keluarga supaya membayar lebih.

Institut Penganalisis Dasar Konflik (IPAC) yang berpusat di Jakarta, Indonesia, berkata penyeludup menuntut bayaran tambahan mencecah RM5,000 sebelum membebaskan pelarian terbabit bila tiba di destinasi.

"Bayaran bagi kebanyakan pelarian terbabit dibiaya oleh anggota keluarga, kenalan atau kekasih mereka yang sudah berada di Malaysia, yang mana penyeludup tahu mereka mampu membayar.

"Ada antara pelarian wanita mengakui menjalin hubungan melalui laman sosial dengan lelaki warga Bangladesh di Malaysia, yang kemudian membiaya kos membawa mereka ke sana manakala yang lain mempunyai suami di Malaysia.

"Justeru, kumpulan pelarian terbaru ini nampak lebih sihat, sekali gus membuktikan penyeludup mahukan mereka hidup bagi menuntut lebih banyak wang daripada warga Bangladesh di Malaysia yang membiaya perjalanan mereka," katanya.

Menurut agensi bantuan lain, ada antara bot yang diguna itu dilengkapi mesin penyuling air laut untuk dijadikan minuman dan terdapat bot laju yang membekalkan makanan di lokasi tertentu sepanjang perjalanan.

Kumpulan terbaru kira-kira 300 pelarian etnik Rohingya yang kini ditempatkan di kem sementara di kepulauan Sumatera, Indonesia itu adalah tangkapan terbesar tahun ini.

Mereka nekad melarikan diri dari kem pelarian di Bangladesh untuk ke Malaysia, namun terkandas di Indonesia selepas dilanda ribut dan kini ditempatkan di kem transit pelarian.

Lebih malang lagi, mereka dipukul oleh anggota sindiket selain terpaksa berlapar dan dahaga ketika ribut memukul kapal mereka ketika di lautan, malah ada antara mereka yang maut dan mayatnya dibuang ke laut.

Seorang pelarian, Kamrun Nahar, memberitahu AFP bahawa terlalu banyak mayat dicampak ke laut, sebahagian besarnya ibu dan anak yang maut diserang penyakit.

"Kami sangat menderita kerana kumpulan yang membawa kami menyeksa kami setiap masa, memukul dan melukakan kami," katanya.

Menurut seorang lagi pelarian, mereka diberitahu akan tiba di Malaysia dalam tempoh tujuh atau lapan hari, namun akhirnya terumbang-ambing di lautan selama berbulan-bulan.

Sehingga kini, kira-kira 800 etnik Rohingya meninggalkan Bangladesh sejak Mac lalu dengan kapal besar sebelum mereka dipisahkan dengan menaiki kapal lebih kecil termasuk kira-kira 100 pelarian yang mendarat di Indonesia Jun lalu.

Sementara itu, wakil Indonesia di Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Ann Maymann, berkata dianggarkan 200 etnik Rohingya mati di laut tahun ini. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Hantar pulang etnik Rohingya ke negara asal - Indonesia

JAKARTA: Indonesia bimbang berhubung peningkatan pelarian etnik Rohingya yang tiba di pantainya sejak kebelakangan ini ketika republik itu masih bertungkus lumus memerangi pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, meminta negara serantau berkongsi tanggungjawab menangani isu teras yang mendorong kepada krisis Rohingya itu bagi merumuskan penyelesaian muktamad.

"Dalam tempoh dua bulan lalu, Indonesia menerima kira-kira 400 bot membawa etnik Rohingya dan kerana Myanmar adalah negara mereka, penghantaran pulang secara sukarela, aman dan bermaruah harus dilaksanakan segera.

"Kerajaan Myanmar perlu menangani isu ini dan saya menggesa tindakan segera dilakukan secara selamat, sukarela dan lestari bagi menghantar mereka pulang ke Rakhine.

"Kami juga menggesa perkongsian tanggungjawab terutama dalam kalangan negara yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Serantau ASEAN (ARF), apabila membangkitkan kes di mana nelayan Indonesia menyelamatkan 395 etnik Rohingya di perairan Aceh pada 24 Jun lalu.

Krisis pelarian itu adalah antara beberapa perkara dibincangkan pada ARF secara maya yang berakhir baru-baru ini dengan Vietnam selaku tuan rumah, selain isu ketegangan di Laut China Selatan dan Semenanjung Korea.

Retno turut mengulangi pendirian Indonesia bahawa tindakan sementara negara itu menyelamatkan pelarian berkenaan adalah atas dasar kemanusiaan dan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Berdasarkan maklumat awal, mereka datang dari kem di Cox's Bazar, Bangladesh dengan 119 daripada 296 orang mendakwa sebagai pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

"Kumpulan kedua seramai 296 etnik Rohingya tiba pada 7 September lalu dengan 191 daripadanya adalah wanita, kebanyakan mereka berusia di bawah 18 tahun dan mendakwa destinasi asal mereka ialah Malaysia.

"Namun, pelarian terbabit terkandas di tengah laut selama tujuh bulan akibat ribut dan negara lain enggan menerima kehadiran mereka," katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut menerima laporan ada pelarian yang meninggal dunia selepas diselamatkan, kemungkinan akibat keletihan selain masalah kesihatan kerana berada terlalu lama di tengah laut dan bukannya kerana COVID-19.

Retno juga sependapat dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mahu negara serantau turut bertanggungjawab dalam isu Rohingya tanpa hanya melepaskannya kepada Malaysia dan Indonesia.

Kira-kira 177,920 pelarian dan pemohon suaka politik berdaftar dengan UNHCR Malaysia termasuk 153,190 dari Myanmar merangkumi 101,320 etnik Rohingya, 22,510 etnik Chin dan 29,350 individu pelbagai kumpulan etnik lain. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Kumpulan Rohingya tunjuk solidariti bantah penindasan di Myanmar

YANGON: Lebih 29 kumpulan penyokong Rohingya di seluruh dunia menunjukkan solidariti yang jarang berlaku bagi menentang kekejaman dan penindasan tentera terhadap etnik itu di Rakhine, Myanmar.

Etnik Rohingya juga makin tersepit berikutan bertambah hebatnya pertempuran antara pasukan tentera Myanmar dengan Tentera Arakan (AA) iaitu kumpulan militan yang memperjuangkan autonomi bagi etnik Buddha Rakhine di barat laut negara itu.

Ini dibuktikan pada 2017 apabila operasi ketenteraan Myanmar secara ganas memaksa ratusan ribu umat Islam Rohingya berhijrah ke Bangladesh.

Perbuatan itu juga menyaksikan Myanmar menghadapi pertuduhan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Semalam, 29 kumpulan di serata dunia yang memperjuangkan hak etnik Rohingya, mengeluarkan kenyataan bersama menyokong perjuangan etnik minoriti itu.

"Perjuangan kita untuk keadilan adalah perjuangan untuk semua orang yang terbunuh, cedera atau dianiaya oleh Tatmadaw (tentera Myanmar).

"Bagi kami Rohingya, jenayah ini amat berleluasa dan kami bersatu padu dengan saudara kami dari etnik Rakhine," menurut kenyataan yang merujuk kepada kekejaman tentera Myanmar itu.

Pasukan tentera dan militan AA saling menuduh antara satu sama lain melakukan pelanggaran hak asasi manusia dalam pergolakan berterusan yang menyaksikan ratusan terbunuh atau cedera selain kira-kira 150,000 diusir dari rumah mereka.

Ketua hak asasi PBB, Michelle Bachelet, turut mengecam pasukan tentera Myanmar kerana dengan jelas menyasarkan orang awam dan menyifatkannya sebagai kekejaman terhadap kemanusiaan.

Minggu lalu, muncul sebuah video memaparkan dua bekas tentera Myanmar yang mendakwa menerima arahan supaya 'menghapuskan etnik Islam Rohingya' dan 'melenyapkan' perkampungan mereka.

Dalam video yang dirakam dan diedarkan AA itu, bekas anggota tentera berkenaan memberi gambaran terperinci bagaimana mereka terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai yang turut menyasarkan wanita dan kanak-kanak. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Isu Rohingya satu lagi bukti kegagalan PBB - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kredibiliti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) boleh dan mesti dipulihkan untuk membina masa hadapan lebih baik, jika semua ahli pertubuhan itu mempunyai iltizam politik dan keberanian moral bagi melakukan perkara yang betul.

Perdana Menteri berkata Isu Palestin dan Rohingya adalah antara sebab utama mengapa PBB perlu menjadi lebih kukuh dan berkesan.

Rayuan masyarakat Rohingya di negeri Rakhine adalah antara contoh jelas membuktikan kegagalan PBB.

Muhyiddin berkata, tragedi menimpa etnik itu turut memberi kesan ke atas Malaysia dan negara jiran, apabila lambakan pelarian kaum itu melarikan diri, bagi menyelamatkan diri daripada kekejaman tentera Myanmar.

Menurut beliau, persoalan yang timbul ketika ini ialah apakah peranan boleh dimainkan komuniti antarabangsa dalam menghentikan kekejaman di negeri Rakhine.

"Ribuan etnik Rohingya terpaksa melarikan diri, ramai terkorban apabila merentasi lautan bergelora hanya untuk menyelamatkan diri daripada dizalimi tentera Myanmar, malah ada yang terjebak ke tangan sindiket pemerdagangan manusia, semata-mata mencari kehidupan lebih baik.

"Malaysia ketika ini adalah tuan rumah kepada jumlah terbesar pelarian Rohingya di Asia Tenggara.

"Sebagai negara membangun yang perlu menampung kos pengurusan dan perlindungan kepada hampir 180,000 pelarian berdaftar dan pemohon suaka, dengan 86 peratus adalah dari Myanmar, sumber kami semakin berkurangan, tetapi masih juga kami diharapkan untuk menerima lebih ramai pelarian.

"Adakah itu adil," katanya berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia tetap mengambil tanggungjawab daripada aspek kewangan dan sosial bagi membantu etnik Rohingya yang melarikan diri ke negara ini, walaupun tidak tertakluk kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masa untuk anggota Konvensyen sama-sama memikul beban dan tanggungjawab dalam menangani masalah berkenaan.

"Sudah masanya mereka membuka pintu untuk menerima pelarian dan menguruskan penempatan semula etnik berkenaan. Lambakan pelarian di sempadan kami hanyalah antara kisah yang ada.

"Ini adalah antara dua bukti jelas, mengapa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) perlu lebih ampuh, Kredibiliti PBB boleh dan perlu dikembalikan, dalam membentuk masa depan yang kita mahukan," katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat hari ini.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
4 terbunuh dalam perbalahan puak di kem Rohingya

DHAKA: Sekurang-kurangnya empat pelarian Rohingya terbunuh dan puluhan lain cedera dalam perbalahan antara dua puak di kem perlindungan sementara pelarian Rohingya di Cox's Bazar, lapor agensi berita Anadolu.

Pesuruhjaya Bantuan Pelarian dan Pemulangan Tambahan, Mohammad Shamsu Douza, berkata perbalahan, pertempuran balas dan tembakan berlaku semalam di kem pelarian Kutupalong di Ukhia, Cox's Bazar.

"Ia berterusan sepanjang malam tetapi jumlah yang cedera masih belum dapat dipastikan.

"Sebelum pertempuran maut ini berlaku, pihak berkuasa menahan sembilan individu Rohingya atas tuduhan jenayah yang berlainan.

"Pihak penguatkuasaan undang-undang, termasuk tentera, unit antikeganasan dan polis sedang berusaha mengawal keadaan," katanya kepada stesen televisyen tempatan Somoy News.

Menurut Douza lagi, tiga etnik Rohingya terbunuh dalam pertempuran puak itu untuk merebut kawasan dalam kem itu sejak beberapa hari lalu.

Pengurus Kem, Mahfuzur Rahman, memberitahu wartawan bahawa 500 keluarga Rohingya dipindahkan dari Kem 1 kerana bimbang berlaku pertempuran dan mereka kini berlindung di rumah saudara-mara di kem lain.

Katanya, keluarga Rohingya terbabit hanya dapat kembali ke rumah mereka selepas keadaan kembali normal kerana ketegangan masih tinggi di kem. - BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
1.1 juta di Rakhine disekat daripada mengundi

YANGON: Lebih 1.1 juta pengundi di barat Rakhine, Myanmar akan dinafikan hak sebagai pengundi, menjelang pilihan raya umum negara akan datang.

Pendedahan bersandarkan maklumat yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar, semalam sekali gus dikhuatiri bakal mencetuskan gelombang baharu konflik.

Ketua pemimpin Parti Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi, dijangka kembali ke tampuk pemerintah pasca pilihan raya umum pada 8 November ini.

Bagaimanapun, pelbagai pihak menyuarakan kritikan terhadap proses pilihan raya yang disifatkan sebagai tidak mempunyai keabsahan apabila hampir kesemua golongan Muslim Rohingya dinafikan hak sebagai pengundi dan warga negara sah.

Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar menjelaskan proses pengundian tidak akan dijalankan di kawasan sesak dengan penduduk berikutan faktor keselamatan, termasuk wilayah Rakhine yang mempunyai lebih 800,000 orang.

"Kawasan berkenaan tidak dapat menjanjikan keadaan terbaik untuk mengadakan pemilihan yang bersih dan bebas, justeru ia dibatalkan," katanya menerusi kenyataan, semalam.

Lebih separuh daripada 600,000 Rohingya yang masih tinggal di Myanmar, dilaporkan mendiami penempatan di Rakhine, sekali gus menjadikan 1.1 juta pengundi di wilayah itu dinafikan hak sebagai pengundi, iaitu hampir dua pertiga daripada keseluruhan penduduk Myanmar.

Perangkaan semasa juga menunjukkan kira-kira sejuta rakyat Rohingya tanpa sebarang dokumen warganegara mencari perlindungan di kem pelarian, dekat Bangladesh.

Setiausaha Parti Arakan Rakhine Kebangsaan (ANP), Tun Aung Kyaw, berkata keputusan untuk membatalkan proses pengundian di wilayah itu lebih berbaur politik, berbanding disebabkan faktor keselamatan.

"Kebanyakan bandar di Rakhine yang tidak akan diadakan pemilihan adalah kawasan yang mampu dimenangi ANP, justeru ini sudah semestinya gerakan terancang dan suatu penindasan terhadap etnik minoriti," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Gabungan Rakyat Demi Pemilihan Sahih, Sai Ye Kyaw Swar Myint, berkata percaturan pentadbiran kerajaan untuk membatalkan proses pengundian di Rakhine berupaya mengundang impak terhadap dinamik politik di kawasan terbabit. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Britain salur AS$63 juta lagi bantu pelarian Rohingya, Bangladesh

LONDON: Britain hari ini mengumumkan sumbangan dana baharu bagi membantu etnik Rohingya yang mendiami kem pelarian di Bangladesh.

Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab, memaklumkan bahawa sumbangan dana sebanyak £47.5 juta (AS$63 juta) lagi itu bertujuan membantu etnik berkenaan serta Bangladesh untuk menangani pandemik COVID-19 dan bencana alam yang sering melanda negara terbabit.

Bantuan itu adalah sebahagian daripada ikrar Britain pada persidangan secara dalam talian, hari ini, anjuran bersama negara berkenaan, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

"Hari ini, saya menggesa dunia supaya tidak berpaling daripada penderitaan etnik Rohingya, dan mengambil tindakan sewajarnya supaya mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

"Mereka yang mendiami kem pelarian di Cox's Bazar berdepan kesukaran tidak dapat dibayangkan, malah ramai menjadi mangsa keganasan.

"Kami sudahpun mengenakan sekatan terhadap pihak yang melakukan kekejaman itu, dan dana baharu ini akan menyelamatkan nyawa di kem terbabit serta membantu Bangladesh lebih berdaya tahan menghadapi bencana seperti COVID-19," katanya.

UNHCR merayu bantuan kemanusiaan lebih AS$1 bilion untuk pelarian Rohingya di mana kira-kira 860,000 daripada mereka sedang berlindung di kem Cox's Bazar. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register