[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

CG Sponsors




fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,546
Reaction score
338
Points
131
myanmar banyak minyak bang.
tapi semua boleh kat china.

paip minyak dari laut burma lalu negeri rakhine terus ke china.
sbb tu diorg xnak tolong sbb yg ade ialah Myanmar, bukan Rohingya..
mcm mane Rohingya nak bayar klu duit xde sbb biasanya diorg ni akan minta pampasan..
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
1091972584_1594298192.jpg

People getting off a boat in Bhashan Char island off the Bangladeshi coast prepared for the relocation of Rohingya refugees. Source: AFP

Bangladesh larang pelarian Rohingya tinggalkan pulau

DHAKA: Ratusan pelarian Rohingya ditempatkan di pulau yang kerap dilanda banjir di Teluk Benggala tidak akan dibenar meninggalkannya kecuali untuk kembali ke negara asal, kata pihak berkuasa Bangladesh.

Kira-kira 306 etnik Islam Rohingya dari Myanmar itu ditempatkan di pulau Bhashan Char April lalu selepas diselamatkan dari dua bot yang cuba menyeludup mereka ke Malaysia.

Nasib mereka mendapat perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa dan pemimpin masyarakat, yang mereka ditempatkan di kem pelarian lebih selesa di tanah besar.

Pentadbir wilayah yang merangkumi pulau itu, Mohammed Khorshed Alam Khan, memberitahu AFP bahawa pelarian terbabit akan kekal di Bhasan Char sehingga mereka dihantar pulang ke Myanmar.

Katanya, kesemua mereka dijaga dengan baik dan mempunyai kemudahan jauh lebih selesa berbanding di kem pelarian yang sesak di Cox's Bazar di mana lebih 700,000 etnik Rohingya mendapatkan perlindungan.

Mereka adalah kumpulan yang melarikan diri daripada operasi tentera di Myanmar pada 2017.

April lalu, pihak berkuasa Bangladesh berkata etnik Rohingya terbabit akan ditempatkan di pulau berkenaan bagi membendung penularan COVID-19 di kem pelarian.

Seorang pemimpin Rohingya di kem pelarian Cox's Bazar berkata saudara pelarian yang berada pulau berkenaan mahu mengadakan rundingan dengan Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh.

Ketua Persatuan Arakan Rohingya untuk Keamanan dan Hak Asasi Manusia, Mohib Ullah, meminta pihak berkuasa menghantar anak-anak mereka kembali kepada keluarga masing-masing. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
PBB dakwa Facebook gagal kongsi 'bukti' jenayah Myanmar

GENEVA: Ketua badan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Myanmar mendakwa Facebook tidak berkongsi bukti 'jenayah antarabangsa serius' termasuk terhadap etnik Rohingya di negara itu.

Ketua Siasatan Mekanisme Bebas Antarabangsa untuk Myanmar (IIMM), Nicholas Koumjian, berkata Facebook mempunyai bahan 'sangat relevan dan boleh disiasat' berhubung jenayah itu tetapi tidak berkongsi ketika perbincangan sepanjang tahun.

Beliau juga kesal dengan keengganan Facebook itu walaupun sudah berjanji akan bekerjasama dengan penyiasat bagi mengenal pasti sebarang salah guna kuasa di Myanmar.

Myanmar berdepan tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tindakan tentera terhadap etnik Rohingya pada 2017, yang memaksa lebih daripada 730,000 orang melarikan diri ke Bangladesh.

Namun, Myanmar menafikan dakwaan itu dan menjelaskan angkatan tenteranya melakukan operasi sah terhadap penentang bersenjata yang menyerang beberapa pondok polis.

Penyiasat PBB berkata Facebook memainkan peranan penting dalam menyebarkan ucapan kebencian ketika krisis itu, yang seterusnya mengundang keganasan.

Syarikat itu berkata, mereka berusaha menghentikan ucapan kebencian dan sudah menghapus akaun dikaitkan dengan tentera, termasuk pegawai kanan tentera, tetapi masih menyimpan data berkaitan.

kata Koumjian, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menubuhkan IIMM pada 2018 bagi mengumpulkan bukti jenayah antarabangsa di Myanmar untuk digunakan dalam pendakwaan akan datang.

"Bagaimanapun, sehingga kini, IIMM masih belum menerima apa-apa bahan daripada Facebook tetapi perbincangan masih dijalankan dan berharap akan menerima bukti penting ini nanti," katanya.

Ia susulan tindakan Facebook minggu lalu bagi menyekat usaha Gambia, yang membawa kes pembunuhan beramai-ramai terhadap Myanmar ke ICJ, bagi mendapatkan pos dan komunikasi antara anggota tentera serta polis Myanmar.

Facebook menggesa Mahkamah Daerah Columbia di Amerika Syarikat (AS) supaya menolak permintaan itu, yang dikatakan melanggar undang-undang AS melarang pendedahan perkhidmatan komunikasi elektronik pengguna.

Facebook, dalam kenyataannya minggu lalu, berkata pihaknya tidak dapat memenuhi permintaan Gambia tetapi akan bekerjasama dengan IIMM. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Myanmar halang etnik Rohingya tanding pilihan raya

YANGON: Tindakan menghalang seorang lelaki Islam Rohingya bertanding dalam pilihan raya di Myanmar diselar sebagai penindasan terhadap golongan minoriti yang diancam penghapusan etnik itu.

Ahli Parti Demokrasi dan Hak Asasi Manusia, Abdul Rasheed, 58, berkata pencalonannya ditolak oleh suruhanjaya pilihan raya daerah di Sittwe, ibu negeri Rakhine sehari sebelumnya.

Menurut suruhanjaya itu, pencalonannya ditolak kerana keluarganya bukan warga Myanmar bila dia dilahirkan.

Namun, ia dibantah Rasheed dengan bukti bahawa ibu bapa, datuk dan neneknya diberi taraf warganegara pada 1957, empat tahun sebelum dia dilahirkan.

"Ini bercanggah dengan undang-undang dan saya akan merayu keputusan ini. Kami etnik Rohingya diperlekehkan sehingga tidak dibenarkan bertanding," katanya.

Tambah beliau, bapanya yang bekerja sebagai kakitangan awam dalam kerajaan Myanmar selama lebih 30 tahun, turut cuba bertanding pada pilihan raya 2015 tetapi tidak berjaya.

Pada 2017, operasi ketenteraan Myanmar memaksa 750,000 etnik Rohingya ditempatkan di kem pelarian di negara jiran, Bangladesh.

Pada masa sama, baki 600,000 etnik Rohingya kekal di Myanmar tetapi majoriti mereka tidak dianggap sebagai warganegara dan tidak layak mengundi.

Namun, Myanmar menafikan tuduhan melakukan pembersihan etnik dan sebaliknya mendakwa operasi tentera itu bertujuan menghapuskan pengganas.

Tiga parti mewakili etnik Rohingya berharap dapat meletakkan sekurang-kurangnya 12 calon dalam pilihan raya November ini. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
MYANMAR-HEALTH-VIRUS_1598189434.jpg

Pihak polis meronda kawasan sekitar Sittwe, ibu negeri Rakhine di selatan Myanmar berikutan pelaksanaan perintah berkurung lebih ketat akibat COVID-19. - Foto AFP

COVID-19 mengganas di kem pelarian Rohingya

SITTWE: Kem etnik Rohingya di negeri dilanda konflik, Rakhine, yang menyaksikan peningkatan ketara jangkitan COVID-19, dikhuatiri memaksa perintah berkurung dilaksanakan sehingga ke Ibu negara Myanmar.

Hampir 130,000 etnik Islam Rohingya bersesak di kem pelarian sekitar Sittwe, yang disifatkan Amnesty International (AI) sebagai suasana mirip 'apartheid'.

Bandar itu merekodkan 48 kes COVID-19 minggu lalu, lebih 10 peratus daripada keseluruhan 400 kes yang direkodkan di Myanmar.

Pihak berkuasa melawat kem Thae Chaung minggu ini untuk memberi cecair pembasmi kuman dan pelitup muka serta menggesa pematuhan penjarakan fizikal, yang dilihat mustahil memandangkan 10 keluarga ditempatkan dalam satu rumah.

AI melaporkan, perintah berkurung ketat dilaksanakan di kem berkenaan dengan tiada sesiapa pun dibenarkan keluar rumah sedangkan bekalan makanan dan keperluan lain sukar diperoleh.

Jalan-jalan di Sittwe sepi hari ini, dengan hanya beberapa penduduk memakai pelitup muka melalui sekatan jalan untuk membeli barang keperluan, manakala penjaja kecil menjual pelindung dan pelitup muka.

Minggu ini, seorang ahli Parlimen Rakhine menyalahkan etnik Rohingya berhubung penularan virus itu menerusi satu status di Facebook, yang kemudian dipadamkan.

Ketua kem di Mrauk-U, Hla Maung Oo, berkata tiga kes COVID-19 dikesan minggu ini dan penduduk Rakhine bimbang bantuan makanan ke kem itu akan tergendala.

"Kami tiada tempat untuk melarikan diri jika virus merebak kerana kami juga tak boleh pulang ke kampung," katanya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
risndps_1598356228.jpg

Gambar fail perhimpunan pelarian Rohingya tahun lalu di Kutupalong sempena ulang tahun kedua memperingati operasi ketenteraan oleh Myanmar yang menyebabkan mereka melarikan diri ke Bangladesh. Foto AFP

Rohingya 'protes senyap' ulang tahun pembunuhan beramai-ramai

KUTUPALONG: Hampir sejuta pelarian Rohingya yang berlindung di Bangladesh selama tiga tahun sejak melarikan diri dari Myanmar, mengadakan 'protes senyap' sepanjang hari ini dengan tinggal di pondok buruk ekoran penularan COVID-19.

Mereka menyertai 200,000 lagi pelarian yang sudah tiba lebih awal di Bangladesh ekoran operasi ketenteraan pada Ogos 2017 yang menyebabkan Myanmar berdepan tuduhan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana mengusir 750,000 Rohingya dari wilayah Rakhine ke negara jiran Bangladesh.

Selepas tiga tahun tanpa pekerjaan atau pendidikan untuk anak-anak mereka, ada sedikit harapan untuk mereka kembali ke negara asal, di mana kumpulan minoriti yang kebanyakannya beragama Islam itu sudah lama dianggap sebagai penceroboh kelas rendah.

"Tentera Myanmar membunuh lebih daripada 10,000 rakyat kita. Mereka melakukan pembunuhan besar-besaran dan merogol serta mengusir kami keluar dari rumah," kata Mohib Ullah, seorang pemimpin Rohingya di kem perlindungan kepada AFP.

Ullah mengetuai perhimpunan sekitar 200,000 penunjuk perasaan di Kutupalong pada ulang tahun kedua tahun lalu.

Kutupalong adalah lokasi penempatan perkhemahan terbesar Rohingya di tenggara Bangladesh, di mana 600,000 pelarian hidup dalam keadaan menderita dan kotor.

Namun, pihak berkuasa Bangladesh, yang tidak lagi bersimpati dengan nasib Rohingya dan memotong akses internet di kawasan kem berkenaan sejak setahun lalu, melarang sebarang perhimpunan ekoran pandemik COVID-19.

Kebanyakan kem yang dibina sudah terputus hubungan dengan dunia luar, dengan tentera mendirikan pagar kawat berduri di sekelilingnya, sementara di dalam kem, pergerakan penghuni disekat ekoran kebimbangan virus yang membunuh itu merebak dengan cepat kerana tiada penjarakan fizikal.

Setakat ini, 84 jangkitan COVID-19 sudah disahkan serta enam kematian akibat virus berkenaan di kem berkenaan.

"Rohingya akan menandai 'Hari Peringatan Pembunuhan Beramai-ramai' dengan keheningan dan doa di kediaman buruk mereka sepanjang hari.

"Tidak akan ada demonstrasi, tidak ada pekerjaan, tidak ada solat di masjid, tidak ada kegiatan NGO atau bantuan, tidak ada sekolah, tidak ada madrasah dan tidak ada pengedaran makanan," kata Ullah.

Bangladesh sudah menandatangani perjanjian dengan Myanmar untuk mengembalikan pelarian, namun etnik itu enggan pulang tanpa sebarang jaminan keselamatan dan hak yang sepatutnya diberikan.

Kira-kira 600,000 etnik Rohingya tinggal di Myanmar, namun kebanyakan mereka tidak dianggap sebagai warganegara, tinggal dalam apa yang digambarkan Amnesty International sebagai keadaan 'apartheid'.

"Rohingya tidak yakin dengan keikhlasan pihak berkuasa Myanmar," kata Setiausaha Luar Bangladesh, Masud bin Momen.

Khin Maung, seorang aktivis Rohingya berusia 25 tahun yang kehilangan 10 saudara-mara dalam tragedi pada 2017, berkata suasana di kem sangat tertekan.

"Kami mahukan keadilan atas pembunuhan itu. Kami juga mahu pulang ke rumah. Tetapi, saya tidak melihat sebarang harapan. Mungkin akan memakan masa bertahun-tahun," kata Maung, yang mengetuai kumpulan pemuda Rohingya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,463
Reaction score
605
Points
171
unhcr wajar diharamkan sbb kuat makan rasuah
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
#Never_Again! Rohingya #Genocide #Remembrance Day! #25th #August 2020
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201

Three years on, Rohingya trapped in camps as they await justice
 
Sponsored Post
Top
Log in Register