[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201

Rohingya refugees: Three years of a ‘textbook example of ethnic cleansing' | DW News
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
MYANMAR-HEALTH-VIRUS_1598445186.jpg

Jalan raya utama di ibu negeri Rakhine lengang susulan perintah berkurung bagi mengekang penularan COVID-19. Foto AFP

Myanmar laksana 4 lagi perintah berkurung

YANGON: Myanmar meluaskan pelaksanaan perintah berkurung di negeri yang dilanda konflik, Rakhine dengan penutupan empat lagi kawasan perkampungannya, hari ini.

Ia sekali gus mengehadkan pergerakan kira-kira sejuta penduduk susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

Perintah berkurung di ibu negeri Rakhine, Sittwe telah dikuatkuasakan sejak hujung minggu lalu dan empat lagi kawasan perkampungan yang ditutup adalah Kyaukphyu, An, Taungup dan Thandwe.

Rakhine adalah salah sebuah negeri termiskin di negara itu, sekali gus akses bagi kemudahan rawatan kesihatan dan pendidikan khususnya di bahagian terpencil adalah terhad.

Hampir 130,000 etnik Islam Rohingya bersesak di kem pelarian dekat negeri itu yang disifatkan Amnesty International (AI) sebagai suasana mirip 'apartheid'.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan akhbar di negeri itu, Global New Light, semua penduduk diarahkan berada di kediaman masing-masing.

Selain itu, cuma kenderaan yang mendapat kelulusan pihak berkuasa dibenarkan menyediakan khidmat pengangkutan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada penjawat awam dan pekerja kilang, manakala cuma seorang wakil bagi satu keluarga dibenarkan keluar bagi membeli barangan harian.

Setakat ini, 100 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh negara, menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 574 dengan sebahagian besarnya membabitkan negeri Rakhine yang terletak di barat laut Myanmar.

Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) semalam turut mengumumkan beberapa kakitangannya yang berkhidmat di kem pelarian dan sekitar Rakhine disahkan positif COVID-19.

Peningkatan kes COVID-19 turut mencetuskan kebimbangan berikutan Myanmar sedang bersedia untuk pilihan raya dan tarikh mengundi telah ditetapkan pada 8 November ini. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
rohingya-camp-21082019-afp_1599524713.jpg


Tak perlu wujudkan semula hospital medan di Cox's Bazar

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan mendesak untuk menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh selepas operasinya ditamatkan, susulan penularan wabak COVID-19.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata kemudahan kesihatan lengkap sudah dibina di kawasan berkenaan.

"Dulu masa tentera Malaysia diletakkan di situ, tak banyak negara yang menghulurkan bantuan kemudahan perkhidmatan kesihatan dan sebab itulah hospital medan dibina serta diambil alih oleh kami.

"Hospital medan ini bertindak sebagai barisan hadapan kesihatan pada masa itu. Biarpun terhad, namun mencukupi dalam menangani masalah kesihatan ketika itu," katanya di Wisma Pertahanan, di sini.

Menurut Affendi, keadaan kini berbeza kerana banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbang dan menyediakan kemudahan kesihatan di kem pelarian itu.

"Sekarang semua kemudahan itu semakin bertambah dan sudah sampai masa khidmat tentera kita tidak lagi diperlukan di situ. Jika diikutkan, boleh saja kekal berada di situ, namun tiada fungsi kritikal diperlukan lagi di sana," katanya.

"Pada Jun lalu, kerajaan membuat keputusan supaya pengoperasian tentera di hospital medan di Bangladesh ditamatkan sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19.

"Semua tentera di sana sudah pulang dan penilaian turut dibuat daripada segi sama ada masih relevan untuk dikerahkan anggota ke situ apabila wabak ini berakhir," katanya.

Hospital Medan Malaysia di kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh, diwujudkan pada Disember 2017 bagi menampung keperluan rawatan kesihatan kepada ratusan ribu pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri ke tenggara Bangladesh, ekoran konflik di barat Myanmar. – BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Myanmar defecting soldiers may have proof of atrocities: NGO
 
Sponsored Post
Top
Log in Register